Sweet Sour hasil garapan Nasz (novelis yang mula mencipta nama menerusi blog).. sangat menarik untuk dibaca. Plot yang agak sempoi walau pun jalan ceritanya agak cliche. Tetapi boleh dilayan dan enjoy membacanya kerana penggunaan bahasanya..oh! saya sangat suka.
Jiwa boleh melayang membacanya. Sekejap ada rasa suka-lawak. Sekejap ada rasa bengang-sarcastic. Sekejap ada rasa simpati.padan muka.kecewa.sedih.duka. Dan kemudian kembali tersenyum! Alamak! Macam orang gila pula saya membaca novel ini yang diakui mampu membuatkan saya terbang tinggi...terbang sederhana tinggi...dan akhirnya selamat mendarat tanpa ada sebarang kecederaan!
Penilaian saya untuk novel ini... 4/5. Wah hampir memberikan markah penuh!
Wooo..nak tahu serba sedikit mengenai jalan cerita novel ni ye...
Ok..begini.. Al-kisahhh.. (Tayeeebbbb.....Hehehe)
Alia dan Zarul sudah lama berkawan sejak zaman kolej. Sangat rapat. Sahabat handai dan keluarga kedua belah pihak mengetahui hubungan baik mereka. Tetapi dalam tempoh berkawan, tidak pernah pula mereka mengisytiharkan diri sebagai pasangan kekasih. Cukup sekadar..emmm..paham-paham sudah!
Habis saja pengajian dan mereka memulakan pekerjaaan dalam bidang masing-masing. Hendak dijadikan kisah.... Alia menjadi intipan seseorang sejak pertama kali mereka bertemu di Taman tasik Titiwangsa.. insiden terlanggar semasa berjoging. Beberapa tahun kemudian, mereka dipertemukan di sebuah pulau (tetapi Alia sedikit pun tidak menyedari itulah lelaki yang sama...).. Oh... beberapa ketika, mereka dipertemukan sekali lagi dalam insiden kereta... Dan cukup pertemuan tanpa terduga sebanyak 5 kali barulah Alia mengenali lelaki yang bernama Faizul atau Joe iaitu abang kepada Zarul. Itupun selepas Zarul mengambil keputusan untuk mengahwini Suraya. Eh! Berkawan rapat dengan Alia, tetapi Zarul berkahwin pula dengan wanita lain??
(Saya sakit hati pada mulanya...)
Kemudian...Alia menerima Joe sebagai suaminya..... semata-mata ingin dekat dengan Zarul. Oh! Dia memang tak dapat melupakan Zarul.
Ok..malas nak cerita panjang-panjang. Kalau hendak tahu kisah mereka...kenalah beli.. kan!
Apa pun..pembelian yang sangat berbaloi!
****************************
A – Yang manis, harum lagi wangi itu Zarul
“Kira orang ni taraf cincin gula-gula ni ajelah.”
“Sepuluh ringgit tu.” Sungguh-sungguh dia cakap.
“Berkira... baru sepuluh dah kecoh... bukannya seribu pun.” Aku jeling dia.
“Banyak cakap pula... kalau tak nak bagi balik.” Dia hulur tangan kiri.
Tak tahu pula macam ni punya seronok apabila dapat cincin... walaupun hanya cincin gula-gula.
“Ni kira orang ‘cuplah’ ni.” Sambung dia lagi.
Aku simpan senyum. Tak boleh senyum depan-depan ni, nanti dia perasan!
B – Yang pahit, masam, masin, payau itu Joe Jambul
“Bayar cincin ni.” Kata dia. Betul ke ni, apa yang aku tengah dengar ni.
“What?” aku terjerit di situ.
“Pay for this.” Relaks aje dia mengarah aku lagi.
“Okey... saya bayar!” Aku jeling dia.
Tapi kan, juling biji mata aku tengok bil RM10 000 kat Tiffany tu. Gila ke apa? Batu planet mana dia pakai buat cincin bodoh ni!
* * *
Kenapa Zarul dan Joe Jambul sangat berbeza di hati Lia?
(dipetik dari http://www.jemariseni.com/)
No comments:
Post a Comment