Sunday, March 6, 2011

JANGAN LUPA BELI REMAJA 1 MAC 2011 TAU!

Salam... lambat pulak update untuk REMAJA 1 Mac ni... Dah masuk 6 Mac barulah terhegeh-hegeh nak pos entri pasal edisi baru ni.. Alahaiii.. Suka sangat membiarkan blog ini bertamu dalam sawang... Huhuhu...
Tak ada masa pulak nak tulis apa-apa entri... Dah jarang nak online kat rumah. Kalau kat office, alamak...banyak sangat workloaded... tak terkejar la nak mencilok barang seminit dua..

Dah la dengan coverage broadband (Celcom) macam siput je.. kejap ok...tapi lebih banyak tak ok. Kalau nak guna modem Blackberry (Digi), kengkadang tak boleh pulak nak download lagu.. Alamak! Alasan saja kan.. Hehehe..



Alhamdulillah...feedback dari FB untuk cover kali ini memberangsangkan. Nampak gayanya gandingan Fozian Gous + Intan Ladyana menjadi. Ramai yang bertanya, kenapa harus mengandingkan mereka berdua, bukan penampilan solo. Jawapan saya, saja jer... Hehehehe (Jawapan selamat). Memandangkan mereka berdua ini memang tengah laku di kaca TV dan layar perak, jadi tak salah kalau nak mengandingkan keduanya. Bukan tak yakin dengan jualan (jika hanya salah seorang dari FG & IL) tetapi... itulah... SAJA-SAJA!

Pengalaman bekerja dengan mereka...emmm..ok. Saya memang agak rapat dengan Intan, selalu jugalah berkomunikasi melalui BBM biar pun jarang bertemu. Foziah (a.k.a Pooja) ni pula, saya kenal dia since dia menyertai Pertandingan Gadis Remaja-Fair Lovely 2000. Itulah kali pertama dia menyertai pertandingan sebelum berjinak-jinak dalam dunia hiburan. Dan dia memenangi pertandingan tersebut!

Semasa sesi fotografi, Pooja sempat duduk berbisik dengan saya... "Pooja teringat dulu, Karangkraflah yang pertama sekali ambil Pooja untuk shoot fesyen. Remajalah yang memperkenalkan Pooja dengan bidang ni (merujuk pada pertandingan yang dia serta)... Dulu memang selalu Pooja ke TTDI kan, Kak."

Saya tersenyum. Mujur...dah terkenal sekali pun Pooja tetap tak lupa diri. Thumb up girl!

Intan pula, suatu ketika dahulu dia pernah 'dibanned' oleh Remaja (sebelum zaman peralihan saya) kerana dikatakan menghilangkan diri sedangkan ketika itu namanya antara yang membarisi finalis Dewi Remaja 2006 (seangkatan dengan Scha Al-Yahya). Rasanya itu semua salah faham. Entah...saya sendiri tak tahu apa masalahnya. Sehinggalah apabila saya mengambil alih Remaja, saya mula 'membuka pintu semula' buat Intan. Bukan kerana Intan cukup baik dengan saya, tetapi bagi saya, dia antara bintang baru yang berpotensi untuk pergi lebih jauh. Sedikit sebanyak diharap usaha ini dapat membantu dia untuk lebih menyerlah biar pun taklah sebanyak manapun peranan saya ini.

Eh! Ok lah....

Jangan lupa dapatkan REMAJA terbaharu tau.... TAU! :)

No comments:

Post a Comment