Sam datang ke event Launch New Look of REMAJA... |
Oh! I'm melting! Melting! Heheheheh..angau kan! Tahniah kepada Shaheizy Sam kerana dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular 2010 di dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian....
Memang kemenangannya telah dijangkakan sejak awal memandangkan populariti Sam kian meningkat saban tahun.
Sam juga dinobatkan sebata Pelakon Lelaki Paling Popular dan di dalam ucapannya, dia turut menghargai pihak media kerana memberikan pelbagai publisiti kepadanya tanpa henti.
Sebagai seorang pengamal media dan kerap bekerjasama dengan Sam, saya tak menafikan...Sam memang seorang pelakon yang merendah diri, senang didekati, sempoi dan best biar pun adakalanya dia agak introvert jika tidak mengenalinya.. Tetapi bila dah mengenalinya..dia memang super duper best! ops..adakalanya pemalu.
Alamak! Saya terlalu memujinya ke?
Pertama kali memanggilnya untuk sesi fotografi pada 2009. Ketika itu saya masih di Maskulin. Selepas namanya meledak membintangi Adnan Sempit The Movie, saya berpeluang mengambilnya sebagai Cover Maskulin. Ketika itu, dia agak introvert dan pemalu... Tetapi bila dah sejam bersama, barulah dia OK dan boleh buat lawak..
Kedua...ketika saya di REMAJA, tahun lalu, saya memanggilnya untuk Cover edisi lelaki... Walau pun dia terlambat sampai ke studio, namun tetap memberikan kerjasama. Dan kini, Sam memang tidak pernah kata tidak untuk saya jika saya mengundangnya untuk memeriahkan event termasuklah special appearance semasa Dewi REMAJA episod kelas lakonan.
Sampaikan team saya sendiri tahu yang saya ini memang Pro Sam! Hehehhehe..... Sebenarnya saya senang dengan artis yang sedia memberikan kerjasama, yang cukup friendly, sporting dan paling penting merendah diri.
Ok Shaheizy Sam, lu memang layak untuk menang der!!!!
Time ni...Sam suruh saya duduk kat riba dia..wakakak... |
No comments:
Post a Comment