Mesej yang diterima daripada seorang rakan media menerusi SMS yang diterima pada Jumaat kira-kira jam 11.30 malam agak mengejutkan. Berita berkenaan dengan kematian seorang jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan curi ketika membuat liputan di bumi bergolak, Somalia. Allahyarham Noramfaizul terkena tembakan tersebut dibahu kanannya yang menembusi paru-paru dan jantungnya disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan beberapa jam kemudian. Allahyarham yang sedang berada dalam misi kemanusiaan anjuran Kelab 1Malaysia dan Bakti berada di Mogadishu bersama rombongan media termasuk Kelab Putera UMNO.
Sebagai salah seorang pengamal media (biar pun tidak berada di lapangan berita semasa), saya turut berasa sedih akan kehilangan salah seorang rakan media (biar pun tidak mengenalinya). Inilah antara risiko yang terpaksa dihadapi oleh pengamal media yang gigih mencari bahan bagi menyalurkan informasi kepada dunia.
Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.
Nota kaki : Semoga ada pihak yang membela nasib anak-anak Alllahyarham yang menjadi anak yatim di bulan Syawal ini.
No comments:
Post a Comment