Filipina....oh sangat familiar kerana selama ini memang kerap kali terdedah dengan cerita-cerita, eh lebh tepat lagi TELENOVELA/SOAP OPERA berbahasa Tagalog. Lantas peluang ke Manila memang aku tak lepaskanlah. 2 hari di sana, kemudian terbang pula ke Palau, sebuah negara terbaharu dalam peta dunia yang tidak pernah aku ambil tahu. Ops tak pernah tahu setepatnya.... Akhirnya aku di sana selama 4 hari 3 malam. Palau..sebuah negara yang indah dari pengamatan aku. Keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara (untouched island)..
Oklah...aku akan titipkan perjalanan aku ke dua buah negera ini nanti ya... Sementara itu, sajikan dahulu pandangan mata dengan foto-foto yang sempat dirakamkan...
@Makati, Filipina. Sempena dengan Green Latern.... |
Harbour @Manila |
Mall terbesar di Manila |
@Jose Rizal's monument, Filipina |
Barisan Jeepney @Manila |
Dolphin Paradise @Palau.... |
Seriously!!!! Beautiful scenenary @Palau |
Bermain dengan Jelly Fish @Jelly Lake, Palau |
Subhanaallah......indahnya ciptaan Allah |
Bersama Kent & Loreen, tourist guide Palau. Rindu kat dorang! Hehehe |
KENANGAN TERINDAH TERCIPTA DI PALAU
Jemputan daripada pihak Nestle Drumstick untuk meraikan pemenang siri terakhir bagi peraduan yang dianjurkan, ‘Live the Adventure’, pada awal Jun lalu tidak dilepaskan. Setelah merentasi cabaran ke Afrika Selatan untuk ‘Safari Adventure’ , ‘Mouri Adventure’ di New Zealand dan ‘Road Trip to Egypt’ di Mesir, destinasi keempat dan terakhir bagi ‘Live the Adventure’ ialah Republic of Palau. Dengan tema ‘Palau...The Rainbow’s End’, seramai 10 pasangan telah terpilih untuk dibawa ke destinasi percutian penuh bermakna ini. Mereka merupakan pemenang mingguan sepanjang peraduan ini berlangsung bermula Disember 2010 sehingga Februari 2011. Namun pada saat-saat akhir, hanya 5 pasangan sahaja yang benar-benar bersetuju untuk mengikutinya, selebihnya terpaksa menolak atas alasan tertentu. Turut menyertai rombongan ini ialah Billy Law Kok Wai iaitu Pengurus Kanan Penjenamaan Nestle Products (M) Sdn.Bhd.
Rombongan kami bertolak pada pagi 6 Jun lalu dengan menaiki pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia ( MAS) menuju ke Manila, Filipina yang mengambil masa 3 jam perjalanan. Memandangkan tidak ada penerbangan terus dari Malaysia ke Palau, membuatkan pihak Nestle membuat keputusan untuk transit di Manila selama 2 hari terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan ke Palau. Untuk ke Palau, hanya empat lapangan terbang yang menawarkan penerbangan terus ke sana iaitu sama ada melalui Manila, Taipei (Taiwan), Narita (Jepun) atau pun Seoul (Korea Selatan).
Lawatan Ke Tempat Bersejarah
Sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila, rombongan kami terus dibawa ke hotel penginapan, Traders Hotel. Tidak ada aktiviti yang dilakukan pada hari tersebut memandangkan kami tiba di sana waktu petang, cuma sempat bersiar-siar di Harbour Place, untuk melihat matahari terbenam sebelum menikmati makan malam di Zamboanga sambil menyaksikan persembahan tarian tradisional masyarakat di sana. Hanya hidangan laut (seafood) yang berani dijamah kerana agak sukar untuk mendapatkan makanan halal di sana.

Pada keesokan harinya, pemandu pelancong rombongan kami di Manila, Mr.Ray, membawa rombongan melawat tempat-tempat bersejarah di sekitar bandar raya Manila. Antara tempat yang dilawati ialah Monumen Jose Rizal dan Fort Santiago. Penulis amat tertarik apabila berada di Fort Santiago. Ia seakan tugu negara yang memperingati jasa bakti pahlawan negara berkenaan. Di Filipina, individu yang dianggap sebagai wira ialah Jose Rizal yang begitu memperjuangkan kedaulatan negara tersebut pada zaman jajahan Sepanyol. Beliau dipenjarakan di Fort Santiago dan dijatuhkan hukuman mati di atas pertuduhan cuba membangkitkan resolusi tentangan terhadap penjajahan.
Pertama kali menjejaki kota raya Manila, perasaan teruja itu memang terpalit di hati. Apatah lagi sebelum ini penulis sering kali menonton telenovela dari Filipina seperti ‘Pangako Say’o’, ‘Sana’y Wala Nang Wakas’, dan banyak lagi, yang kerap kali memaparkan kehidupan warga Filipina daripada golongan bawahan sehingga atasanSeperti yang dipertontonkan di kaca TV, begitulah kehidupan realiti sebahagian warga Filipina ini. Di celah-celah kesesakan bangunan sana sini, ada saja yang bergelandangan dan memilih untuk hidup merempat di jalanan. Seumpama tidak ada sekatan daripada kerajaan pemerintah, di mana warga mereka bebas untuk tidur di mana-mana, bukan saja di tepi jalan, taman-taman bunga atau pun kaki lima deretan kedai. Mereka ini daripada golongan pengemis, ada yang berniaga di kaki lima, dan pelbagai lagi cara untuk menampung kehidupan di tengah bandar raya Metro Manila ini.
Seperti mana kota raya lain seperti Jakarta, orang-orang yang datang ke Metro Manila ini asalnya dari pelbagai ceruk Filipina. Ada yang memang tidak berumah dan jangan terkejut ada yang membina kediaman di atas kubur! Itulah senario yang tidak akan kita nampak di Malaysia.
Kemudian kami bergerak pula ke bandar Makati yang menjadi pusat tumpuan ekonomi dan komersial bagi Filipina sebelum dibawa ke American War Memorial, taman peringatan perajurit Amerika Syarikat (yang terkorban semasa zaman penjajahan mereka di Filipina) yang mempunyai 36,000 tapak peringatan di sana. Berbeza di Makati, iaitu antara bandar yang terletak di Manila, taraf di sini lebih tinggi dan lebih pesat membangun. Lebih banyak pusat membeli-belah mewah dan masyarakat di sini lebih ‘high class’. Manakala di bandar Pasay pula, kelihatan masyarakat daripada golongan sederhana lebih ramai di sini. Walau bagaimana pun, Metro Manila memang sesak, padat dan sibuk tidak mengira waktu!
Lewat petang, kami dibawa pula ke pusat membeli-belah terbesar di Metro Manila iaitu Mall of Asia sebelum kembali ke hotel untuk bersiap-siap menikmati hidangan makan malam di restoran Kashmir dan kemudian bergegas ke lapangan terbang untuk meneruskan penerbangan ke Palau. Jam 10.30 malam, kami menaiki penerbangan Continental Air menuju ke Palau dan sampai di sana pada jam 2 pagi.
Untouched Island....
Sebelum ini, penulis memang tidak pernah mengetahui kewujudan Palau. Apabila menerima undangan daripada pihak Nestle, penulis mencari maklumat mengenai Palau melalui Internet. Mengikut sumber alam maya, Palau merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik yang terletak 800 kilometer dari timur Filipina dan 3,200 kilometer dari selatan Tokyo. Palau juga dikenali dengan nama Belau atau pun Pelew. Palau baru sahaja diiktiraf sebagai sebuah negara 15 tahun yang lalu walau pun telah pun wujud sejak 3,000 tahun lampau. Mengikut sejarah,semasa peperangan Sepanyol-Amerika Syarikat, pihak Sepanyol pernah menjual Palau kepada Jerman pada tahun 1899. Kemudian pada tahun 1914, pemerintahan Palau jatuh kepada pihak Jepun dan ketika perang dunia kedua, pulau ini diambil alih pula oleh Amerika Syarikat. Dan pada tahun 1995, barulah Palau bebas daripada mana-mana jajahan setelah diiktiraf sebagai sebuah negara.

Melihat keindahan Palau melalui gambar-gambar di Internet, hati memang tidak sabar hendak ke sana. Nah! Apabila sudah berada di negara yang penuh keamanan dan kaya dengan keindahan, hati terus terpaut. Ya, Palau memang tersangat indah!
Apabila soalan diajukan kepada Billy, mengapa Palau menjadi pilihan destinasi terakhir buat ‘Live the Adventure’, beliau menjawab, “Palau merupakan negara kepulauan yang sangat jarang kita dengari. Ia merupakan pulau yang sangat eksotik, penuh dengan keunikan dan keindahan yang tersendiri. Kami mahu memberikan kenangan yang penuh bermakna buat para pemenang kali ini.”
Aktiviti pertama kami di sana ialah melawat Rock Islands dan berpeluang’ snorkling’ menyaksikan keindahan dasar laut yang begitu memukau. Menariknya, di Rock Islands, terdapat lumpur berwarna putih yang sangat elok untuk kulit. Untuk mendapatkan lumpur tersebut, seseorang perlu menyelam sehingga ke dasar. Menurut pemandu pelancong warga Palau yang membawa rombongan kami, Kent dan Laureen, beberapa orang pakar penyelidikan dari Jepun telah membuktikan lumpur di kawasan itu amat elok untuk kulit seseorang. Ia boleh membuatkan kulit menjadi putih gebu jika pemakaiannya diamalkan.
Puas snorkling di sekitar Rock Islands, kami dibawa pula ke Jellyfish Lake di mana terdapat ratusan ribu Jellyfish yang sangat jinak dan tidak berbisa di dalam tasik tersebut. Sungguh menarik apabila berpeluang menyelam dan bermain-main dengan Jellyfish pelbagai saiz yang sangat jinak. Seharian menghabiskan masa dengan aktiviti ‘snorkling’ di sekitar Rock Islands memang sangat ‘enjoy’. Air lautnya yang membiru dengan suasana yang begitu memukau. Sememangnya Palau merupakan ‘untouched island’!
Aktiviti kami pada hari tersebut berakhir dengan makan malam di atas kapal yang membelah lautan Teluk Palauan. Sambil menikmati hidangan, kami turut disajikan dengan persembahan hiburan daripada penghibur tempatan dengan nyanyian dan tarian masyarakat Palauan.
Aktiviti Lasak Mencabar Adrenalin
Hari kedua di Palau, aktiviti lasak menjadi pilihan. Bertuahnya rombongan kami ketika itu apabila salah satu aktiviti lasak, Zip Line, baru sahaja beroperasi di Palau Eco Theme Park dan ini membuka peluang antara kami yang berani untuk melakukannya. Zip Line yang terpanjang di dunia ini menyerupai aktiviti ‘Flying Fox’ tetapi lebih mencabar. Di mana seseorang itu harus ‘terbang’ melalui tiga laluan berbeza ketinggian dan jarak kepanjangan. Laluan pertama sepanjang 270 meter dengan ketinggian 40 kaki. Laluan kedua pula berjarak 350 meter dengan ketinggian 80 meter dan yang ketiga pula sepanjang 350 meter dan 30 meter tinggi menuju ke kawasan air terjun.

Jika tidak mahu melakukan aktiviti Zip Line yang operasinya diseliakan oleh sebuah syarikat Korea ini, para pengunjung berpeluang melakukan aktiviti ‘jungle tracking’ yang menariknya dengan menaiki monorel sejauh 1.3 kilometer dari pintu masuk Palau Eco Theme Park sehingga kawasan air terjun yang sangat indah. Sepanjang laluan tersebut, para pengunjung juga boleh menyaksikan bekas landasan kereta api, Ngardmau railroad Tracks, yang digunakan sewaktu pendudukan Jepun di Palau. Menariknya di Palau Eco Theme Park, ia berkonsepkan ‘lagend of love between couple’ di mana kita boleh saksikan dua pohon bercantum sesama sendiri yang dinamakan ‘love tree’. Di kawasan air terjun pula yang merupakan pertembungan dua air terjun yang dianggap legenda di Palau, terdapat sejarah berkenaan dengan ‘one eyedfish’ yang sangat popular di kebanyakan negara Asia termasuklah Jepun, China dan Korea.
Aktiviti kami tidak berhenti begitu sahaja, selepas menikmati hidangan tengah hari, kami berpeluang meredahi kawasan yang penuh cabaran dengan menaiki ATV yang dipandu sendiri. Memang hebat aktiviti pada hari tersebut!
Kembali Menikmati Keindahan Lautan
Hari terakhir di Palau, kami meneruskan aktiviti air dengan berkayak di Rock Islands sebelum ke Dolphins Paradise untuk bermain dengan ikan lumba-lumba yang sangat jinak. Menariknya, ikan lumba-lumba yang terpelihara di Dolphins Paradise ini dibiayai sepenuhnya oleh seorang jutawan dari Jepun. Selepas puas bermain dengan ikan lumba-lumba, kami kembali ke hotel penginapan, Palau Royal Resort untuk bersiap-siap terbang ke Manila sebelum pulang ke Malaysia pada keesokan harinya.

Pengalaman selama 6 hari di Manila dan Palau sememangnya sungguh bermakna buat ahli rombongan ‘Live the Adventure’ kali ini. Tergambar perasaan penuh seronok di wajah 17 ahli rombongan termasuk pihak media kerana berpeluang menjejaki negara seindah Palau. Terima kasih yang tidak terhingga buat Nestle Drumstick kerana mencipta kenangan penuh bermakna ini.
(Artikel REMAJA 15 JULAI 2010)
No comments:
Post a Comment