Nie 'umah' saya yang ke-tiga selepas 'umah' pertama di Blogdrive terpaksa 'dirobohkan'. Sebabnya banyak sangat rahsia hati tertanam di situ. 'Umah' kedua...di taman yang sama yakni Blogspot, kerap bersarang. Bukan tak ada masa nak menitip sebarang kata-kata. Tetapi kalau kerap melepak di situ, alamatnya makin banyaklah rahsia hati bertimbun di situ. Lantas, malam ini... saya terasa gatal tangan pulak nak membikin 'umah' baru... Tadaaaaaaa...... (Semoga azam saya utk menjadi blogger yang R.A.J.I.N terlaksana jua. Amin).
'Umah' ni untuk apa ek? Senak seketika kepala otak nak menjawab. Tapi saya rasa perlukan 'medan' untuk menulis mengikut logik akal & hati.
Alamak! Siapa saya? Ops... biarlah rahsia.. Eleeehhh! Rahsia kunun... Ala..nanti-nantilah cerita.... Bukan menarik pun. Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya seorang PENULIS sejak lebih sedekad yang lalu. Penulis di lebaran kertas. Hahahaha. Yelah laaa... Saya penulis...tapi taklah sekreatif mana.
Dah lebih sedekad ye...emmm... Ada kengkawan tanya, dah lama jadi penulis ni, bila nak menulis novel? Glup! Saya pernah mencuba...tapi terkandas di suku jalan. Puncanya sudah tentu M.A.L.A.S! Bukan tak ada idea... tetapi itulah penyakit M sangat bermaharajalela.... Asyik membangau saja saya ni kan... Bangau? Ala term tu saya dapat dari kursus TAKE CHARGE yang saya hadiri bulan lepas. Bangau tu...alasan lah! Iye... Tau tak lagu 'Bangau Oh Bangau'....
LIRIK LAGU BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
Katak panggil aku.
Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.
Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.
Memang makanan aku......
Betul juga tu ye...........
Memang makanan engkau.
Memang makanan engkau..........
Dah boleh tangkap makna lagu ni? Meh sini saya cerita pasal lagu ni (mengikut pemahaman saya lah). Bangau ni..bila tanya mengapa kurus...dia menggunakan haiwan lain sebagai alasan... tengok...ikan yang kena! Lepas tu ikan pula bagi alasan...seterusnya banyaklah haiwan lain yang terkena dan menggunakan alasan yang hampir sama bunyinya. Tengok! Semua berpunca dari sang bangau yang mula mempergunakan alasan sampai menjangkitkan kepada haiwan-haiwan lain. Hah! Kalau suka memberi alasan, itu bermakna MEMBANGAUKAN diri la tu.. Betul dak?(Ops! Saya guna 'dak' yang bermaksud 'tak' mengikut loghat Kedah..).
Ok! Eh tak kenal bangau? Alahaii......takkan lah kot!
Okaylah....untuk permulaan, ini yang mampu saya titipkan sebagai salam perkenalan. Boleh tak saya nak menggunakan pantun zaman dahulu kala sebelum mengakhiri bicara..
Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas....eh! Sesuai ke?
Nota Kaki : Saya belajar nyanyi lagu 'Bangau Oh Bangau' ni masa umur saya 4-5 tahun. Anda...bagaimana? Hikhikhik....
No comments:
Post a Comment