Yeahaaaa! Alhamdulillah...atas kepercayaan daripada pihak pengurusan syarikat, saya telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan majalah baharu berkonsepkan permotoran.
Satu tanggungjawab yang mencabar! Mencabar sangat! Bila mana saya harus 'memasuki' dunia permotoran pula.
Menurut pihak pengurusan, tiada siapa yang mereka nampak boleh mengendalikan majalah ini...selain saya! Dalam keadaan yang agak terkejut bercampur dengan teruja....saya menerima tanggungjawab ini secara optimis dan positif! Menambahkan lagi portfolio saya di dalam dunia kewartawanan dan penerbitan. (Oh! Ganti diri SAYA sudah kembali ya tuan-tuan dan puan-puan! :) )
Maka bermulalah hobi terbaharu iaitu suka melihat kereta-kereta..........
Dan saya harus mempelajari selok-belok mengenai dunia permotoran termasuklah bab teknikal! Fulamakkkk!! Mencabar! Mana ada editor majalah permotoran itu PEREMPUAN! Ada ke? Kalau ada, cuba nyatakan kerana saya juga ingin tahu......
Ok.....sebagai permulaan..... Berikut merupakan kereta yang menarik perhatian saya! (Isy...kalaulah saya ini JUTAWAN......bilalah nak upgrade dari wartawan ke hartawan dan seterusnya JUTAWAN!)
Kalau terlebih kaya....saya akan beli FERARRI! |
BMW M3 Coupe ni kira kereta pegi keja...... |
Merc Mc'Larren..kalau nak pegi jenjalan..Ahaks. |
Tapi kalau dapat ni....Hyundai Tacson...alhamdulillah! |
Atau Toyota Vios baru ni...pehhh! Tengah merisik kat Kak Long saya yang keja kat UMW...berapa diskaun? Ahaks. |
No comments:
Post a Comment