Saturday, September 17, 2011

SEDAR DI TAHAP MANA KITA BERADA....

Dari kecil, saya sudah diasuh oleh mak ayah untuk berdikari. Saya bukan datang dari keluarga yang senang. Biar pun mak ayah tak pernah berkata, "Kalau nak beli apa, kumpul duit sendiri." Tapi melihat keadaan keluarga, secara tidak langsung telah mendidik saya dan kakak-kakak untuk tidak meminta-minta.
Selalunya apa yang saya dan kakak-kakak inginkan, kami akan berusaha mengumpul duit untuk mendapatkannya. Bukan senang-senang meminta itu ini kat mak ayah. Kerna kami tahu, ayah yang bekerja seorang bukanlah bergaji besar. Alhamdulillah cukup makan pakai. Dapat belajar setinggi yang mampu.
Berbanding adik-adik, kehidupan mereka lebih senang kerana kakak-kakak sudah bekerja. Selain mereka juga akan mengumpul duit sendiri tetapi ada kalanya mereka akan meminta biar pun bukan terlalu demanding. Berpada-pada kata orang.

Sehingga kini, saya tidak pernah meminta mak ayah untuk membeli sesuatu. Sejak mula bekerja 12 tahun yang lalu, saya tidak pernah meminta mak ayah dan kakak-kakak sesen pun. Bukan kerana saya ego punya duit sendiri. Tetapi sikap berdikari sedari kecil membuatkan saya begitu.

Kini biar pun bergaji empat angka sekali pun, saya tidak berbelanja sebarangan. Keutamaan saya sudah tentu untuk keluarga. Selebihnya untuk simpanan sendiri. Ya, sebenarnya saya mampu untuk membeli barangan yang mahal yakni branded. Namun saya tidak mahu terlalu berbuat demikian. Kerna bagi saya ada kepentingan yang perlu saya utamakan.

Ini bukan bererti saya kedekut atau terlalu berkira, tetapi demi masa depan sendiri, saya perlu tahu merencankan perbelanjaan. Saya tidak punya 'sesapa' untuk membelikan saya itu ini. Saya tidak boleh meminta 'sesapa' belikan saya apa-apa. Jika mahu, saya perlu usahakan dengan duit sendiri. Jadi saya tidak boleh rancak berbelanja.

Cuma sesekali sahaja saya berbelanja besar untuk 'menghadiahkan' sesuatu kepada diri sendiri.
Entri ini..bukan untuk mengangkat diri sendiri. Cuma kenyataan buat diri saya yang saya tidak mampu mendapatkan segalanya yang saya mahu. Kalau mampu pun, saya kena fikirkan banyak perkara yang sering kali membantutkan keinginan di hati. Oh! Mungkin Allah ada penyebabnya. Saya harus terima. Alhamdulillah untuk apa yang ada.

Namun ada kawan-kawan yang seakan-akan berlumba-lumba untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Beli barangan mahal dan mula buat 'press conference'. Yang seorang akan tercengang, yang seorang akan bangga. Mujur saya tidak terpengaruh kerana saya tidak berminat untuk bersikap sedemikian rupa. Kerana saya sedar di mana tahap saya berada. Walau bagaimana pun, sikap mereka itu sering kali membuatkan saya kurang selesa. Saya cuba untuk 'berwajah manis' tetapi dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu. Bukan saya dengki. Kerana saya percaya, setiap manusia sudah ditentukan rezeki masing-masing. cuma saya kurang selesa bila berda dalam situasi sedemikian rupa. Kerana saya bukanlah tahap mereka. Cuma mengenangkan soal persahabatan, terpaksa saya memujuk hati. Hati...bertabahlah!

Nota kaki : LV bukan taraf saya. :)

Tak mampu....
Yang ni..mampulah! ahaks

No comments:

Post a Comment