Monday, September 5, 2011

BILA KUCING DIBIARKAN KELAPARAN PADA HARI RAYA....

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.


“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.



(Petikan dari Harian Metro 5 September 2011)


Mengikut sumber di FB dan Cari FOrum, terdapat 300 ekor kucing diletakkan di pusat penjagaan Petknode itu. Dan ada pemilik kucing yang bayar sehingga RM500 untuk kucing2 mereka dijaga selama seminggu. Namun setelah seminggu, rupanya kucing-kucing itu tidak diberikan makan minum dan tidak dibersihkan. Mengakibatkan kucing-kucing di situ kebuluran, kehausan dan paling menyedihkan hampir 10 ekor kucing mati. Polis berhampiran telah mengangkut hampir 200 ekor kucing dan diletakkan di balai polis Sg Plong untuk dijaga sementara tuan punya kucing datang menuntut. Ada juga pihak-pihak NGO yang membantu dan merawat kucing-kucing ini sehingga dituntut kembali oleh tuan-tuan empunya kucing.'

http://www.facebook.com/ktaj0311


Anak kucing yang mati kebuluran
Kesian dah kurus kering kucing ni
Kesian si ibu dan anak yang mati bergelimpangan...

Antara kucing-kucing yang berjaya diselamatkan




Sangat kejam! Sungguh kejam! Harus direjam saja pemilik pusat penjagaan kucing ni! Itu saja yang boleh saya katakan....sedih. sadis.

No comments:

Post a Comment