Wednesday, January 5, 2011

DEWI REMAJA 2010 KE TITIK AKHIR....



Alhamdulillah.. Pencarian Dewi REMAJA (PDR) 2010 sudah menemui noktahnya. Tidak ada perkataan lain yang dapat diungkap, melainkan LEGA!

Saya menerima cabaran untuk membawakan PDR musim kelapan ini diterjemahkan ke program realiti dan ditayangkan di kaca TV melalui Astro Ria dengan hati yang 50 yakin - 50 tak berapa yakin. Satu kejutan buat saya apabila pihak syarikat tempat saya bekerja iaitu Grup Media Karangkraf, memberikan amanah dan tanggungjawab untuk saya lead pasukan PDR 2010 ini. Bukan mudah untuk menjalankan tugasan ini. Biar pun saya diselia oleh bos-bos besar, namun mereka memberikan sepenuh kepercayaan buat saya dan Team Remaja merealisasikan cabaran ini. Dengan semangat 50-50 itu, saya gagahkan diri juga untuk melaksanakan tugas ini biarpun terlalu banyak cabaran dan dugaan yang sangat menguji kekuatan minda, emosi, fizikal, kredibiliti dan capability saya. Inilah klimaks dalam karier saya selama 11 tahun berada dalam dunia penerbitan.

Kalau hendak diceritakan, memang terlalu panjang. Dan banyak juga perkara yang terpaksa disimpan sendiri. Apa pun saya menganggap PDR 2010 ini penuh bitter and sweet memory!

8 Disember lalu, PDR 2010 ke pentas akhir. Dewan Tun Hussein Onn, PWTC menjadi lokasi pilihan. Dengan kehadiran 500 tetamu, finale ini dirakamkan secara langsung dan disiarkan di Astro sebulan kemudian. Ini merupakan minggu ketujuh Dewi REMAJA 2010 ditayangkan di TV. Bermula 24 November dan selama 6 minggu berturut-turut ditayangkan episod rentetan perjalanan PDR 2010 di mana para penonton boleh melihat aksi-aksi finalis di kaca TV.

Tak perlulah nak mengulas panjang... Nanti boleh baca selanjutnya di MAJALAH REMAJA keluaran 15 Januari 2011. Apa pun sekalung tahniah buat Neelofa kerana berjaya menambat hati pihak juri dengan mendapat markah tertinggi. Tempat kedua pula disandang oleh si comel Izara Aisya dan bakal doktor, Shangkaree yang juga merupakan satu-satunya gadis berbangsa India di dalam musim ini mendapat tempat ketiga. Ros Ramona dan Mas Hazirah pula berjaya terpilih ke Top 5. Biar pun tidak memenangi apa-apa gelaran, namun 15 finalis (termasuk 6 orang yang tersingkir awal) iaitu Tilla, Mia, Fiza, Anzalna, Azar, Zarina, Nadiey, Aidam Azura, Nurina, Niena dan Intan, tetap memegang gelaran Finalis Dewi Remaja 2010 selama-lamanya. Diharap mereka boleh menggunakan gelaran ini untuk mencari platform di dalam bidang glamor (jika mahu). 

Cuma pesanan saya, jadilah diri sendiri, jangan berubah laku, jangan DIVA dan jangan demand!


Terima Kasih orang-orang kuat saya....Team REMAJA....


Salah satu adegan untuk episod ke 4.....


Nota Kaki: Nantilah saya post kan pix semua finalis....




No comments:

Post a Comment