Sunday, March 20, 2011

SEPANJANG PERJALANAN ALOR STAR-SHAH ALAM-ALOR STAR....

18-19 Mac lalu, saya bersama team REMAJA iaitu Kimi, Azwa, jurufoto Ijam dan jurusolek sambilan Daya Yunos memenuhi undangan dari Kolej Poly Tech Mara Alor Star, Kedah, untuk program bengkel grooming & personaliti mereka. Ini adalah anjuran pelajar-pelajar jurusan Office Managament.

Kami bertolak dari Shah Alam 18 Mac jam 3pm dan tiba di sana 11 malam. Lamanya saya tidak menjejaki Kedah....negeri kelahiran ayah saya. Kali terakhir saya ke Kedah November 2009 (ketika itu mak menakan saya, arwah Cik Yah, meninggal dunia......)

19 Mac, bengkel berlangsung dengan jayanya.. Memang seronok apabila bersama pelajar-pelajar KPTM seramai 150 orang ini. Saya diberi kesempatan untuk mengendalikan sesi membina personaliti dan etika. Semuanya untuk persediaan mereka menghadapi alam pekerjaan kelak. walau pun di akhir acara, salah seorang krew mereka pengsan secara tiba-tiba dicelah-celah keseronokan... namun... kenangan di sana memang best.

Malangnya....dalam perjalanan pulang ke Shah Alam, kereta opis mengalami kerosakan di Juru, Penang. Nasib baik ada Kak Mini (Chief Sinar Harian cawangan Utara) yang bergegas memberikan bantuan. Dan terbang juga RM500++ untuk membaiki kerosakan kereta yang ternyata sudah uzur... Jam 11 malam baru kami dapat bergerak namun perjalanan menjadi sangat slow memandangkan keadaan kereta tersebut yang kejap OK...tapi lebih banyak yang TAK OK!

Jam 5 pagi 20 Mac, barulah kami selamat sampai ke opis... Penatnya hanya Allah saja yang tahu.. Mujur juga saya tidak jadi ke Filipina-Palau pada Isnin tu... memang tumbang dibuatnya!


No comments:

Post a Comment