Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Friday, July 29, 2011
Just The Way You Are (Bruno Mars Cover)_By Syamkamarul
Ok...saya nak promote cousin saya pulak.... Syam Kamarul..boleh check kat Youtube....
Dia juga pernah dilamar oleh NAR Record..... dan sempat bertanyakan beberapa perkara dekat saya mengenai tawaran ini. Tetapi memandangkan dia masih belajar di Jakarta dalam jurusan perubatan, jadi saya nasihatkan dia supaya menumpukan perhatian dalam pelajaran terlebih dahulu.
Lagi pun dunia hiburan tanahair banyak dugaan dan cabarannya, Artis yang merakamkan album, belum tentu meletup tidak seperti dahulu yang mampu menjual album sehingga 300 ribu copy (seperti yang pernah dikecap oleh kumpulan Nasyid terkenal, Raihan). Kini kalau dapat jual 20ribu pun sudah cukup besar. Memandangkan senario memuat turun melalui Internet sangat berleluasa dan sukar untuk disekat kemaraannya.
Jadi saya nasihatkan Syam, jika hendak menjadi artis, mulakan dengan single dahulu. Kos pun kurang banyak dan risiko juga tidaklah begitu tinggi. Ikut cara yuna dan Hujan.
Dan sekadar hobi semata-mata, sebab bukan semua artis bernasib baik seperti Dato' Siti Nurhaliza dan KRU yang mampu bergelar jutawan. Ops. tidak lupa juga, Shaheizy Sam dan Lisa Surihani.
Ok lah...nak layan lagi vc dia... daaa....
Cinta Muka Buku - Najwa Latif
Siapa NajwaLatif? Saya pun sendiri pada mulanya tertanya-tanya setelah 'melayan' lagu 'Cinta Muka Buku' di HotFM. memang layannnnn jugaklah lagu ini. Dalam industri seni suara ada Najwa Mahiaddin dan Najwa Nasir P.Ramlee. Jadi saya confuse. Mana datangnya NajwaLatif, sehinggalah saya menonton video clip ini di Youtube.
Memang sweet saja lagu ini....se'sweeettt' video clipnya!
Tapi siapakah NajwaLatif?
Saya tumpang tempek profile Najwa daripada blog Encik Nakal.
Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama Pentas: Najwa Latif
Tarikh Lahir: 23rd May 1995
Tempat Lahir: Batu Pahat, Johor
Tinggi: 155cm
Berat: 47kg
Umur: 16
Status:Pelajar Sekolah SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat Johor.
Laman Sosial: Blog: http://www.najwalatifs.blogspot.com/
Facebook Fanpages: najwalatif
Twitter : @njwalatif
youtube : www.youtube.com/najwa595
Laaaa....baru 16 tahun adik ni...
Bagi saya, Najwa memiliki bakat yang boleh pergi jauh dalam bidang seni ini. Mungkin setanding Yuna yang sudah berjaya dan kini mencari tapak di peringkat antarabangsa. Jika Najwa bijak mengekplorasikan bakatnya (bukan dieksploitasikan bakatnya), pasti dia boleh cemerlang.
Ops! Najwa juga kini sudah dilamar oleh syarikat rakaman NAR Record. Ambooii hebat NAR yang mencari bakat baru menerusi Youtube. Cousin saya, Syam Kamarul, yang aktif menempek cover version video clip nyanyiannya di Youtube juga pernah dirisik oleh NAR.
U have a very sweet voice. Such talented... and it's gifted! Gift from Allah.
Oklah Najwa, good luck for u.....
Subscribe to:
Posts (Atom)