Saturday, February 26, 2011

TERAPI STRESS...

Rasanya setiap di antara kita, tidak akan terlepas dari mengalami stress atau tekanan. Sama ada disebabkan urusan peribadi, kerja atau lain-lain. Kadang-kadang memandu pun boleh membuatkan kita stress. Yelah..kalau dah tersangkut di kesesakan jalan raya, memang stress. Selalunya saya akan berangan kereta saya boleh bertukar menjadi.....




YES!! BUMBLE BEE!!!! (Boleh tolong alihkan kereta-kereta lain ke tepi)

ATAU


YE....SAYA NAK JADI POLIS. PASANG SIREN...NESCAYA SEMUA JENIS KENDERAAN AKAN KETEPI! HAHAHA...


Selain dari kesesakan, darah saya boleh mendidih (jangan sampai terkena tekanan darah tinggi cukup!), saya memang pantang kalau ada driver yang kurang sopan di jalan raya. Sama ada yang tidak tahu menggunakan signal semasa mahu membelok atau memotong, yang memandu secara sangat tidak sopan, memandu teramat slow di lorong kanan (terutamanya di lebuh raya) dan banyak lagi lah kelakuan drivers yang serasanya tidak layak untuk memandu. Lebih baik menggunakan pengangkutan awam sahaja!

Ok..itu cerita hal ehwal memandu yang boleh mengundang stress saya.

Selain dari itu..sudah tentulah berkaitan dengan lambakan kerja. Aduhaii...semenjak saya berpatah ke majalah REMAJA semula selepas meninggalkannya hampir 6 tahun, dan memegang portfolio yang agak berbeza iaitu editor, masa saya di tempat kerja sangat maksima. Kalau ikut nisbah kerja dengan urusan personal boleh dibahagikan portion sebegini, 7:3. Saya bukan seorang yang workaholic. Tetapi tuntutan kerja, tanggungjawab dan amanah yang dipikul ini membuatkan saya harus memberikan sepenuh fokus.


Oh! Sebeginikah???


Kalau bercerita mengenai kerja saya...alahaiii... Panjang lebar!

(Saya sangat stress sewaktu mengendalikan Dewi REMAJA 2010 dan dalam masa yang sama, saya harus mengendalikan majalah juga)



Oklah...saya nak bagitau, apa yang saya lakukan jika saya stress....

Pertama :

RELAKS....

Ye...tenang-tenangkan diri anda....... Switch OFF, bak kata CEO saya. Time kita stress, cuba untuk muhasabah diri biar pun bukan sukar untuk melakukannya. Saya akan 'melarikan diri' buat seketika dari masalah atau punca stress yang sedang saya hadapi.




Kedua :
LUAHKAN

Cari sesiapa yang rapat dengan anda, semestinya yang boleh dipercayai dan menjadi seorang pendengar yang setia. Dia juga boleh menjadi konsultan anda dengan memberikan nasihat yang positif untuk mengembalikan ketenangan buat anda.



Ada beberapa teman rapat yang amat saya percayai yang selalu menjadi tempat saya meluahkan rasa (oh saya  jarang bercerita dengan keluarga jika saya sedang stress kerana saya tidak mahu membuat mereka susah hati).

Saya suka bercerita dengan...




Zeekaa a.k.a CIKPMS, bestfren saya sejak zaman kanak-kanak Ribena!


Dua kakak angkat saya...Kak Mar & Kak Wana..

Hazlenny Zainal + Luqman Nur Hakim dua sahabat karib saya sejak zaman SMSSAAS. Tapi sejak Luqman dah kawen..emmmmm...


Tetiba saya amat merindui Big Bro & Pokcik... mereka berdua pernah menjadi ANGEL saya... Tetapi kini telah membawa diri..jauh dari sisi. Tapi mereka tetap di hati......



Ketiga:

SHOPPING!



Hehehehehe...serius! Memang release tension time shopping! Tapi bila dah selesai shopping...dan kira budget...oh bertambah stress pula sebab budget lari... hehehe...tapi setakat ini, saya tetap berpuas hati bila shopping biar pun budget 'ke laut'! Tak apa..tak apa.... Yang penting, saya dapat kurangkan tahap stress!


Keempat :

FOOT MASSAGE a.k.a REFLEXIOLOGY








Saya telah meng'set' sekali sebulan (at least) untuk foot massage.. Tapi kalau dapat body massage lagi...SYOKKKK!!!!

Selain dari dapat mengurangkan stress, ia juga bagus untuk pengaliran darah, boleh menyingkirkan toksin dalam badan dan membetulkan urat saraf....

Kelima :

INTERNET


Hah! Ini antara salah satu cara mengurangkan stress.. Layarilah mana-mana laman sesawang yang anda rasakan mampu mengurangkan atau mengalihkan stress buat seketika...


Keenam :

AKTIVITI RIADAH

 Tahukah anda, dengan melakukan aktiviti riadah, kita dapat menolak ke tepi stress buat seketika. Berikan sepenuh tumpuan ketika melakukan aktiviti riadah pilihan adan. Ayuh! Amalkan gaya hidup sihat!


Saya suka berenang sekarang...dan mengikuti kelas menyelam!

Ketujuh :

TIDUR!!!!


Ops! Seronoknya...kannnn.......


TETAPI PALING PENTING...

Serahkan diri kepada Allah Yang Maha Esa....



Itu lebih afdal.

No comments:

Post a Comment