Friday, August 12, 2011

DOA JODOH DI PAGI JUMAAT YANG MENDAMAIKAN....

  “Ya Allah, Tuhan yang Maha Memiliki Rahsia, Tuhan yang Maha memegang kasih sayang seluruh jiwa kami, Tuhan yang Maha Penentu, Tuhan yang Maha Menyatukan jiwa-jiwa kami, ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

    Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan. Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu ya Allah, terbaik buat agamaku ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat ya Allah, maka aku memohon kepadaMu ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh yang terbaik di sisiMu ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu ya Allah, pasti terbaik buat diriku ya Allah.

    Namun ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba ya Allah, maka ya Allah, aku memohon kepadaMu agar Kau tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku ya Allah. Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, ya Allah jauhilah aku daripada kemaksiatan, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manafaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku ya Allah.

Amin.





Gambar sekadar hiasan



AMIN......
Ya Allah Ya Tuhan ku,

Seandainya dia adalah jodohku Ya allah, KAU bukakanlah  hati dia Ya allah untuk menerimaku Ya Allah,KAU dekatkan lah hati dia  dengan hatiku  Ya Allah,
KAU permudahkanlah jodohku dengan dia Ya Allah serta KAU satukanlah kami Ya Allah dalam satu ikatan suci Ya Allah iaitu ikatan perkahwinan..

Ya Allah, Ya Rahman,Ya Rahim

Seandainya dia bukan jodohku Ya Allah kau kurniakanlah padaku ketenangan dalam menerima ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk diriku diatas muka bumu ini Ya Allah..

Dan aku mohon pada-MU Ya Allah,KAU pertemukanlah aku dengan insan yang benar-benar ikhlas boleh menerimaku dengan seadanya aku Ya Allah, taat akan perintah-MU Ya Allah, serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti ke jalan yang KAU redhai..

No comments:

Post a Comment