Thursday, November 18, 2010

BREAKING NEWS : EVA LONGORIA FAIL PENCERAIAN!

Di Hollywood, memang ramai celebrity yang memilih ahli sukan sebagai pasangan hidup. Paling popular sudah tentu David Beckham-Victoria (Posh Spice Girl) yang sehingga kini rumahtangga yang dibina hampir 10 tahun yang lalu masih kekal. Biar pun sebelum ini rumahtangga mereka pernah dikejutkan dengan beberapa insiden yang berpunca dari sikap nakal Beckham sendiri, namun pasangan sama cantik sama padan ini masih teguh memelihara ikatan cinta sehingga kini.


David Beckham & Victoria 'Posh' masih bertahan...

Sebenarnya boleh dikatakan kebanyakan pasangan celebriti-ahli sukan Hollywood gagal mempertahankan rumahtangga. Terbaharu sedang kecoh perkhabaran mengenai jelitawan terkenal, Eva Longoria (pelakon siri terkenal 'Desperate Housewives', Eva Longoria, telah memfailkan penceraiannya semalam. Eva mengatakan ia berpunca dari suaminya, pemain basketball terkemuka, Tony Parker, bermain kayu tinggi. (Ops! Skandalisme lagi!) Di mana Eva telah menjumpai lebih 100 SMS yang dihantar oleh Tony kepada wanita lain.

Selepas 7 tahun bersama, menurut Eva, ini merupakan pengkhianatan yang paling menyakitkan yang dihadapi oleh jelitawan ini. Penceraian kali kedua buat Eva (selepas pernah berkahwin dan berpisah dengan aktor 'General TV', Tylor Christopher) dan pertama buat Tony.


Eva Longoria & Tony Parker...di akhir garisan.

Sebelum ini terdapat beberapa lagi rumah tangga ahli sukan-celebrity yang hancur gara-gara sikap si suami yang memiliki skandal sana sini. Antaranya Ashley Cole-Cheryl &Tiger Wood-Elin Nordegren. Dan pemain bola sepak England terkenal Wayne Rooney yang hampir berpisah dengan isterinya, Coleen, gara-gara lelaki ini curang disaat isterinya sedang sarat mengandung!

Wayne Rooney & Coleen..hampir-hampir berantakan



Tiger Wood & Elin...gagal!

 Ashley Cole & Cheryl....hancur berderai!


Nota Kaki : Dah dapat isteri yang cun-melecun pun boleh skandal sana sini jugak..isy..isy..isy!

No comments:

Post a Comment