No. 1
Situasi : anda berhadapan dengan si dia.
Anda Rasa : Tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang, dan suaramu seakan tersekat di rongga dada.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi SUKA.
No. 2
Situasi : Anda ternampak kelibatnya.
Anda RASA : Mata anda tidak terlepas dari terus memandangnya walaupun si dia tidak perasan kehadiran anda di situ.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi NAFSU.
No. 3
Situasi : Si dia berada jauh dari anda. Mungkin out station atau sebagainya.
Anda Rasa : Anda terlalu mengingatkanya dan ingin segera berada di sampingnya.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bikan CINTA tetapi KESEPIAN.
No. 4
Situasi : Anda ingin mendekati dirinya tetapi sukar kerana ada batas-batas halangan. Tetapi anda tetap tidak putus asa sebaliknya terus berusaha.
Anda RASA : Perasaan meluap-luap untuk mendekati dirinya. Anda tidak puas hati selagi tidak berjaya.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi KESETIAAN.
No. 5
Situasi : Si dia meminta penjelasan daripada anda. Apakah perasaan terhadapnya. Walhal anda sendiri berasa keliru dengan perasaan anda.
Anda Rasa : Anda memang menyenanginya. Anda menyukainya. Tetapi anda tidak tahu adakah ia cinta? Demi menjaga hatinya, anda mengakui yang anda menyintainya.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi BELAS KASIHAN.
No. 6
Situasi : Pandangan matanya sungguh menusuk kalbu sehingga membuat anda terleka dan tertawan.
Anda RASA : Betapa bahagianya anda apabila menjadi perhatianya.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi ANGAU.
No. 7
Situasi : Si dia menyakiti hati anda.
Anda Rasa : Memang ada terasa pedih dengan kesalahan yang di lakukan tetapi anda memaafkanya jua. Anda lebih memandang kebaikan dari pekara salah yang dilakukan.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi PERSAHABATAN.
No. 8
Situasi : Si dia ingin tahu, adakah setiap masa hanya dia yang berada di hati dan ruang fikiran anda?.
Anda RASA : Anda memikirkan tentang dirinya tetapi bukan setiap detik kerana anda pikirkan banyak pekara saban hari. Tetapi anda terpaksa mengakui pertanyaan si dia kerana bimbang si dia akan merajuk pula.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi DUSTA.
No.9
Situasi : Anda sanggup membuat apa saja untuk si dia termasukla memenuhi permintaannya membelikan pelbagai jenis hadiah biarpun ada yang di luar kemampuan anda .
Anda Rasa : Demi si dia, lautan api sanggup ku renang. Apatah lagi sampai poket pun kering kontang. Anda sanggup. Anda rela.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi MURAH HATI.
TETAPI...
Adakah anda bertahan walaupun perasaan anda bercampur bau di hati anda? Antara kesakitan dan kegembiraan, hingga membutakan anda terus mengakui betapa hebatnya perasaan anda untuk terus mengakui betapa hebatnya perasaan yang anda alami. Anda mahu terus bersamanya. Bagaikan kuasa magnet yang menarik perhatian anda terhadapnya. ITULAH CINTA .
Apakah anda sanggup menerima kesalahnya kerana menganggap tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan?
Jika demikian. ITULAH CINTA.
Anda sanggup menangis dan bersusah payah bersamanya. Anda sanggup melalui suka duka bersamanya biarpun sebenarnya anda berpeluang melepasi tahap tersebut tanpanya. Anda harus kuat kerananya. ITULAH CINTA
Hati anda gembira ketika si dia berbahagia. Hati anda menangis ketika si dia bermuram durja. ITULAH CINTA
Sinar matanya menusuk ke jauh dasar hatimu, menyentuh lembut jiwamu dan membuatkan hatimu mekar mewangi selalu. Jika hal yang sedemikan berlaku maka apa yang hati anda rasai. ITULAH DINAMAKAN CINTA
Nota kaki : A Love To Kill.....