Saya terbaca al kisah seorang blogger yang mengatakan perempuan sekarang ni ramai yang tak tahu erti bersyukur. Ada berlian di tangan pun masih mencari yang lain, katanya! Entah kenapa saya terbuka pulak blog dia yang teramat jarang untuk saya jenguk. Dan paling terkejut melihat gambar yang terpampang di entri tersebut. Amboooiii!! Saman kang!
Ok ini kenyataan saya pula.
Bukan perempuan tidak reti bersyukur atau tidak memahami. Tetapi mahu mencari keserasian atau pun paling penting ialah sefahaman. Bukan kerana mahu terlalu yang sempurna atau terbaik. Baik itu sudah cukup memadai.
Keserasian dan sefahaman itu penting dalam perhubungan sejagat. Tidak kiralah sesama kekasih atau pun sahabat. Atau pun sekadar kenalan. Penting. Selain dari aspek seterusnya iaitu kejujuran, boleh dipercayai dan seseorang yang boleh bersama kita susah dan senang. Ketawa dan menangis bersama.
Bagi saya, aspek kebendaan atau material itu bukanlah penting sangat pun kerana adakalanya kedua-dua perkara inilah yang mampu 'membunuh' sesebuah hubungan. Sedangkan keluarga pun ada yang berantakan kerana berebutkan harta. Inikan pula hubungan kekasih atau suami isteri....kerana harta, cinta tidak bermakna.
Sesuatu hubungan itu lebih bermakna kerana keserasian dan sefahaman (selain daripada kejujuran dan saling boleh dipercayai). Bukan setakat sebelah pihak sahaja yang memberikan respons sedemikian. tetapi perlu daripada keduanya sekali jika benar hajat hati ingin bersatu dan bersama selama-lamanya.
Memang manusia tidak pernah berasa puas dengan sesiapa....maksudnya sentiasa berpuas hati. Itulah yang mendorong seseorang itu dikatakan tidak bersyukur. Bukan kerana tidak bersyukur, tetapi pasti ada sesuatu yang membuatkan dia rasakan tidak begitu puas. Dari sudut apa, dari segi apa....itu hanya diri sendiri yang menjawab.
Jangan melibatkan mana-mana gender di dalam hal sedemikian. Jangan deskriminasi. Perempuan mengata lelaki. Lelaki mengata perempuan. Bagi saya, jika diri itu yang bersalah, tidak kira lelaki atau perempuan itulah yang salah. Dan jangan menyalahkan orang lain semata-mata mahu menutup kesalahan sendiri.
Tidak salah mengakui kesalahan sendiri. Tidak perlu 'kornar baring' sana sini untuk menutup pekung di dada. Kenapa takut mengakui kesalahan sendiri. Kenapa takut untuk memperbetulkannya. Ya, masing-masing ada ego tersendiri. tetapi ada kalanya ego harus diketepikan untuk sebuah permuafakatan yang lebih erat. Manusia memang tidak boleh lari daripada kesilapan, kekhilafan dan kesalahan. Manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jadi terimalah seada-adanya pasangan anada atau orang sedang anda dampingi atau kenali.
Nota kaki : Cubalah untuk memahami. Menghargai.
No comments:
Post a Comment