Sunday, July 3, 2011

REMAJA....sayonara!

Assalamualaikum...

Sudah terlalu lama laman ini dibiarkan bersawang. Entah mengapa semangat untuk mencipta entri sering kali tersadai. Bukan kerana waktu mencemburui. Namun kekangan dari sudut mood dan idea mungkin. Atau terlalu 'malas' untuk mencipta entri kerana terlalu lelah menulis di ruang pekerjaan.. Ah! Kenapa bahasa malam ini berlainan bunyinya..... Entah.

Apa sajalah...cuma mahu mewacanakan..bahawasannya...bermula 1 Julai, aku tidak lagi bersama REMAJA. Ops! Kata ganti diri sudah bertukar kepada AKU? Aduhaii.... Tak kisahlah, selayaknya mungkin lebih selesa. Ok....sambung cerita.

Beberapa hari sebelum Jun bertukar kalendar, aku dipanggil oleh pihak pengurusan. Diberitahu bahawa ada sedikit pertukaran mungkin bakal berlaku. Mungkin juga disebabkan kes TIKAM BELAKANG yang terjadi dek orang yang pernah aku percayai. Ya, aku rasa itulah penyebab utama mengapa kedudukan aku hampir-hampir terganggu gugat! Atau tergugat! Pihak pengurusan memberikan aku ruang dan pilihan sama ada untuk meneruskan perjuangan di REMAJA atau pun menyahut cabaran baharu iaitu mengendalikan naskah baharu.

Namun selepas diyakini bahawa mungkin aku akan dikekalkan di gelanggang yang sama (atau diberi kesempatan buat kali kedua), aku menarik nafas lega. Tetapi kelegaan yang tidak bertahan lama bila mana big boss aku menyarankan agar aku mengambil cabaran terbaharu iaitu mengendalikan atau men'develop' majalah baharu. Rentak baharu! Yang agak jauh tersasar dari apa yang pernah aku lakukan sebelum ini walau pun pernah berkecimpung sedikit cuma. Majalah berkonsepkan permotoran. Sangat mencabar. Mungkin ini memang klimaks bagi dunia kerjaya yang telah aku sertai sejak 12 tahun yang lalu. Lantas aku bersetuju tanpa diberikan peluang lain. Titik.

Jadi isu terakhir aku untuk majalah REMAJA ialah 1 ogos 2011. Isu lepas geram!

Masuk kali ini...sudah 3x kali aku masuk-keluar-masuk-keluar dari REMAJA.Percaturan yang tidak tahu apakah ini bakal meletakkan aras di dalam kerjaya aku. Redha! Itu yang dapat aku luahkan.

Kini...bermulalah...era baru, misi baru, ruang baru..bersama majalah baru... semangat? Masih mencanai dan menebar semangat sebenarnya. Doakan aku berjaya ya!

Sengaja menebar kenangan bersama REMAJA.....

Last shoot utk REMAJA....with Yana Samsudin & Kamal Adli

REMAJA Sept 1999-June 2004 / Aug 2004-Jan 2005/ June 2010-July 2011

Ini SIFU aku...namanya Kak Sharah Ibrahim
Ala2 kabaret bersama adik-adik REMAJA
Bersama finalis Dewi REMAJA 2011





Neelofa...semakin meledak di dalam industri hiburan.



Izara Aisyah, juga semakin menyerlah di dalam arena hiburan.

No comments:

Post a Comment