Sunday, November 14, 2010

NUFFNANG....

Salam hari Ahad...

Sebelum ini saya memang pernah terbaca mengenai Nuffnang (http://www.nuffnang.com.my/), peneraju komuniti pengiklanan blog pertama di rantau Asia-Pasifik (ni saya copy-paste dari laman web ini). Adik saya, si Aliensewel (http://aliensewel.blogspot.com/) yang sibuk bercerita tentang Nuffnang ini. Katanya boleh menjana pendapat dengan hanya menulis dan mengiklankan produk/perkhidmatan melalui personal blog. Oh yeker?



Lantas (saya seperti terlalu kerap menggunakan perkataan DEWAN BAHASA & PUSTAKA pula.... "Hargailah bahasa kebangsaan kita!") cuba mencari keistimewaan yang tersirat di sebalik Nuffnang. Ya setakat membaca dan mencari...Berbulan berlalu (rasa macam dah setahun pun ada), sehinggalah hari ini barulah saya tergerak hati untuk mendaftar dengan Nuffnang. Sebab selagi tak explore in deep, selagi itulah saya sebenarnya kurang  memahami konsepnya. (Tapi saya banyak mendengar ramai kawan yang dah berjaya mencari side income dengan Nuffnang). Buat setakat hari ini, saya cuma nak explore Nuffnang saja. Soal menjana side income, belakang cerita okay.

Disebabkan saya masih ZERO bab Nuffnang ni, jadi saya hanya menjadi silent user dahulu. Eh rasa macam nak mencari Nuffnang's buddies.. Anyone?



Nota kaki : Bertanya pada cik Aliensewel, sudah beribu rabankah hasil keuntungannya? Jawabnya, "Ala..baru 14 sen!" Hahaha.... Ternyata dia tidak propa mengenai Nuffnang tetapi dia masih tidak begitu aktif pun berblogging.. Maafkanlah...Ahaks.

No comments:

Post a Comment