Saya mengajak sahabat baik ke Kota Damansara. Niat hati mahu pergi buat refleksiologi. Jadi, kita orang terus ke Giant KD.. Ada satu pusat urut yang sangat best... sangat murah! Namanya Manja Kaki Reflexiology. Foot massage + Body Relaxion hanya RM50 sejam! Wah! Sangat berbaloi-baloi.....
Bagi saya, sesekali bila massage, memang seronok (kalau kerap pun best!). Apatah lagi masa stress, mesti sakit-sakit badan terutamanya tang leher, kepala dan belakang badan. Tambahan pula kaki selalu lenguh-lenguh sebab terpaksa memijak pedal clucth-minyak-brek... yelah...sekarang kat mana-mana pun jalan jammed tak kira waktu dan lokasi. Itu sebabnya saya mengajak BFF untuk massage. Cuma tang buku lali kanan, saya akan elakkan dari disentuh oleh tukang urut... Masih tak baik sepenuhnya, kesan dari mngalami keretakan tahun lepas. Dah hampir setahun saya menjalani pembedahan, tapi kaki saya masih belum pulih sepenuhnya.. Sedih... Bahagian-bahagian lain anggota badan OK jer kalau nak diurut... Alamak seronok pulak cerita berurut ni.
Masuk bab kedua....
Saya dan BFF sempat menjenguk ruang legar Giant yang terpamernya kereta Proton Inspira. Sebelum ini saya cuma melihat di kaca TV dan juga Internet... bila sudah tengok depan mata...wow! Mengiurkan! Rekaannya memang menarik... Bahagian depan (luaran) agak menyerupai Mit Lancer. Cuma belakang saja...emmm...macam Proton Persona. Enjin juga..not bad! Menggunakan enjin MIVEC 4 cylinder DOHC 16V.....dari Mit Lancer (untuk pembeli keluaran batch pertama ini memang untung). Dengan 3 variasi Horsepower dari 1.8MT, 1.8 CVT dan 2.0 CVT. Harga antara RM78,999 hingga RM91, 549. Ops! Harga pasaran di Langkawi lebih murah ye..maklumlah FREE DUTY!
Emmmm... terus terang saya memang tertarik dengan Proton Inspira yang dilancarkan pada awal November 2010 lalu. Cuma...body agak besar tetapi ruang duduk belakang agak sempit (kalau nak dibandingkan dengan proton Wira Aeroback SE saya, agak luas jugalah). Tapi secara keseluruhan rekaan (tak sempat nak pandu uji), agak puas hati jugalah. Yelah... nak beli Mit Lancer, harga mencecah RM120k++... Kiranya Proton Inspira ini pembelian yang berbaloi-baloi lah.....
Nota Kaki : Dengan saiz badan saya yang petite....tengah fikir...sesuai ke saya hendak memandu model sebegini? Jawapannya : Saya cuma sengih seorang diri....
No comments:
Post a Comment