Thursday, December 29, 2011

YEAHAA!! MY BABY SISTER GOT GOOD RESULT..

Tak disangka..namun alhamdulillah..sujud syukur pada Yang Maha Esa... my baby sister, Ira Syafika, dapat 5A 3B dalam PMR yang diumumkan seminggu lalu...

Ini bermakna..saya 'kopak' RM500! Ok takpe...

Trial result including exam every semester, dia ni susah nak cemerlang. Apatah lagi gemilang. Keputusan atas pagar.. selalu mengundang kemarahan saya.. iyee..

Tapi kali ni, dia telah beat Along-Angah-Alang-Kakak!

Tahniah...nak nangis jugak bila tengok result dia...kihkihkih...

SELAMAT TINGGAL 2011..SELAMAT DATANG 2012...

Disebabkan kekangan waktu...tetiba sibuk pulak menjelang November-Disember untuk menyiapkan Auto Maskulin (90% tunggang langgang buat sendiri), so tak ada masa untuk berblogging.

Tambahan pula, broadband telah dicilok dengan kebenaran oleh Alien Sewel.

Nak berblogging guna Blackberry rasa cam leceh. Tak yahlah.

So hari ni mencuri sedikit waktu untuk menyapu sawang-sawang yang hampir menutupi rumah ni....

Apa nak tulis... oh 2011 bakal berakhir 3 hari lagi

Selamat tinggal 2011!



Apa yang berlaku sepanjang 2011? Suka atau duka? Banyak perkara duka berbanding suka..

Paling mendukakan... pertukaran dari REMAJA ke Auto Maskulin... secara 'rela' PAKSA! Ya, memang minat kereta, tetapi untuk terjun dalam dunia automotif dan permotoran ini memerlukan minat yang mendalam dan kesungguhan yang sangat padu! Jadi...sekarang ini, masih dalam proses memaksa diri..... Malas nak cerita lebih-lebih.


2011 bakal di'KICK-OFF' oleh 2012



Ok..2012...please be nice to me.....



Let's countdown!




Flag-Off-2012-life....




Bersedia...menyahut cabaran.. !!

Azam 2012...emmm...tak pernah pula nak memasang azam (selain memuji kehenseman anak pakcik Azam....ahaks)

Apa sajalah yang Allah tetapkan....terima...redha...pasrah.

AUTO MASKULIN.....COMING UP 15TH JANUARY 2012....



Thursday, December 1, 2011

BALIK KAMPUNG...OOOOOO......BALIKKKK KAMPUNG.....

Dah 2 tahun tak balik kampung... last balik kampung 13 November 2009 disebabkan kematian arwah Cik Yah.

Dan.... 23 November.... kami sekeluarga bergegas pulang ke kampung setelah menerima berita Pak Long accident... 24 November 11 malam... Pak Long menghembuskan nafas yang terakhir... Innalilillah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Rahmat di atas peristiwa ini, hubungan dengan keluarga arwah kembali OK.

Dan secara kebetulan.... 26 November, anak menakan (sombong seii...menyesal pi kawen hang lah) kawen...
Ok...takde apa pun nak citer sangat pasal balik kampung ni.... saja jer nak menambahkan entri dalam blog yang semakin bersawang...


(Gambar tak boleh copy pulak dr FB..cis...)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha...

10 Zulhijjah 1412 Salam Aidiladha.. Semoga kita lebih diberkati Yang Maha Esa. Semoga Allah memperkenankan doa kita untuk menjejaki Tanah Suci Mekah suatu hari kelak. Amin.

Friday, November 4, 2011

VERSI ASAL....PROMO WRITE UP AUTO MASKULIN...

PROMO AUTO MASKULIN....PART 1

SEKSUALITI MERDEKA..BILA MANA MINDA TIDAK MERDEKA!

Songsang, bertentangan Islam


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Penganjuran Program Seksualiti 2011 yang mempromosikan seks bebas jelas merupakan satu program songsang yang bertentangan dengan Islam selain berlawanan dengan adat resam serta tata susila masyarakat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi dan menerima prinsip- prinsip hak asasi, ia bukan bermakna kebebasan yang diterima pakai di negara ini tidak terbatas hingga ke peringkat membenarkan amalan hubungan sejenis.

Beliau berkata, atas sebab itu kerajaan telah mewujudkan undang- undang yang memperuntukkan perbuatan seks luar tabie seperti meliwat adalah satu kesalahan jenayah kerana jelas ia melanggari norma kehidupan seorang manusia.

''Meskipun kita menerima hak asasi manusia, Malaysia mempunyai Perlembagaan dan undang-undang. Kita juga ada agama. Kita juga ada nilai-nilai budaya. Negara kita mempunyai batas dan asas-asas pertimbangan yang harus diambil kira.

''Lunas-lunas syariah juga telah meletakkan hukuman ke atas perbuatan-perbuatan seperti ini. Saya tidak tahu mengapa mereka membuat promosi sebegitu? Adakah mereka mempunyai muslihat politik?'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Bersama Guru-guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di sini hari ini.

Beliau mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Bagaimanapun penganjuran program tersebut mendapat bantahan keras daripada pelbagai NGO, parti politik serta pertubuhan agama yang menyifatkan program tersebut jijik dan keji.

Dalam konteks parti pula Muhyiddin berkata, UMNO berpandangan penganjuran program seksualiti itu bukan sahaja tidak boleh diterima malah langsung tidak memberi sebarang faedah.

''Saya cukup yakin rakyat Malaysia mempunyai penilaian sewajarnya tentang perkara ini. Perbuatan seperti ini langsung tidak memberi faedah dan tidak memberi sebarang keuntungan. Ia hanya satu program yang membuang masa.

''Apa yang lebih penting program ini jelas tidak selari dengan Islam dan bertentangan dengan adab resam dan budaya masyarakat kita. Bahkan agama lain seperti penganut Kristian turut sama menentang,'' katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan tujuan penganjur program itu adalah untuk menunjukkan mereka selari dengan amalan hak asasi manusia berdasarkan prinsip-prinsip antarabangsa.

''Sekali lagi saya nyatakan Malaysia mempunyai nilai, sistem dan agama dan oleh sebab itu penganjuran program berkenaan tidak sesuai langsung. Saya tidak tahu apa faedahnya,'' katanya.

Ditanya sama ada wajar kerajaan menghentikan program tersebut beliau berkata, itu adalah hak mereka.
''Tetapi sebagai rakyat, kita harus berfikir apakah kebaikan daripada kegiatan seumpama itu,'' katanya.


Monday, October 24, 2011

MEREMPIT DI JALANAN HARAM, TAPI DI TREK LUMBA JUGA BOLEH MENYEBABKAN KECELAKAAN....

Berita kemalangan maut yang meilbatkan pelumba pasukan Honda, Marco Simoncelli, semasa berlangsungnya MotoGP di Sepang International Circuit semalam memang mengemparkan. Buat pertama kalinya SIC bermandian darah!

Marco dilanggar secara tidak sengaja oleh pelumba Colin Edward dari pasukan Yamaha dan Valentino Rossi dari pasukan Ducati Team. Helmet yang dipakai oleh Marco pecah dan mendiang mengalami luka parah di bahagian kepala dan badan. Setelah bertungkus lumus selama 45 minit untuk menyelamatkannya, mendiang disahkan meninggal dunia pada jam 4.45pm (waktu tempatan) oleh pegawai perubatan.

Nah! Tragedi ini bukan membuktikan bahawa SIC tidak selamat untuk berlumba tetapi kecelakaan dan kematian boleh berlaku di mana jua termasuk dalam apa jua cara.

Apa pun, takziah buat keluarga mendiang Marco (24 tahun)...


Tuesday, October 18, 2011

COMMERCIAL BREAK : DI SAAT AKU MENCINTAIMU (DADALI)

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta




Lagu ni dah lama...tapi baru nak layan...so layan jelah.......


Nota kaki : Lagu ini tidak ada kena mengena dengan keadaan hati buat masa ini. Sekian terima kasih.

AUTO MASKULIN....... BAKAL MENJELMA 25 DECEMBER 2011


Cabaran terbaharu saya di dalam merentasi dunia kerjaya.... Pabila saya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majalah berkonsepkan permotoran yang diberi judul AUTO MASKULIN.

Ya! Editornya perempuan! Berhijab. Tapi kekal lasak! Hahahaha.

Auto Maskulin disasarkan untuk pembaca lelaki (70%) dan wanita (30%) berusia 23 tahun hingga 45 tahun. Pengisiannya terdiri daripada 70% berhubung dengan kereta dan selebihnya ialah motor dan yang berkaitan dengan dunia permotoran.

Diharap majalah yang sarat dengan pelbagai jenis info ini bakal diterima umum.

Nantikan kemunculan edisi pengenalan Januari 2012 yang bakal berada di pasaran pada 25 Disember 2011.

Sekian....buat kaki kereta...TUNGGGGUUU!!!!

OMBAK RINDU...DARI NOVEL KE LAYAR PERAK

Ini salah satu novel kegemaran saya...cuma disebabkan banyak sangat sekuel membuatkan jalan ceritanya sudah 'terbabas' dan agak membosankan... Membuatkan saya hanya mampu bertahan sehingga sekuel ke dua sahaja.

Karya asli Fauziah Ashari terbitan Alaf 21, kini ia telah pun diadaptasikan ke filem atau layar perak. Akan ditayangkan diseluruh pawagam bermula 1 Disember ini.

Pelakon yang membintangi filem ini ialah Aaron Aziz (Haris), Maya karin (Izzah), Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi.

Ok tak naklah mengulas tentang filem ini kerana ia belum dipertontonkan. Cuma harap janganlah ia mengecewakan seperti mana yang berlaku pada Lagenda Budak Setan.




Wednesday, October 5, 2011

NEW LIFE CHAPTER.....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...5.45am 05 Oktober 2011, genap usia saya 31 tahun. Sujud syukur di subuh hari. Ya! Umur saya dah 31 tahun..... Dah banyakkan. Takpe....bak kata omputih, 'Age is just a number'. Tapi bagi saya, 'Age is like BMW. More series, more classy..." Chewah! Saja nak menyedapkan hati sendiri. Atau dalam erti kata lain untuk menutup kegusaran di hati kerana ada beberapa perkara yang tidak mampu terlunas lagi. Atau dalam erti kata yang paling tepat, belum tiba masanya untuk Allah tunaikan permintaan saya itu.

Tapi hari ini....Allah memakbulkan permintaan, hajat dan doa saya yang satu ini iaitu memakai hijab. Ya....bukan mudah untuk orang seperti saya yang 'ranggi metropolis' ini menutup aurat sepenuhnya. Biar pun tahu ia adalah perkara yang wajib namun kedegilan hati membuatkan saya sering tertangguh-tangguh.

Tapi hari ini....saya nekad! Alhamdulillah....Allah mempermudahkan dan memperkenankan hajat di hati. Bak kata orang biasa-biasa, 'Dah sampai seru....". Bak kata saya, "Masa dah time!' Sementara alarm clock masih berbunyi..... sementara saya masih ada ruang, waktu dan kesempatan....

Berdebar-debar juga mahu berimej baru ini...... Tak lena tidur dibuatnya. Bagaimanakah pandangan orang? Tapi bak kata sahabat terbaik saya, Hazlenny Zainal, "Ala buat selamba jer...orang akan memberi perhatian dalam sehari 2 jer....." Saya pegang kata-kata itu.

Alhamdullilah..jiwa, hati dan fikiran saya sangat tenang, ceria dan gembira hari ini. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana memperkenankan doa hamba-MU ini....Amin...

Doakan semoga ketetapan hati saya tetap utuh untuk menjadi seorang muslimah...(ayat macam skema kan).... Namun saya bukan mahu menjadi seorang ustazah....tapi mahu menjadi seorang manusia yang lebih OK berbanding sebelum ini... Itu niat saya ketika usia mencapai 31 tahun...

Paling utama, keluarga tersayang dan sahabat terbaik saya sentiasa menyokong perkara-perkara yang elok saya lakukan...... Merekalah sumber kekuatan dan semangat saya.....

Begitu juga dengan rakan-rakan lain.... Saya tidak mahu 'terlambung' dengan pujian.....(walau pun hati kembang kempis mendengar pujian...yelah sapa tak suka kena puji kannnnnn). Saya mahukan doa ikhlas dari mereka supaya saya tetap teguh dengan pendirian...

Orang yang paling saya cintai dalam dunia yakni emak saya paling gembira dengan keputusan yang saya lakukan ini. Katanya..."Alhamdulillah....sudah tiba masanya berhijrah ke dunia hijab...". Ayah pula tersenyum bangga tengok anak dara dia yang seorang ni dah berubah wajah.... Alhamdulillah saya dapat kurangkan dosa ayah yang selama ini menanggung dosa saya kerana tidak menutup aurat....

Ok la..... terima kasih buat semua!

Happy birthday for me.... (hehehehe)

Eh! Saya dapat hadiah sepasang kain ela dan shawl dari sahabat terbaik saya...

Dan 2 pasang shawl dari seorang kakak di office ini yang pernah menjadi musuh saya tetapi dah berbaik semula.....

Dan..saya mendapat lebih 200 ucapan melalui FB!

Dan..oh saya sangat happy dan tenang saja... Alhamdulillah.....

Monday, October 3, 2011

Good luck to my baby sister!

Yes!! Adik bongsu saya dah besaq (termasuk size badannya). Esok dia bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di SMK Subang. Good luck Acu @ Ira Syafika!!! Semoga kejayaan mampu dilakarkan. Doa restu mak ayah dan seisi keluarga mengiringi usaha mu. Chewah! Ayat very skema.

Nota kaki : Bila berblogging guna Blackberry tak boleh nak tempek gambaq. Tensen!

Friday, September 23, 2011

SLOT AKASIA : SOFFIYA...

Drama Bersiri Soffiya Lakonan Fizo Omar, Tiz Zaqyah, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan


Begitulah kitaran nasib si gadis malang yang bernama Soffiya, lakonan hebat Tiz Zaqyah dalam drama bersiri terbaru selepas berakhirnya drama bersiri “KASIH ALIA” di slot Akasia. Turut dijayakan oleh Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan, drama bersiri SOFFIYA bakal bersiaran bermula 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, diarahkan oleh sutradara Joeza Rasidi dengan nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar dan Tommy CT Loh. Ikuti kisah Soffiya (Tiz Zaqyah) yang dikenali sebagai Yaya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) seorang doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.

Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk bersama. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Yaya tidak dibenarkan untuk bersekolah dan dikurung dalam rumah. Sulaiman memberitahu orang kampung bahawa Yaya mula berubah sejak ibunya sakit kononnya Yaya terjebak dengan dadah. Yaya putus harapan untuk mendapatkan bantuan kerana tiada sesiapa yang akan mempercayainya.

Kawan baik Yaya, Muiz (Syazwan Zulkifli) berasa sangsi dan cuba menyelidik. Namun usaha Muiz untuk menyelamatkan Yaya gagal apabila dia terbunuh sewaktu bergelut dengan Sulaiman. Selepas ibu Yaya meninggal dunia, Yaya telah melawan Sulaiman kerana tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks lagi. Yaya bertindak untuk mempertahankan diri dan menikam Sulaiman secara bertubi-tubi. Sulaiman terbunuh.
Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas (Fizo Omar). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.

Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aisyah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.
Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal (Azhar Sulaiman) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat.

Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu.

Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya. Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya.

Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Soffiya dibelunggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingnya? Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat, SOFFIYA menerusi slot Akasia mulai 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3!
Bagaikan dihanyutkan di dalam lautan yang tiada penghujung, tergapai-gapai si gadis mencari arah tuju hidupnya. Nekad untuk bangkit semula daripada sejarah hitam yang telah menghancurkan impian dan masa depannya, si gadis enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah ke hadapan.


MENGUBATI HATI YANG TERLUKA (ILUVISLAM)



Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana. Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.

Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

- Artikel iluvislam.com

MENGAPA AKU MASIH SOLO? (ILUVISLAM)


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

ILUVISLAM.COM

IZINKAN CUMA ENGKAU YANG BERTAKHTA DI HATI (ILUVISLAM)

Berlatarkan dinginnya malam, ku terdampar sendiri.
Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.
Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?
Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.
Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.
Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.

"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"

Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.
Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.
-Artikel iluvislam.com

RIP GIRL..... :(

Rest in peace my GIRL.... kucingku yang ditemui mati kat halaman rumah oleh along dalam jam 6.50 pagi tadi. Sedih gilaaa...uwaaaa.... Tengah malam tadi memang ada terdengar salakan anjing yang berlari2 di kawasan rumah. Terdetik jugak di hati, Girl. Tetapi disebabkan mengantuk gila, so tak sempat nak fikir apa dengan harapan Girl dapat sembunyikan diri dia..

Bila Along datang rumah pepagi ni..... apa yang dirisaukan menjadi nyata. Along n emak tak sanggup nak tengok mayat Girl (yg tengah bunting), sedih kata dorang. Saya yang duduk mencangkuk depan Girl lagi lah..berjujurai air mata ni. Adik pun nangis sepanjang perjalanan ke sekolah (ayah cakap).

Girl takde luka pun. Cuma badan dia kotor dan semut merah dah mula mengharungi dia... Ayah tanam dia kat bawah pokok bunga raya.

Girl.....

Setahun yang lepas (time bulan puasa lebih kurang 2 minggu nak raya), saya ambil Girl dan Boy (hilang sejak 5 bulan yang lalu) dari Kak Ayu (kenalan kakak angkat saya, Kak Keju). Masa tu Girl n Boy dalam umur 3-4 bulan. Manja gila... Girl rapat gila dengan Boy...

Bila Boy hilang, Girl tercari-cari jugak Boy.... Tapi..tu lah.. memang lah dia sedih..sebab Boy tu adik sama bapak and laki dia jugak (Girl-Boy ada sekor anak..namanya O-Bam).

Dan pagi ni Girl dah takde..... O-Bam dan O-Bek (anak Girl dengan kucing ntah mana ntah) pun sedih jer... Mula-mula O-bam belek2 mayat mak dia... Pastu dia lari. Bila bawak kali kedua, dia macam marah.. Last-last dia duduk kat port yang dia selalu lepak ngan mak dia..monyok jer mukanya...

Girl... kau pernah ceriakan hari ku... RIP......

Nota kaki : Kucing mati lagi sedih dari putus cinta...... (Eh boleh sedekahkan Al-Fatihah pada kucing tak?)

Girl kucing yang cantik...

Dan pandai posing

Boy n Girl..so close.....

Girl's death body
Air mata ku tumpah......

Anak Boy-Girl...O-bam...dia pun sedih..monyok jer...selalunya dia bermain2 pepagi pas makan...ni duduk termenung jer..

Saturday, September 17, 2011

SEDAR DI TAHAP MANA KITA BERADA....

Dari kecil, saya sudah diasuh oleh mak ayah untuk berdikari. Saya bukan datang dari keluarga yang senang. Biar pun mak ayah tak pernah berkata, "Kalau nak beli apa, kumpul duit sendiri." Tapi melihat keadaan keluarga, secara tidak langsung telah mendidik saya dan kakak-kakak untuk tidak meminta-minta.
Selalunya apa yang saya dan kakak-kakak inginkan, kami akan berusaha mengumpul duit untuk mendapatkannya. Bukan senang-senang meminta itu ini kat mak ayah. Kerna kami tahu, ayah yang bekerja seorang bukanlah bergaji besar. Alhamdulillah cukup makan pakai. Dapat belajar setinggi yang mampu.
Berbanding adik-adik, kehidupan mereka lebih senang kerana kakak-kakak sudah bekerja. Selain mereka juga akan mengumpul duit sendiri tetapi ada kalanya mereka akan meminta biar pun bukan terlalu demanding. Berpada-pada kata orang.

Sehingga kini, saya tidak pernah meminta mak ayah untuk membeli sesuatu. Sejak mula bekerja 12 tahun yang lalu, saya tidak pernah meminta mak ayah dan kakak-kakak sesen pun. Bukan kerana saya ego punya duit sendiri. Tetapi sikap berdikari sedari kecil membuatkan saya begitu.

Kini biar pun bergaji empat angka sekali pun, saya tidak berbelanja sebarangan. Keutamaan saya sudah tentu untuk keluarga. Selebihnya untuk simpanan sendiri. Ya, sebenarnya saya mampu untuk membeli barangan yang mahal yakni branded. Namun saya tidak mahu terlalu berbuat demikian. Kerna bagi saya ada kepentingan yang perlu saya utamakan.

Ini bukan bererti saya kedekut atau terlalu berkira, tetapi demi masa depan sendiri, saya perlu tahu merencankan perbelanjaan. Saya tidak punya 'sesapa' untuk membelikan saya itu ini. Saya tidak boleh meminta 'sesapa' belikan saya apa-apa. Jika mahu, saya perlu usahakan dengan duit sendiri. Jadi saya tidak boleh rancak berbelanja.

Cuma sesekali sahaja saya berbelanja besar untuk 'menghadiahkan' sesuatu kepada diri sendiri.
Entri ini..bukan untuk mengangkat diri sendiri. Cuma kenyataan buat diri saya yang saya tidak mampu mendapatkan segalanya yang saya mahu. Kalau mampu pun, saya kena fikirkan banyak perkara yang sering kali membantutkan keinginan di hati. Oh! Mungkin Allah ada penyebabnya. Saya harus terima. Alhamdulillah untuk apa yang ada.

Namun ada kawan-kawan yang seakan-akan berlumba-lumba untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Beli barangan mahal dan mula buat 'press conference'. Yang seorang akan tercengang, yang seorang akan bangga. Mujur saya tidak terpengaruh kerana saya tidak berminat untuk bersikap sedemikian rupa. Kerana saya sedar di mana tahap saya berada. Walau bagaimana pun, sikap mereka itu sering kali membuatkan saya kurang selesa. Saya cuba untuk 'berwajah manis' tetapi dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu. Bukan saya dengki. Kerana saya percaya, setiap manusia sudah ditentukan rezeki masing-masing. cuma saya kurang selesa bila berda dalam situasi sedemikian rupa. Kerana saya bukanlah tahap mereka. Cuma mengenangkan soal persahabatan, terpaksa saya memujuk hati. Hati...bertabahlah!

Nota kaki : LV bukan taraf saya. :)

Tak mampu....
Yang ni..mampulah! ahaks