Monday, April 25, 2011

TAK SABAR HENDAK KE PALAU....

Sepatutnya 21 Mac lalu, saya ke Palau..sebuah negara kecil yang sebelum ini memang saya sendiri tak pernah dengar. Semuanya atas jemputan Nestle-Drumstik. Tapi disebabkan tsunami di Japan, tergendala program tersebut. Kerana Palau yang terletak bersebelahan Filipina, yang juga 1500 kilometer dari Japan! 2 hari sebelum ke sana, pihak Nestle menghubungi dan mengatakan program tersebut terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Dan minggu lepas, pihak Nestle menghubungi..Mengatakan 6 Jun ini tarikh baru ke sana..





Yahooooo!!!

Memang saya tak sabar hendak ke sana!!!!

Nota Kaki : Sebelum ke Palau, kena transit ke Manila dulu.... agak-agak dapat jumpa lagi Jericho Rosales tak? Atau Christian Bautista? Hahahaha... saya nak kidnap dorang bawak balik Malaysia lah! Ahaks...

Christian Bautista...
My Number 1 Boyfriend....Jericho Rosales (siap kena share ngan mak saya...ahaks)

PANDUAN MEMBELI RUMAH....

Panduan Kepada Pembeli Rumah

Beberapa Aspek Penting bagi Pembeli Rumah  
Sebelum anda membuat keputusan bagi membeli rumah, sila pastikan:
• Pemaju Perumahan mempunyai lesen yang sah dan masih lagi berkuatkuasa
• Mempunyai permit iklan dan jualan yang sah dan masih lagi berkuatkuasa

Kenal Pasti Jenis Rumah
Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) untuk tanah dan bangunan (landed property)
seperti rumah banglo, rumah berkembar dan rumah teres ialah 24 bulan. SPJB untuk
bangunan yang dipecahbahagikan (Building intended for subdivision) seperti
kondominium, rumah pangsa, apartment dan rumah bandar ialah 36 bulan.
Pembeli adalah dinasihatkan mendapatkan brosur/risalah secara percuma daripada
pemaju di mana di dalamnya terdapat semua maklumat penting projek termasuk
nombor lesen, permit dan sebagainya.

Status Tanah
Pastikan status tanah sama ada:-
• Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal.
• Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian.
• Rezab Melayu.
* Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat
Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri.

Maklumat Brosur
Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai
maklumat berikut:-
1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku;
2. Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku;
3. Nama dan alamat:
    i) Pemaju perumahan berlesen
    ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada)
    iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada)
    iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada)
4. Status tanah:
   i) Bebas
   ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan
   iii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
5. Dekripsi kedudukan
   i) Spesifikasi bahan binaan rumah
   ii)Luas bangunan
   iii)Kemudahan/perkhidmatan
6. Nama projek perumahan, jika ada;
7.Tarikh projek perumahan dijangka siap;
8.Harga jualan setiap jenis rumah;
9. Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan
10.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan
nombor rujukannya.  Hak dan Kepentingan Pembeli dalam Perjanjian Jual dan Beli Rumah
Perlu difahami isi perjanjian Jual dan Beli rumah sepertimana JADUAL G dan H yang
terdapat dalam Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
1989.

Bayaran Pertama  
Pembeli perlu menandatangani SPJB pada masa pembayaran pertama 10% harga
rumah dibayar kepada pemaju. Pastikan tarikh bayaran pertama dan SPJB adalah
tarikh yang sama.

Untuk makluman pemaju tidak boleh mengutip apa-apa bayaran dengan nama apa
pun tanpa suatu Surat Perjanjian Jual dan Beli.

Perakuan Arkitek
Pastikan apa-apa tuntutan bayaran ansuran kepada pemaju disokong dengan satu
perakuan yang ditandatangani oleh Arkitek atau Jurutera Pemaju yang bertauliah.
Faedah Yang Dikenakan

Sekiranya pembeli atau pembiayaan (End Financier) pembeli gagal membayar bayaran
ansuran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh menerima notis bertulis bayaran,
pembeli akan dikenakan faedah oleh pemaju yang dikira dari hari ke hari atas kadar
10% setahun ke atas ansuran yang tidak berbayar.

Pembatalan Perjanjian Jual dan Beli  
Sila ambil ingatan bahawa kegagalan pembeli membayar bayaran ansuran dan faedah
yang dikenakan bagi suatu tempoh melebihi 28 hari, pemaju boleh menamatkan
perjanjian Jual dan Beli. Pemaju hendaklah menghantar Surat Berdaftar A.R. kepada
pembeli tentang hasratnya membatalkan Perjanjian Jual dan Beli.

Bayaran Penyelenggaraan Infrastruktur
Pembeli hendaklah membayar kos penyenggaraan infrastruktur dari tarikh pemilikan
kosong sehingga masa penyenggaraan infrastruktur diambil alih oleh Pihak Berkuasa
Berkenaan atau Perbadanan Pengurusan (bagi bangunan yang bermaksud
dipecahbahagi.

Infrastruktur yang dimaksudkan ialah:
a) Bagi tanah dan bangunan
 Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan :.
bagi pemajuan perumahan berkenaan.
b) Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
 Jalan, jalan masuk rumah, parit, pembentung, saluran air dan loji pembentungan :.
bagi bangunan berkenaan.

Bayaran Penyelenggaraan Perkhidmatan  
Mulai dari tarikh pemilikan kosong pembeli hendaklah membayar bagi perkhidmatanperkhidmatan seperti berikut:-
Bagi tanah dan bangunan
(i) Perkhidmatan pungutan sampah, pembersihan parit-parit awam, pemotongan rizab
jalan.
(ii) Bayaran ini wajib dibayar hanya sehingga perkhidmatan ini diambil alih oleh Pihak Berkuasa Yang Berkenaan.
(iii) Pembelii hendaklah membayar pendahuluan sebanyak 6 bulan pada masa
mengambil pemilikan kosong. Sekiranya selepas 6 bulan, perkhidmatan ini masih
belum di ambil alih Pihak Berkuasa Yang Berkenaan, apa-apa pembayaran selepas itu
hendaklah dibayar secara pendahuluan bulanan.

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi
(i) Bayaran perkhidmatan adalah bagi penyenggaraan dan pengurusan harta bersama
dan pembayaran bermula apabila pemilikan kosong diambil.
(ii) Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan
pendahuluan bagi perkhidmatan penyenggaraan ini dan apa-apa bayaran kemudian
hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.
(iii) Bayaran perkhidmatan penyenggaraan ini wajib dibayar kepada pemaju daripada
tarikh pemilikan kosong sehingga penubuhan suatu perbadanan pengurusan di bawah
Akta Hakmilik Strata 1985.
(iv) Apabila Perbadanan Pengurusan (Management Corporation) di tubuhkan di bawah
Akta Hakmilik Strata 1985, perkhidmatan penyenggaraan akan diambil alih oleh
Perbadanan Pengurusan ini dan pembeli adalah wajib membayar perkhidmatan
penyenggaraan kepada Perbadanan ini dan bukan lagi kepada pemaju.

Ingatan:-
Pembeli perlu mengambil ingatan bahawa perkhidmatan penyenggaraan ini wajib
dibayar selagi pembeli adalah pemilik petak dalam bangunan yang diselenggarakan.
Kumpulan Wang Penjelas (Sinking Fund)

Bagi bangunan yang bermaksud dipecahbahagi sahaja.
Pembeli hendaklah pada tarikh mengambil pemilikan kosong petak mencarum kepada
kumpulan wang penjelas suatu amaun yang sama dengan sepuluh peratus (10%)
daripada bayaran perkhidmatan.

Pembeli hendaklah membayar deposit satu (1) bulan dan tiga (3) bulan pendahuluan
sebagai caruman kepada Kumpulan Wang Penjelas mulai tarikh pemilikan kosong dan
selepas itu caruman yang sedemikian hendaklah dibayar satu bulan terdahulu.
Bayaran Cukai Tanah, Cukai Taksiran dan Lain-lain
Mulai dari tarikh Pemilikan Kosong atau tarikh harta dipindahmilik mengikut mana
yang terdahulu, pembeli adalah bertanggungjawab membayar cukai tanah, kadaran,
cukai taksiran dan bayaran-bayaran lain berkenaan dengan harta yang dibeli.

Tempoh Pemilikan Kosong  
Pemilikan kosong bangunan dengan bekalan air dan elektrik sedia untuk
penyambungan hendaklah diserahkan kepada pembeli dalam tempoh 24 bulan
kalendar dari tarikh Perjanjian (bagi tanah dan bangunan) dan 36 bulan (bagi
bangunan yang dipecahbahagi).

Syarat-Syarat dan Hak Pembeli Semasa Penyerahan Pemilikan Kosong (VP)
Pastikan harta bebas daripada sebarang bebanan semasa menerima notis penyerahan
pemilikan kosong.

Sekiranya pemaju memajak tanah atau harta, minta pemaju selesaikan baki yang ada semasa penyerahan pemilikan kosong.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi:-
(i) Perakuan dikeluarkan oleh Arkitek Pemaju yang mengesahkan:
a. Bangunan tersebut telah siap.
b. Bekalan air dan elektrik sedia untuk penyambungan.
(ii) Pemaju telah memohon:
a. Pengeluaran CFO melalui Borang E *
b. PBT telah mengeluarkan surat perakuan bahawa Borang E telah disemak dan
diterima oleh PBT.
* Borang E adalah permohonan daripada Arkitek pemaju kepada PBT untuk
pengeluaran CFO.
Pembeli hanya boleh menduduki rumah apabila CFO sudah dikeluarkan oleh PBT dan
kerja-kerja mengubah suai rumah hanya dibenarkan selepas mendapat CFO serta
kelulusan pelan oleh PBT berkenaan.
Semasa pemeriksaan bangunan, sebarang kecacatan sahih direkodkan dan diserahkan
kepada pemaju untuk tujuan pembaikan. Pastikan anda mendapat salinan
aduan.Pembeli berhak menuntut ke atas kelewatan pemaju menyiapkan rumah.
Bayaran Gantirugi
Sekiranya pemaju gagal menyerahkan Pemilikan Kosong Bangunan pada masa yang
ditetapkan dalam Perjanjian Jual dan Beli, pemaju hendaklah membayar kepada
pembeli gantirugi yang dikira dari hari ke hari dengan kadar 10% setahun daripada
harga beli rumah.

Tempoh Liabiliti Kecacatan
Tempoh Liabiliti Kecacatan adalah 18 bulan selepas Penyerahan Pemilikan Kosong.
Penubuhan Perbadanan Pengurusan Bagi Tanah dan Bangunan Yang
DiPecahbahagi
Satu Perbadanan Pengurusan akan diwujudkan oleh pembeli-pembeli apabila Hakmilik
Strata bagi tiap-tiap petak dikeluarkan dan dipindahmilik kepada pembeli.
Selain daripada beberapa fungsi lain, Perbadanan pengurusan adalah
bertanggungjawab untuk menginsurankan dan menyelenggara bangunan.

Pertanyaan atau Aduan Perumahan

Anda boleh menghubungi :
Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasa
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Paras 3, Blok B Utara, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR
No.Tel : 03 - 20947033
No.Fax : 03 - 20925049




SUMBER : KEMENTERIAN  PERUMAHAN KERAJAAN TEMPATAN (KPKT)


REUNION ALUMNI MASKULIN....

Saya pernah menjadi sebahagian dari team editorial Maskulin pada Jun 2006 sehingga April 2010. Mengendalikan majalah gaya hidup lelaki merupakan kejutan besar di dalam karier saya. Namun saya menganggapnya sebagai cabaran...

Bersama editor, Kak Wan Mahani, wartawan Armizi & Fakhrul Razi, graphic Designer Sham, kami memang team kecil namun sepakat mengendalikan majalah ini. Saya memang cukup seronok bersama team Maskulin. banyak event berskala kecil mahu pun besar yang dikendalikan bersama. Selepas Razi berhenti, Leezard mengantikannya. Kemudian Sham bertukar majalah dan sejak itu graphic designer kami sering bertukar-tukar orang. Selepas Sham, ada Hamdan (yang sebenarnya tak berapa OK menjadi graphic designer....), kemudian Jojet mengambil alih tapi jodohnya pun tak lama. Selepas tu Shawal (pokcik yang dianggap abang besar saya) menjadi sebahagian dari keluarga Maskulin, selepas itu Abang Asrol yang memang pakar grafik tetapi jodohnya tidak panjang bersama Karangkraf. Selepas itu barulah Paan menjadi sebahagian dari keluarga Maskulin.

Dalam kerja, memang kami semua profesional. Tetapi sebenarnya kami menjalinkan hubungan sebagai keluarga besar. Ibarat adik beradik. Kami pergi bercuti bersama. Selalu makan-makan besar. Memang best. Tak banyak yang best, melainkan best-best belaka!

Antara event yang paling best pernah dikendalikan sudah tentu trip Maskulin ke Penang dan Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) musim 2 & 3....

Memang best gila! Kalau hendak bercerita..alamak..memang panjang cerita. Cuma di sini saya ingin mengabadikan kenangan bergambar....
Razi, Kak Mahani, Jojet, Mizi & saya (ops sexy time ni...)



Team Maskulin ke Penang.....


Team Maskulin bersama Shawal....dan Aman.

Bersama finalis PLM musim ke 2...




Finalis PLM Batch 3....


Terakhir bersama Team Maskulin...


Dan selepas 'terpisah' setahun dengan Maskulin, 17 April lalu, saya meluangkan masa menghadiri PLM musim 4. Selain untuk support keluarga lama, saya juga mahu bertemu dengan bekas editor saya, dan finalis-finalis musim lalu. Dan menggembirakan....kamilah alumni Maskulin!

Sebahagian dari PLM musim 1, 2 & 3... Korang memang best lah!

REMAJA 1 MEI...KINI DI PASARAN...


Tadaaaaaa...... Ni ler COVER terbaharu REMAJA...keluaran 1 Mei... Penghias covernya ialah aktres muda yang sangat berbakat, Elfira Loy bersama aktor muda yang sedang meningkat naik, Airil Zafril. 
Jangan lupa tau...... sangat laku di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, PWTC!

Friday, April 15, 2011

SHARIFAH AMANI ...REMAJA 15 APRIL...



Kali ke dua Sharifah Amani menjadi penghias cover REMAJA... 2 tahun lepas, dia pernah digandingkan bersama Dafi. Bekerjasama dengan Amani buat pertama kalinya, memang cukup mudah. Dia friendly & gila-gila. walau pun tidak sihat, tetapi dia tetap memberikan pose yang mengancam! Lagaknya persis supermodel beraksi di hadapan lensa. Cuma badannya yang terlalu kurus membuatkan ada pakaian yang nampak longgar membaluti tubuhnya... Apa pun Amani atau lebih mesra disapa sebagai Nanie memang cukup best!!!


Nota kaki : Keluaran ini..ada sesuatu yang membuatkan saya sangat cuak..... Ya ampun Afoi!

Monday, April 4, 2011

CONGRATULATION DER!!!

Sam datang ke event Launch New Look of REMAJA...


Oh! I'm melting! Melting! Heheheheh..angau kan! Tahniah kepada Shaheizy Sam kerana dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2010 di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian....

Memang kemenangannya telah dijangkakan sejak awal memandangkan populariti Sam kian meningkat saban tahun.

Sam juga dinobatkan sebata Pelakon Lelaki Paling Popular dan di dalam ucapannya, dia turut menghargai pihak media kerana memberikan pelbagai publisiti kepadanya tanpa henti.

Sebagai seorang pengamal media dan kerap bekerjasama dengan Sam, saya tak menafikan...Sam memang seorang pelakon yang merendah diri, senang didekati, sempoi dan best biar pun adakalanya dia agak introvert jika tidak mengenalinya.. Tetapi bila dah mengenalinya..dia memang super duper best! ops..adakalanya pemalu.

Alamak! Saya terlalu memujinya ke?

Pertama kali memanggilnya untuk sesi fotografi pada 2009. Ketika itu saya masih di Maskulin. Selepas namanya meledak membintangi Adnan Sempit The Movie, saya berpeluang mengambilnya sebagai Cover Maskulin. Ketika itu, dia agak introvert dan pemalu... Tetapi bila dah sejam bersama, barulah dia OK dan boleh buat lawak..

Kedua...ketika saya di REMAJA, tahun lalu, saya memanggilnya untuk Cover edisi lelaki... Walau pun dia terlambat sampai ke studio, namun tetap memberikan kerjasama. Dan kini, Sam memang tidak pernah kata tidak untuk saya jika saya mengundangnya untuk memeriahkan event termasuklah special appearance semasa Dewi REMAJA episod kelas lakonan.

Sampaikan team saya sendiri tahu yang saya ini memang Pro Sam! Hehehhehe..... Sebenarnya saya senang dengan artis yang sedia memberikan kerjasama, yang cukup friendly, sporting dan paling penting merendah diri.

Ok Shaheizy Sam, lu memang layak untuk menang der!!!!

Time ni...Sam suruh saya duduk kat riba dia..wakakak...

Saturday, April 2, 2011

BILA GIRL SUDAH JADI MUMMY....

Jam 5.30 petang tadi...Girl selamat melahirkan 3 ekor anak. Ternyata itu anak BOY! Tidak syak lagi sudah berlakunya sumbang mahram antara Girl-Boy...

Nama untuk anak-anak kucing ni...belum dapat ilham lagi. Selalunya emak saya yang meletakkan nama. Sebab kalau saya yang letak, mak saya cakap canggih sangat!

Girl beranak di bawah laci almari yang dah kosong.... Kesian dia menahan sakit.. Kesian tau! Sejam kemudian barulah saya meletakkannya di dalam sangkar.. Sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak ada anasir yang menganggunya termasuk Boy sendiri.

Alamak...emak saya dah bagi warning, saya kena uruskan sendiri kucing-kucing ni terutamanya bab bahan kumbahan....huahuahua.....rasakan!

BABY GIRL IN THE HOUSE!!!!

Akhirnyaaaaaa.......setelah 9 bulan menanti.... 29 haribulan Mac 2011 jam 2.30 petang, maka lahirlah Nur Elisya Huda, anak buah saya yang ke lima.... Anak kepada Kak Ngah saya (yang juga ke lima).

Excited! Tersangat!


Ni 2 jam selepas dia dilahirkan....




The 5.... Hakimi, Helmi, Emily, Emil & Elisha



Bersama nenek & Uda...



Mana comel..sudah tentu Elisya.... Huhuhu...


Friday, April 1, 2011

SELAMAT MEMBACA..REMAJA 1 APRIL 2011!



Penuh kilauan...itulah konsepnya. Menggabungkan Iqram Dinzly, Diana Amir (Oh comelnya dia berambut pendek!) & Puteri Sarah Liyana.

Jangan lupa dapatkan REMAJA di pasaran sekarang!

Macam-macam menarik woooooo!!!