Sinopsis :
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).
Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”
~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya.
Sedihlah L
Karya Syud memang memikat, biar pun ada di antara karyanya memiliki plot yang agak cliche. Namun jalan cerita dan gaya bahasanya begitu menebak hati. Sering kali mencuit hati jika ia KELAKAR dan mengetarkan jiwa jika ia MENYEDIHKAN.
Baju Melayu Hijau Serindit (BMHS) merupakan karya solo ketiga buat Syud atau nama betulnya Syuhada. Lain-lain novel daripada Syud ialah "Tentang Dyia" dan termasuk trilogi "Kebun Mimpi", "Damai" dan "Pelangi".
Untuk BMHS ini, plot memang agak cliche. Namun Syud bijak menarik perhatian pembaca dek kerana gaya bahasanya yang cukup bersahaja (dan itulah tiket yang digunakan oleh Jemari Seni Publishing untuk menarik perhatian ramai).
Kisah pertemuan yang tidak terduga antara Firas Adam a.k.a Pacai dengan Wardah. Pertembungan tidak disangka beberapa kali yang akhirnya benar-benar menemukan mereka berdua. Apabila Wardah meminta Firas untuk menyamar sebagai kekasihnya sedangkan lelaki itu memang ada hati terhadapnya. Cliche bukan? Tetapi ia juga membuatkan hati ini berdebar dan teruja untuk membacanya sehingga tamat kerana gaya bahasa yang bersahaja.
Untuk Novel ini...... 3.5/5 bintang!
No comments:
Post a Comment