Saturday, May 21, 2011

TAKE TIME.....


Take time to WORSHIP, it is the highway to reverence.
Take time to be FRIENDLY, it is the road to happiness.
Take time to LAUGH, it is the music of the soul.
Take time do DREAM, it is hitching your wagon to a star....

BINTANG REMAJA/KLIK @ KL SENTRAL


Esok REMAJA bergandingan dengan majalah KLIK bekerjasama dengan KL Sentral di dalam penganjuran Bintang REMAJA/KLIK @KL SENTRAL. Program untuk mencungkil bakat di dalam bidang nyanyian di kalangan pembaca REMAJA & KLIK.

Jom meriahkan program ini beramai-ramai pada jam 2 petang sehingga 5 petang. Emcee untuk program ini ialah Neelofa (Dewi REMAJA 2010) bergandingan dengan Aliff (artis baru naungan KRU STUDIOS). Artis-artis yang bakal memeriahkan program ini ialah VIP, Daus, Fortheen & Three.  

REMAJA 15 MEI....IZARA AISYAH & HANIS ZALIKHA


Tadaaaa...ops mungkin agak terlewat untuk update (memandangkan masa saya untuk berblogging cukup terhad). Sudah seminggu berada di pasaran. Jangan lupa mendapatkannya.
Ops! Masih ada yang tidak mengenali Izara Aisyah? Secantik manis persis Salena GOmez ini merupakan pemenang kedua Pencarian Dewi REMAJA 2010. Kini wajahnya, anda boleh saksikan melalui slot Zehra di TV3 setiap Jumaat 9malam, "Keranamu Laila".
Manakala Hanis Zalikha pula, pasti ramai mengenalinya. Yelah diakan antara Top Blogger di Malaysia. Muda, cantik dan bijak.

Sesi fotografi ini berlangsung di Colmar Tropicale, Bentong Pahang. Mengambil masa hampir seharian memandangkan cuaca yang tidak begitu baik. Sekejap hujan, sekejap cerah.
Mengenali Izara, dia memang rapat dengan saya. Tetapi ini pertama kali saya berkenalan dengan Hanis Zalikha. Tidak banyak berbicara. Mungkin Hanis lebih senang mendengar cerita berbanding bercerita. Mungkin juga dia seorang yang introvert. Tidak bermakna dia kurang friendly. Tetapi entahlah.

Ok lah.. Ini sebahagian gambar syok sendiri di Colmar...


Inilah Remy..photographer utk photoshoot kali ini. Lovely! Memang mantop hasil kerjanya!
Izara Aisyah...si comel yang suka selamba!
Hanis Zalikha...sukar menebak dirinya.... Mungkin hanya ramah di kalangan orang yang dia kenali.
It's was me!