Satu perasaan yang sangat teruja bila menyaksikan perlawanan bola sepak peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2010 antara negara tercinta, Malaysia, menentang Indonesia. Perlawanan pertama yang berlangsung di Bukit Jalil menyaksikan kejayaan Malaysia menyumbat jaringan sebanyak 3 gol tanpa berbalas oleh pihak lawan. Biar pun perlawanan dihujani dengan pelbagai insiden seperti pancaran laser, balingan botol, mercun dan sebagainya sehingga memaksa pengadil mengambil keputusan untuk memberhentikan perlawanan buat seketika, namun akhirnya berbaloi juga apabila tuah menyebelahi pasukan kita.
29 Disember, perlawanan peringkat kedua pula berlangsung di Jakarta, biar pun Malaysia tewas 1-2 dengan Indonesia, namun dengan agregat 4-2, akhirnya buat pertama kali Piala AFF Suzuki menjadi milik kita. Untuk pemain Harimau Malaya seperti Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talha, corak permainan mereka wajar menerima pujian tinggi. Tak lupa juga kepada kesemua barisan pemain termasuk jurulatih skuad kebangsaan, Rajagopal di mana percaturan yang dibuat memang menjadi.
Malaysia Boleh!
Nota Kaki : Dah lama tak bersorak tatkala menonton perlawanan bola sepak semenjak Selangor semakin sendu......