Wednesday, March 30, 2011

INTERLOK...AKHIRNYA LEPAS!

Saya baru selesai membaca Interlok... itupun dipinjam dari anak jiran kerana ia dijadikan buku teks untuk pelajar Tingkatan 5.. (memang ingat nak membelinya sebelum ni...tapi niat tertangguh sebab saya tertarik dengan novel lain pulak!)

Karya Abdullah Hussin yang dikatakan penuh kontroversi kerana satu perkataan TERLARANG dari kaum India sehingga mendapat perhatian Dewan Parlimen dan kerajaan Malaysia sendiri.

Namun yang peliknya...saya tidak nampak perkataan itu harus diperbesarkan dan menjadi isu negara. Hanya SATU sahaja perkataan tersebut (oh saya tidak mahu menyebutnya) di dalam teks sastera ini.

Malah melalui Interlok, kita dapat hayati perpaduan 3 bangsa utama di Tanah Melayu. Jadi, mengapa ia menjadi isu besar????

Bab di dalam Interlok berperingkat... dimulakan dengan kisah kehidupan Seman. Kemudian Chin Huat dan akhirnya Maniam. Kemudian 3 watak utama ini dipertemukan dalam kehidupan yang sama.

Saya sudah lama tidak membaca karya berunsur sastera (Tetiba teringat karya sastera yang wajib dibaca zaman persekolahan dahulu, Kelapa Nan Sebatang, itu pun sebab saya mengambil jurusan Sastera).

Untuk mengulas tentang Interlok, seperti mana yang saya katakan tadi, tidak patut pun dijadikan isu.. Perkataan PUAKA itu tidak menjadi halangan pun. Tetapi itu bagi sayalah....

Sinopsis :
Buku Satu – Keluarga Seman.

Bahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar.

Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung kerana semua harta bukan miliknya lagi.

Buku Dua – Keluarga Cing Huat
.

Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini menyebabkan Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung itu berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura. Di sana Kim Lock ditawarkan menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadang bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang.

Akhirnya Kim Sui mengajak Kim Hock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia. Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.

Buku Tiga – Keluarga Maniam

Maniam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay akibat desakan hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima.

Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.

Buku Empat – Interlok

Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusaha membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa, kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadap ayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah.

Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung. Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu Mat Ranggi.

Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada masa yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian membawa Poh Eng kepada emaknya.

Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew Seng yang dipercayai terlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukan adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas komunis. Pada waktu petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang lagi kerana disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama. Seorang Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan melalui soal siasat tersebut, barulah diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan cuba membebaskan Mak Limah.

Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya orang Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng (Kuomintang) menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayu diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang. Orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Tuesday, March 22, 2011

REVIEW BUKU : aA +bB (Hlovate)



Ini karya kedua novelis Hlovate yang saya baca dan miliki. Seperti novelnya yang saya baca sebelum ini, jalan cerita, plot dan gaya bahasa Hlovate memang menarik, santai dan best!

Walau pun bab-bab terawal agak mellow, menceritakan kisah Addin yang belajar di oversea. Tetapi bila Addin kembali ke tanahair dan bertemu dengan Benz, berkahwin dengan musuhnya itu, novel ini makin menarik.

Walau pun tidak begitu 'menembak' hati saya sedalamnya, namun novel ini cukup senang dibaca ketika santai.

Apa pun saya tertarik dengan 'peperangan' dan ayat 'tembak-menembak' antara Addin-Benz. Memang menarik. Berbaloi untuk memiliki novel ini!

Sinopsis :

Cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? - Addin

Inilah... sebuah kisah perjalanan: perjalanan bersama masa perjalanan cerita aA + bB. Semua orang belajar. semua orang membesar: tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.

Addin mengemukakan teorinya begini:
a. membesar dan belajar dengan pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran
b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak

7 tahun selepas itu...

Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dengan jurutera ,yang bukan pilihan hatinya?

Apa yang terjadi kalau sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung.?

Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A + B = Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka pernah saling membenci, sling mendendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...

Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz

Sunday, March 20, 2011

SEPANJANG PERJALANAN ALOR STAR-SHAH ALAM-ALOR STAR....

18-19 Mac lalu, saya bersama team REMAJA iaitu Kimi, Azwa, jurufoto Ijam dan jurusolek sambilan Daya Yunos memenuhi undangan dari Kolej Poly Tech Mara Alor Star, Kedah, untuk program bengkel grooming & personaliti mereka. Ini adalah anjuran pelajar-pelajar jurusan Office Managament.

Kami bertolak dari Shah Alam 18 Mac jam 3pm dan tiba di sana 11 malam. Lamanya saya tidak menjejaki Kedah....negeri kelahiran ayah saya. Kali terakhir saya ke Kedah November 2009 (ketika itu mak menakan saya, arwah Cik Yah, meninggal dunia......)

19 Mac, bengkel berlangsung dengan jayanya.. Memang seronok apabila bersama pelajar-pelajar KPTM seramai 150 orang ini. Saya diberi kesempatan untuk mengendalikan sesi membina personaliti dan etika. Semuanya untuk persediaan mereka menghadapi alam pekerjaan kelak. walau pun di akhir acara, salah seorang krew mereka pengsan secara tiba-tiba dicelah-celah keseronokan... namun... kenangan di sana memang best.

Malangnya....dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, kereta opis mengalami kerosakan di Juru, Penang. Nasib baik ada Kak Mini (Chief Sinar Harian cawangan Utara) yang bergegas memberikan bantuan. Dan terbang juga RM500++ untuk membaiki kerosakan kereta yang ternyata sudah uzur... Jam 11 malam baru kami dapat bergerak namun perjalanan menjadi sangat slow memandangkan keadaan kereta tersebut yang kejap OK...tapi lebih banyak yang TAK OK!

Jam 5 pagi 20 Mac, barulah kami selamat sampai ke opis... Penatnya hanya Allah saja yang tahu.. Mujur juga saya tidak jadi ke Filipina-Palau pada Isnin tu... memang tumbang dibuatnya!


Tuesday, March 15, 2011

HEY SELENA GOMEZ...WHY YOU SO CUTE?

Hah! Jangan labelkan saya sebagai 'pencinta wanita' pula ya...

Saya memang cukup suka dengan wajah comel selebriti dari USA ni, Selena Gomez... Lakonannya, tak pernah pula saya ikuti. Nyanyiannya pun saya tak pernah mendengar. Tapi wajah comelnya memang menarik perhatian saya...dan juga Justin Bieber!

Sunday, March 13, 2011

KISAH KEK....

Hari ini saya terlebih rajin pula sebab buat kek. Eh! Dah lama tau saya tak buat kek ni.. Rasanya  kali terakhir, raya lalu. Huhuhu.. Menurut adik saya, Izzianti, selain dari spagethi, ni jelah speciality saya... Cis! Malas sebenarnya nak menunjukkan skil memasak ni. Belum tiba masanya.. Chewah!

Kebetulan cuti sekolah, jadi anak-anak buah saya ;- Kimi, Amy & Emily, memeriahkan rumah ni.. (kesian kat Emil...terpaksa temankan ibunya yang tengah sarat..isyy..bilalah kak ngah saya nak bersalin ni! Tak sabarlah...eh! saya pula over....hahaha...saya suka baby!)

Berbalik pada cerita kek, semalam ber'shopping' di Giant, Kota Damansara bersama emak, adik & anak-anak buah saya...so tiba-tibalah terfikir nak buat kek. Sebenarnya kek ni...emmm saya belajar dari along saya semata-mata hendak memenuhi permintaan ex boyfriend saya yang nak sangat makan kek coklat! Oh! Semua itu berlaku 3 tahun yang lalu... kini hanya tinggal kenangan... :(

Dan hari ini, saya membuat 2 biji kek...1 untuk rumah.. 1 lagi nak bawak ke office... untuk TEAM REMAJA.

Inilah rupanya CHOCOLATE MOIST CAKE... Taklah indah dimata...tapi rasanya.....emm..ok..ok jelah.







Resipinya...

-2 biji telur
-1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
-1 cawan gula perang (brown sugar)

Bahan A :
-1 sudu kecil vanilla
-1 1/2 cawan susu coklat
-1/2 cawan air + 2 sudu kecil Nescafe

Bahan B :
-2 sudu kesil sodium bikarbonate
-1 sudu kecil baking powder
-1/2 cawan serbuk koko
-2 cawan tepung gandum (sila ayak dulu ye!)

Toping :
-1/2 cawan serbuk koko
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu besar minyak masak

Cara-cara membuatnya :
-Pukul telur hingga kembang

-Masukkan gula dan pukul lagi
-Masukkan minyak masak
-Ayak semua bahan B & masukkan sikit demi sedikit ke dalam telur & berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati
-Bakar pada suhu 170 degree selama sejam @ sehingga masak.
-Untuk toping :- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan api kecil. Panaskan sehingga nampak sudah OK. Letak ke atas kek yang telah sejuk.

Sekian Terima kasih!


Selamat Mencuba!

Friday, March 11, 2011

REMAJA 15 MAC 2011...KINI BERADA DI PASARAN!



Tadaa.....REMAJA edisi terbaharu sudah berada di pasaran. Pantaskan masa berlalu...

Kali ini..buat pertama kalinya, Juliana Evans digandingkan bersama Gambit Saifullah. Gandingan pertama mereka.....

Sebenarnya dah banyak kali saya bekerjasama dengan Gambit di dalam beberapa sesi fotografi. Sejak saya di Maskulin. Memang bukan mendekati dia..sebab dia seorang yang Introvert. Tapi bila dah kenal...dah mesra. Gambit seorang yang pemalu! Dan memang jelas kelihatan dia malu-malu bila beraksi mesra dengan Juliana... Nasib baiklah Juliana ceria dan mampu mengendalikan sikap pemalu Gambit!

Juliana pula, ini kali ketiga saya bekerjasama dengan gadis kacukan ini. Agak introvert juga. Tetapi..kira ok lah...

Selamat membaca!


Sunday, March 6, 2011

5 TAHUN 5 BULAN (BY HLOVATE - JEMARISENI)

Tadaaaaa... kan saya dah cakap, terlebih rajin pulak hari ini. Mungkin sebab hati senang, baru balik dari menemani CIKPMS memborong koleksi Wonder Woman dari MAC di One Utama. Tapi yang kurang best.. saya tak beli apa pun selain foot patch kat Daiso. Ok la tu.. kena simpan duit untuk ke Filipina & Palau hujung bulan ini (dan kemungkinan besar-50-50 ke Seoul bulan depan..issyyy....roadtax mati hujung bulan ni jugak!)


Ok..ok... Cur Cer... Cur Cer.... (hebat penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sampai dailognya menjadi ikutan ramai...huhuhu)...


Saya hendak me'review' novel kedua yang saya baca untuk bulan ini (yang baru saja habis dibaca pada tengahari tadi).


Pertama kali saya tertarik dengan novel karya Hlovate, biar pun dia sudah memiliki banyak novel sebelum ini. Oh! Kena dapatkan karya-karyanya lagi ni... Dia sudah menjadi favorite novelis saya! Tahniah untuk Hlovate!


5 Tahun 5 Bulan... merupakan novel pertama bagi penulis ini yang diterbitkan pada tahun 2007... (saya tidak ketinggalankan biar terlewat mengenali penulis ini).


Kisah antara Joanna a.k.a Ana dengan Afiq a.k.a Along (Serbia).


Menarik. Tertarik. Secukup rasa. Ada pahit dalam manis. Ada tawar dalam maung. Tapi secara keseluruhannya...novel ini memang cukup adunannya. 4/5 juga untuk 5 Tahun 5 Bulan!


Memang tak sia-sia saya mula mengenali karya Hlovate!


Alamak! Nak kena bagi sinopsis ke? Aduhaiii..jenuh nak menaip. Tapi bagi saya jalan ceritanya tidak cliche. itu yang membuatkan ia cukup tertarik. Apatah lagi dengan bait-bait bahasa yang digunakan. Cukup sempoi.


Rasa macam agak malas untuk menulis sinopsis.  Tetapi...


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...


Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campurkan sedikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...


Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.


Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.


Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?


Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. NAmun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.


Saya hendak tulis ayat-ayat yang membuatkan hati penuh dengan taman bunga!.. Chewah!


~I.Ain't.Affected.By.Harmless.Flirt.
~‎Angau'ly intoxicated


Dan sebenarnya banyak lagi. Tapi malas nak tulis. Jadi..silalah baca novel ini.


Sekian. Terima.Kasih.