Monday, April 25, 2011

REUNION ALUMNI MASKULIN....

Saya pernah menjadi sebahagian dari team editorial Maskulin pada Jun 2006 sehingga April 2010. Mengendalikan majalah gaya hidup lelaki merupakan kejutan besar di dalam karier saya. Namun saya menganggapnya sebagai cabaran...

Bersama editor, Kak Wan Mahani, wartawan Armizi & Fakhrul Razi, graphic Designer Sham, kami memang team kecil namun sepakat mengendalikan majalah ini. Saya memang cukup seronok bersama team Maskulin. banyak event berskala kecil mahu pun besar yang dikendalikan bersama. Selepas Razi berhenti, Leezard mengantikannya. Kemudian Sham bertukar majalah dan sejak itu graphic designer kami sering bertukar-tukar orang. Selepas Sham, ada Hamdan (yang sebenarnya tak berapa OK menjadi graphic designer....), kemudian Jojet mengambil alih tapi jodohnya pun tak lama. Selepas tu Shawal (pokcik yang dianggap abang besar saya) menjadi sebahagian dari keluarga Maskulin, selepas itu Abang Asrol yang memang pakar grafik tetapi jodohnya tidak panjang bersama Karangkraf. Selepas itu barulah Paan menjadi sebahagian dari keluarga Maskulin.

Dalam kerja, memang kami semua profesional. Tetapi sebenarnya kami menjalinkan hubungan sebagai keluarga besar. Ibarat adik beradik. Kami pergi bercuti bersama. Selalu makan-makan besar. Memang best. Tak banyak yang best, melainkan best-best belaka!

Antara event yang paling best pernah dikendalikan sudah tentu trip Maskulin ke Penang dan Pencarian Lelaki Maskulin (PLM) musim 2 & 3....

Memang best gila! Kalau hendak bercerita..alamak..memang panjang cerita. Cuma di sini saya ingin mengabadikan kenangan bergambar....
Razi, Kak Mahani, Jojet, Mizi & saya (ops sexy time ni...)



Team Maskulin ke Penang.....


Team Maskulin bersama Shawal....dan Aman.

Bersama finalis PLM musim ke 2...




Finalis PLM Batch 3....


Terakhir bersama Team Maskulin...


Dan selepas 'terpisah' setahun dengan Maskulin, 17 April lalu, saya meluangkan masa menghadiri PLM musim 4. Selain untuk support keluarga lama, saya juga mahu bertemu dengan bekas editor saya, dan finalis-finalis musim lalu. Dan menggembirakan....kamilah alumni Maskulin!

Sebahagian dari PLM musim 1, 2 & 3... Korang memang best lah!

1 comment:

  1. ُُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ sis
    Sis Ada x copy Maskulin edisi Jun/July/ogos 2006?
    Klau ada mohon share pls :)

    ReplyDelete