Sunday, November 14, 2010

CERITERA FACEBOOK...

Adakah anda antara jutaan pengguna Facebook (FB) a.k.a 'Mukabuku' dari Malaysia? Ya, saya salah seorang darinya!

Saya mula mengenali FB sejak 3-4 tahun yang lalu. Hendak dikatakan tegar...tidak juga. Tapi ralit jugalah! Hahaha....

Melalui FB, dah semakin ramai kawan lama yang dapat dijejaki. Dari zaman sekolah rendah-menengah-kolej.

Dan melalui FB juga, saya dapat ramai kawan baru. Seronok. Tapi ada part yang tak seronok juga bila mana mereka sekadar ADD (oh! saya jarang add orang kecuali yang dikenali) saya...sekadar untuk add! Ada juga kawan baru-lama yang bikin onar melalui FB saya lalu tanpa cara lain, saya terpaksa menyahtoksikan (delete) mereka. Bye..bye..bye... Yang bikin onar itu selalunya yang membalas status saya tanpa kenyataan yang relevan (pantang betul lah!). Banyak pengalaman pahit-manis sepanjang bergelar 'Facebookers' ini. Tidak perlulah menghuraikan pengalaman sendiri. Sebab apa yang saya ingin katakan di entri kali ini mengenai senario FB... oh! Senarioooooooo!!

Semalam (13/11/2010) di Harian Metro, saya terbaca kisah seorang wanita berusia 40an menyaman Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan jumlah tuntutan RM10 juta. Wow! Ulang perkataan...RM10 juta! Banyaaaakkkkk sesangattttt tu!!! Dengan pertuduhan, OKT (Orang Kena Tuduh) tersebut bersama keluarganya telah memalukan pihak plaintif melalui laman peribadi FBnya.

Ini bukan kes saman pertama yang membabitkan FB.. Rasanya dah banyak kali sama ada berlaku dalam negara mahu pun luar negara.

Itu pasal saman.

Kebanyakan mengenai kes yang menjatuhkan maruah orang lain. Saya teringat beberapa bulan lepas, seorang lelaki telah menulis di statusnya ayat yang kurang elok yang dilemparkan kepada seseorang yang tiada lagi di alam fana ini. Lelaki terbabit mengeji seorang wanita (orang kuat Puteri UMNO) yang baru saja meninggal dunia akibat sakit jantung. Entah apakah salah allahyarhamah sehingga dikeji sedemikian rupa.

Seorang lelaki lain juga pernah menyebarkan fitnah mengenai Sultan Johor melalui FB hinggakan baginda sultan murka dengan kejadian itu.

Seorang budak lelaki juga pernah mengutuk Allahyarham Din Beramboi selepas kematian selebriti terbabit. Juga tidak tahu apakah motif budak lelaki itu yang pada pandangan saya sangat kurang ajar!

Banyak sebenarnya kes yang sama modus operandi sebegitu....

Kes jatuh cinta pula......

Beberapa bulan lepas (juga saya terbaca di akhbar), seorang nenek berusia 64 tahun (ibu tunggal & pengusaha cyber cafe) telah mengahwini seorang teruna berusia 30an.. Mereka bertemu jodoh selepas bertemu di FB!

Alamak! Ramailah jatuh cinta melalui FB ni... (tapi saya tak pernah alaminya....melalui mIRC zaman tok kaduk dulu pernahlah! Hahaha).

Kes menipu & tertipu...ala banyak jugaklah..... Antara kes jenayah yang pernah membabitkan FB ialah rogol, rompak & bunuh diri!

Mengikut statistik dari http://www.facebakers.com/, Malaysia menduduki tangga ke-16 (dengan jumlah 8 juta orang pengguna FB) dari 213 buah negara yang tersenarai. Negara Neuru menduduki tangga terakhir dengan hanya 180 pengguna sahaja. (Last updated October 2010)



Sebanyaknya kalau hendak bercerita pasal FB ni, boleh buat buku (eh! Filem pun dah ada tau...The Sosial Network).... nantilah sambung.. Tiba-tiba ketandusan idea pula....

Nota kaki : Sedang cemburu tengok kucing-kucing yang gebu, mantap & boyot sedang tidur terlentang & terbongkang!


No comments:

Post a Comment