Malam ini saya nak bercerita tentang kucing. Ya...kucing! Atau CAT. Saya teramat suka kucing. Mungkin mengikut perangai arwah atok saya, Allahyarham Haji Othman Dani. Arwah atok saya dulu, amat penyayang pada kucing. Kalau jumpa kucing kat mana-mana, dia sanggup angkut bawak balik. Dia banyak bela kucing. Pernah sekali saya hampir-hampir dikejarnya (masa tu dia dah start nyanyuk) sebabnya dia ingat saya nak curi kucing dia. Walhal pakcik saya yang beri seekor kucing untuk dibawa pulang. Nama kucing tu Didi (ops..dah arwah pun....)
Arwah atok saya kata, kucing ni haiwan kesayanga Rasulullah SAW. Jadi sesiapa yang ikhlas memelihara kucing, besar pahalanya.
Sejak saya kecilm hidup saya (selain dengan keluarga), kucing merupakan pendamping saya. Kucing pertama yang saya kenal, namanya Belang. Masa tu umur saya dalam lingkunag 4-5 tahun. Warnanya kelabu...ala cuma kucing kampung tapi dia cukup manja dengan mak saya.. Ops. Mak saya pun suka kucing...
Emmm....rasa macam nak senaraikan nama kucing-kucing saya la pulak sebelum bercerita panjang. Ni antaranya... (yang masih jelas terlekat di memori)....
-Didi (mati sebab kena patuk ular..saya benci ular!!!!)
-Skippy
-Kuning
-Belang
-Batik
-Kiki
-Kitty
-Pe'ah
-Mia
-Putih (dia mati masih kitten,,kes bergaduh)
-Blacky
Kucing yang paling lama dalam belaan keluarga saya ialah Benjy.. Warnanya hitam-putih. Dia lahir pun, ayah dan kak long saya yang sambut. Dan 7 tahun selepas tu, dia mati. Ada ketumbuhan kat pipi yang akhirnya pecah. Tapi dia tak mati kat rumah. Menghilangkan diri. Orang cakap, kucing kalau nak mati, dia akan keluar dari rumah sebab tak nak tuan dia sedih.
Kucing yang paling-paling disayangi ialah... Tiger. Kami mula bela dia masa umur dia hampir setahun. Tiger asalnya kucing arwah jiran saya. Lepas arwah jiran saya meninggal, anaknya minta tolong keluarga saya belakan Tiger. So dengan hati terbuka, kami bela Tiger. Itu kucing pertama selepas hampir 7 tahun tak bela kucing (selepas kematian Didi). Istimewanya Tiger...belangnya sangat unik. Disebelah kanan badannya macam tertulis kalimah ALLAH (Aliff Lam Lam Ha). Istimewanya Tiger juga, dia sangat mengikut kata. Apa yang disuruh, dia akan ikut. Tiger juga pernah kena tahan kat wad (klinik haiwan lah) selama 3 hari sebab kena batu karang. Hah! Jangan tak tahum kucing pun ada penyakit macam manusia. Walau pun beratus duit saya habis, saya tak kisah, janji Tiger sembuh. Tapi selepas dia sembuh dari batu karang, kesihatan Tiger mula merosot. Kerap demam. Kali terakhir dia demam, sangat kesian tengok dia. Dia terbaring kat rumput sebelah rumah. Tak bergerak-gerak. Puas dikejutkan, dia buat tak tahu je. Ingatkan Tiger dah jadi arwah! Bila disentuh, baru dia bukak mata dan mengerang. Saya suruh dia bangun sendiri, masuk rumah, makan dan tidur. Tiger ikut apa yang saya cakap. Lepas makan, dia terus naik atas katil saya dan tidur. Itu kali terakhir Tiger tidur dengan saya. Lepas tu....menjelang bulan puasa 2010, Tiger keluar rumah dan tak balik-balik sampai sekarang. Meroyan jugak saya dibuatnya. Sebabnya selama ni, Tiger yang akan sambut saya bila saya balik dari kerja. Kalau saya tak balik rumah sebab out station atau masa saya terlantar di hospital, Tiger akan melepak kat port kegemaran saya iaitu kat workstation saya di rumah. lepas tu dia akan tidur kat atas katil saya.
Jadi bila Tiger dah tak ada (mak saya cakap, Tiger keluar rumah sebab dia tahu masanya dah tiba.....dia tak nak mati depan mata saya....uwaaa...sedih!), saya selalu up kan status di Facebook. Sampaikan seorang kakak angkat saya, Kak keju, mintak kucing dari kawan dia..... So dapatlah saya kucing baru.. bukan seekor. Tapi dua... Kejap ye...nanti saya ceritakan pasal kucing adik-beradik ni pulak.
Inilah arwah Tiger...miss him so much!
Dia sangat notty...tapi menghiburkan!
Nampak tak belang tu.... macam tertulis kalimah kan..
Ni masa Tiger kena warded kat Klinik Dr.Lynn TTDI Jaya. Setiap hari lepas balik kerja, saya akan melawat Tiger....
Tadaaa.....
Masa hayat Tiger.... Mei 2010, ayah terjumpa seekor kucing betina yang sangat kurus dan melepek jer kat porch umah saya. Bila dah bagi makan, baru dia akan bertenaga. Terus manja dengan ayah. So ayah beri namanya, O-Mei... Ala masa tu pun cerita Na O Mei tengah top kat TV. Tapi ayah cakap, disebabkan kucing ni datang menyerah diri bulan Mei, so namanya O-Mei lah...
Mula-mula Tiger memang anti dengan O Mei.. yelah selama ni Tiger sekor jer. Ni tiba-tiba ada rival pulak. Tapi akhirnya dorang boleh jadi klik pulak dan Tiger sangat protective dengan O Mei. Pantang ada kucing jantan nak mengurat O Mei, mesti Tiger akan perhambat keliling rumah. Ops, Tiger ni sangat mafia tau. Semua kucing kat area rumah saya takut dengan Tiger.
Beberapa bulan kemudian, O Mei bunting. Entanh kucing manalah yang punya kerja. Seminggu selepas Tiger hilang, O Mei pulak hilang. Aduhaii..bertambah meroyan saya dibuatnya!!!
Tapi sebulan dia menghilangkan diri, dan masa birthday saya 5 Oct lalu, tiba-tiba Omei muncul!!!! Wah! Hadiah yang cukup bermakna buat saya! Entah manalah anak-anaknya. Malangnya...dia hanya muncul sehari saja. Keesokan harinya, dia menghilang semula dan sampai sekarang...tak balik!
O Mei suka betul main dengan surat khabar....
Dan tidur atas lappy saya... peneman saya berjaga kalau saya bertenet! Ops....
Baik punya posing....
Dan pengganti kepada Tiger-Omei ialah 'anak-anak' baru saya....Boy & Girl... Saya bela dorang masa dorang umur antara 3-4 bulan. La ni dah besarrrr... (Ops dah pandai mengawan...aduhaiii dah terjadi sumbang mahram). Boy dan Girl ni adik beradik tiri. Sama bapak tapi lain mak... Sangat notty, manja, dan menghiburkan... Macam-macam ragam... Boy suka sangat makan roti....suka makan apa yang kami makan. Seperti kucing-kucing sebelum ni, Boy-Girl tak reti makan ikan. Makanan utama dorang ialah Frieskies!
Dedua tak takut air. Boy agak tak berapa pandai berdikari berbanding Girl. Dah pandai merayap. Oh Girl ramai peminat... haiyak! Susah sikit nak kontrol. Tapi kalau merayap, tahu time nak balik. Kalau nama kena jerit, berlari-lari balik rumah. Tapi Boy sangat bijak terutamanya bila time nak escape...haiyakkk... Girl pula selalu tunggu saya balik rumah... Kalau saya tak balik atau lambat balik...dia akan ke hulu hilir cari saya... hahaha..kesayangan mummy dedua ekor ni...
Boy (left) & Girl (right)
Juga sangat manja dan menyayangi each other...lovely!
Juga suka main dengan surat khabar
Boy cukup suka duduk dalam bakul.
Dan kotak!
Serta plastik!!!
Girl pulak terlalu obses dengan shuttlecocks....termasuk bulu ayam dan daun kering!
Dan suka masuk dalam beg!
Boy & Girl juga suka sangat berposing...
Say cheeseeee..
Amacam..cun tak Girl!
Boy tengah kuak lentang
Time bermain...
Jakun betul dorang ni....
Suka betul melepak atas buaian...
Si BOY-ot.....
Smack down WWF!
Oh...LOVELY!