Sunday, March 6, 2011

5 TAHUN 5 BULAN (BY HLOVATE - JEMARISENI)

Tadaaaaa... kan saya dah cakap, terlebih rajin pulak hari ini. Mungkin sebab hati senang, baru balik dari menemani CIKPMS memborong koleksi Wonder Woman dari MAC di One Utama. Tapi yang kurang best.. saya tak beli apa pun selain foot patch kat Daiso. Ok la tu.. kena simpan duit untuk ke Filipina & Palau hujung bulan ini (dan kemungkinan besar-50-50 ke Seoul bulan depan..issyyy....roadtax mati hujung bulan ni jugak!)


Ok..ok... Cur Cer... Cur Cer.... (hebat penangan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sampai dailognya menjadi ikutan ramai...huhuhu)...


Saya hendak me'review' novel kedua yang saya baca untuk bulan ini (yang baru saja habis dibaca pada tengahari tadi).


Pertama kali saya tertarik dengan novel karya Hlovate, biar pun dia sudah memiliki banyak novel sebelum ini. Oh! Kena dapatkan karya-karyanya lagi ni... Dia sudah menjadi favorite novelis saya! Tahniah untuk Hlovate!


5 Tahun 5 Bulan... merupakan novel pertama bagi penulis ini yang diterbitkan pada tahun 2007... (saya tidak ketinggalankan biar terlewat mengenali penulis ini).


Kisah antara Joanna a.k.a Ana dengan Afiq a.k.a Along (Serbia).


Menarik. Tertarik. Secukup rasa. Ada pahit dalam manis. Ada tawar dalam maung. Tapi secara keseluruhannya...novel ini memang cukup adunannya. 4/5 juga untuk 5 Tahun 5 Bulan!


Memang tak sia-sia saya mula mengenali karya Hlovate!


Alamak! Nak kena bagi sinopsis ke? Aduhaiii..jenuh nak menaip. Tapi bagi saya jalan ceritanya tidak cliche. itu yang membuatkan ia cukup tertarik. Apatah lagi dengan bait-bait bahasa yang digunakan. Cukup sempoi.


Rasa macam agak malas untuk menulis sinopsis.  Tetapi...


Menjadi orang gaji di rumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...


Ini bukan asam pedas ni. Dah macam masam-kelat-pedas aje.
Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana timbanglah dulu.
Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi...?
Bancuh Along kopi O. Kurang gula. Tapi campurkan sedikit honey.


Namun inilah permulaannya dia belajar menjadi seorang Ana... dan dari sini jugalah Ana semakin dewasa dalam setiap episod kehidupannya...


Kata Ana:
Saya bukan orang yang dicari, Along. Ana yang Along kenal bukan Jo yang sepatutnya Along kenal.


Kata hati Along:
Tanpa diduga dia mengenali seorang Jo di dalam Ana.


Siapa Ana? Dan siapa pula Jo dalam hidup Along?


Seperti mana dia cekap sebagai orang gaji begitulah dia 'cekap' mengendalikan dirinya sebagai pelajar di Universiti of Aberdeen. NAmun apabila datang bab 'hati' ada yang tidak kena dengannya sejak dulu. Hatinya pernah berperi: boys're stupid, some men too.


Saya hendak tulis ayat-ayat yang membuatkan hati penuh dengan taman bunga!.. Chewah!


~I.Ain't.Affected.By.Harmless.Flirt.
~‎Angau'ly intoxicated


Dan sebenarnya banyak lagi. Tapi malas nak tulis. Jadi..silalah baca novel ini.


Sekian. Terima.Kasih.

No comments:

Post a Comment