Sunday, November 28, 2010
Saturday, November 27, 2010
BIAR RASA & HATI SEIRING SEJALAN....
No. 1
Situasi : anda berhadapan dengan si dia.
Anda Rasa : Tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang, dan suaramu seakan tersekat di rongga dada.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi SUKA.
No. 2
Situasi : Anda ternampak kelibatnya.
Anda RASA : Mata anda tidak terlepas dari terus memandangnya walaupun si dia tidak perasan kehadiran anda di situ.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi NAFSU.
No. 3
Situasi : Si dia berada jauh dari anda. Mungkin out station atau sebagainya.
Anda Rasa : Anda terlalu mengingatkanya dan ingin segera berada di sampingnya.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bikan CINTA tetapi KESEPIAN.
No. 4
Situasi : Anda ingin mendekati dirinya tetapi sukar kerana ada batas-batas halangan. Tetapi anda tetap tidak putus asa sebaliknya terus berusaha.
Anda RASA : Perasaan meluap-luap untuk mendekati dirinya. Anda tidak puas hati selagi tidak berjaya.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi KESETIAAN.
No. 5
Situasi : Si dia meminta penjelasan daripada anda. Apakah perasaan terhadapnya. Walhal anda sendiri berasa keliru dengan perasaan anda.
Anda Rasa : Anda memang menyenanginya. Anda menyukainya. Tetapi anda tidak tahu adakah ia cinta? Demi menjaga hatinya, anda mengakui yang anda menyintainya.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi BELAS KASIHAN.
No. 6
Situasi : Pandangan matanya sungguh menusuk kalbu sehingga membuat anda terleka dan tertawan.
Anda RASA : Betapa bahagianya anda apabila menjadi perhatianya.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi ANGAU.
No. 7
Situasi : Si dia menyakiti hati anda.
Anda Rasa : Memang ada terasa pedih dengan kesalahan yang di lakukan tetapi anda memaafkanya jua. Anda lebih memandang kebaikan dari pekara salah yang dilakukan.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi PERSAHABATAN.
No. 8
Situasi : Si dia ingin tahu, adakah setiap masa hanya dia yang berada di hati dan ruang fikiran anda?.
Anda RASA : Anda memikirkan tentang dirinya tetapi bukan setiap detik kerana anda pikirkan banyak pekara saban hari. Tetapi anda terpaksa mengakui pertanyaan si dia kerana bimbang si dia akan merajuk pula.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi DUSTA.
No.9
Situasi : Anda sanggup membuat apa saja untuk si dia termasukla memenuhi permintaannya membelikan pelbagai jenis hadiah biarpun ada yang di luar kemampuan anda .
Anda Rasa : Demi si dia, lautan api sanggup ku renang. Apatah lagi sampai poket pun kering kontang. Anda sanggup. Anda rela.
Dalam HATI. . . Hakikatnya : itu bukan CINTA tetapi MURAH HATI.
TETAPI...
Adakah anda bertahan walaupun perasaan anda bercampur bau di hati anda? Antara kesakitan dan kegembiraan, hingga membutakan anda terus mengakui betapa hebatnya perasaan anda untuk terus mengakui betapa hebatnya perasaan yang anda alami. Anda mahu terus bersamanya. Bagaikan kuasa magnet yang menarik perhatian anda terhadapnya. ITULAH CINTA .
Apakah anda sanggup menerima kesalahnya kerana menganggap tiada manusia yang sempurna dan tiada manusia yang terlepas dari melakukan kesilapan?
Jika demikian. ITULAH CINTA.
Anda sanggup menangis dan bersusah payah bersamanya. Anda sanggup melalui suka duka bersamanya biarpun sebenarnya anda berpeluang melepasi tahap tersebut tanpanya. Anda harus kuat kerananya. ITULAH CINTA
Hati anda gembira ketika si dia berbahagia. Hati anda menangis ketika si dia bermuram durja. ITULAH CINTA
Sinar matanya menusuk ke jauh dasar hatimu, menyentuh lembut jiwamu dan membuatkan hatimu mekar mewangi selalu. Jika hal yang sedemikan berlaku maka apa yang hati anda rasai. ITULAH DINAMAKAN CINTA
Nota kaki : A Love To Kill.....
ONLY FOR RAMLEE AWANG MURSHID'S FOLLOWER....
Saya salah seorang follower penulis novel thriller No.1 negara ini. Saya tak pernah 'miss' satu pun novelnya sejak mengenali hasil penulisannya menerusi Tombiruo. Memang ralit membaca setiap karyanya, sampai terbuai dalam alunan fantasi, membayangkan segala watak dan jalan cerita yang dipersembahkan.
Sebahagian karya RAM dalam koleksi saya |
P/S : I LOVE YOU....
Sinopsis :
P.S. I Love You is a 2007 American drama film directed by Richard LaGravenese. The screenplay by LaGravenese and Steven Rogers is based on the 2004 novel of the same name by Cecelia Ahern.
Holly and Gerry are married couple who fight almost everyday and they are living on the Lower East Side of Manhattan until Gerry dies of a brain tumor. Deeply distraught, Holly withdraws from her family and friends until they descend upon her on her 30th birthday. They are determined to force the young widow to face the future and decide what her next career move should be. As they rally around Holly and help organize her apartment, a cake is delivered, and on it is a message from Gerry. It proves to be the first of several — all ending with the sign-off P.S. I Love You — he arranged to have delivered to her after his death. As the seasons pass, each new message fills her with encouragement and sends her on a new adventure. While Holly's mother Patricia and her best friends Denise and Sharon are concerned Gerry's letters are keeping Holly tied to the past, they are in fact pushing her into the future. With Gerry's words as her guide, Holly slowly embarks on a journey of rediscovery.
Gerry pre-arranged for Holly, Denise, and Sharon to travel to his homeland of Ireland, and while there they meet William, a singer who strongly reminds Holly of her deceased husband and coincidentally was his childhood friend. During the vacation, Denise announces she's engaged and Sharon reveals she's pregnant, and the news causes Holly to relapse emotionally and once again withdraw into herself.
Holly eventually enrolls in a fashion course and discovers she has a flair for designing women's shoes. A newfound self-confidence allows her to emerge from her solitude and embrace her friends' happiness. She decides to take her mother on a trip to Ireland, and as the film ends the audience is left with the notion that Holly has opened herself up to the journey that the rest of her life will be, and wherever it takes her; she finally abandons her fear of falling in love.
Friday, November 26, 2010
REMAJA 1 DISEMBER..KINI DI PASARAN!
Kali ini menampilkan selebriti yang tercipta dari Akademi Fantasia, Marsha Milan Londoh, sebagai covergirl. Dengan berkonsepkan Shopaholic, REMAJA turut mengutarakan isu yang sama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.majalahremaja.com.my/ dan jangan lupa beli tauuuuu!!!
Nota Kaki : Tetap 'remaja'!
SIAPAKAH YANG BAKAL DINOBATKAN FINALIS DEWI REMAJA MUSIM KE-8?
8 December ini, akan menentukan siapakah antara 12 finalis yang bakal dinobatkan sebagai DEWI REMAJA musim ke 8..... Rakaman siaran finale ini boleh disaksikan pada 5 January 2011, 9.30pm di Astro Ria.
Sunday, November 21, 2010
BREAKING NEWS : CONGRATULATION NICOL DAVID & AZLAN ISKANDAR!
Dewi Remaja 2010...kini di kaca TV!
Wow! Dengan dibarisi 12 finalis jelita, Pertandingan Dewi REMAJA (PDR) 2010 sudah tiba di kemuncak. Setelah 3 tahun menunggu untuk sampai ke final, kini 12 finalis yang terdiri dari gadis-gadis bertuah ini semakin berdebar menantikan detik bersejarah untuk menyaksikan siapakan di antara mereka yang bakal dijulang sebagai DEWI REMAJA 2010.
Memasuki musim ke-8, 12 finalis yang layak ke pentas akhir terdiri dari Azah, Shangkaree, Ramona, Anzalna, Iraa, Fiza, Ixara, Lofa, Zarina, Tilla, Mia dan Nadiey yang memiliki latar belakang berbeza.
Terdahulu, 18 gadis bertuah tersenarai menjadi finalis sebelum 6 daripada mereka terpaksa disingkirkan (mengikut undian SMS) bagi memeberi laluan kepada 12 finalis yang bakal mewarnai 6 episod siri realiti TV. Ia adalah bagi tayangan di ASTRO RIA (saluran 104) bermula pada 24 November ini, setiap Rabu, jam 9.30 malam selama 30 minit.
Namun demikian, biar pun tersingkir, gadis-gadis tersebut iaitu Jujus, Nurina, Niena, Azurah, Intan dan Aida masih layak memegang title FINALIS DEWI REMAJA 2010 selama-lamanya dan bakal membuat kemunculan istimewa di pentas akhir yang dijangkakan pada 8 Disember 2010 ini (yang akan dirakamkan secara langsung dan bakal disiarkan pada 5 Januari 2011 pada hari dan masa yang sama selama 1 1/2 jam).
Melalui 6 episod ini, anda akan dapat saksikan pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh 12 finalis sepanjang mereka dikuarantinkan selama 10 hari di sebuah lokasi. Malah menerusi aktiviti tersebut turut memberi peluang kepada para penonton khususnya pembaca REMAJA melihat sendiri bagaimana permulaan bagi perjalanan mereka yang bakal menempa nama di dalam dunia modeling mahu pun hiburan.
Jadi... jangan lupa untuk saksikan mereka di kaca TV!
Nota kaki : Ingin menjadi penonton di finale PDR 2010 pada 8 Disember 2010, jam 2 pm, di PWTC? Hanya RM30 untuk 1 seat... Hubungi Team REMAJA di talian 03-5101 3739/863 untuk maklumat lanjut.
Thursday, November 18, 2010
BREAKING NEWS : EVA LONGORIA FAIL PENCERAIAN!
Di Hollywood, memang ramai celebrity yang memilih ahli sukan sebagai pasangan hidup. Paling popular sudah tentu David Beckham-Victoria (Posh Spice Girl) yang sehingga kini rumahtangga yang dibina hampir 10 tahun yang lalu masih kekal. Biar pun sebelum ini rumahtangga mereka pernah dikejutkan dengan beberapa insiden yang berpunca dari sikap nakal Beckham sendiri, namun pasangan sama cantik sama padan ini masih teguh memelihara ikatan cinta sehingga kini.
Sebenarnya boleh dikatakan kebanyakan pasangan celebriti-ahli sukan Hollywood gagal mempertahankan rumahtangga. Terbaharu sedang kecoh perkhabaran mengenai jelitawan terkenal, Eva Longoria (pelakon siri terkenal 'Desperate Housewives', Eva Longoria, telah memfailkan penceraiannya semalam. Eva mengatakan ia berpunca dari suaminya, pemain basketball terkemuka, Tony Parker, bermain kayu tinggi. (Ops! Skandalisme lagi!) Di mana Eva telah menjumpai lebih 100 SMS yang dihantar oleh Tony kepada wanita lain.
Selepas 7 tahun bersama, menurut Eva, ini merupakan pengkhianatan yang paling menyakitkan yang dihadapi oleh jelitawan ini. Penceraian kali kedua buat Eva (selepas pernah berkahwin dan berpisah dengan aktor 'General TV', Tylor Christopher) dan pertama buat Tony.
Sebelum ini terdapat beberapa lagi rumah tangga ahli sukan-celebrity yang hancur gara-gara sikap si suami yang memiliki skandal sana sini. Antaranya Ashley Cole-Cheryl &Tiger Wood-Elin Nordegren. Dan pemain bola sepak England terkenal Wayne Rooney yang hampir berpisah dengan isterinya, Coleen, gara-gara lelaki ini curang disaat isterinya sedang sarat mengandung!
Nota Kaki : Dah dapat isteri yang cun-melecun pun boleh skandal sana sini jugak..isy..isy..isy!
David Beckham & Victoria 'Posh' masih bertahan... |
Sebenarnya boleh dikatakan kebanyakan pasangan celebriti-ahli sukan Hollywood gagal mempertahankan rumahtangga. Terbaharu sedang kecoh perkhabaran mengenai jelitawan terkenal, Eva Longoria (pelakon siri terkenal 'Desperate Housewives', Eva Longoria, telah memfailkan penceraiannya semalam. Eva mengatakan ia berpunca dari suaminya, pemain basketball terkemuka, Tony Parker, bermain kayu tinggi. (Ops! Skandalisme lagi!) Di mana Eva telah menjumpai lebih 100 SMS yang dihantar oleh Tony kepada wanita lain.
Selepas 7 tahun bersama, menurut Eva, ini merupakan pengkhianatan yang paling menyakitkan yang dihadapi oleh jelitawan ini. Penceraian kali kedua buat Eva (selepas pernah berkahwin dan berpisah dengan aktor 'General TV', Tylor Christopher) dan pertama buat Tony.
Eva Longoria & Tony Parker...di akhir garisan. |
Sebelum ini terdapat beberapa lagi rumah tangga ahli sukan-celebrity yang hancur gara-gara sikap si suami yang memiliki skandal sana sini. Antaranya Ashley Cole-Cheryl &Tiger Wood-Elin Nordegren. Dan pemain bola sepak England terkenal Wayne Rooney yang hampir berpisah dengan isterinya, Coleen, gara-gara lelaki ini curang disaat isterinya sedang sarat mengandung!
Wayne Rooney & Coleen..hampir-hampir berantakan |
Tiger Wood & Elin...gagal! Ashley Cole & Cheryl....hancur berderai! |
Wednesday, November 17, 2010
REMAJA...KEKAL NO.1 DIPASARAN!
REMAJA keluaran 15 November 2010, sudah pun berada di pasaran. Berkonsepkan gurun bertepatan dengan isu sempena Hari Raya Aidiladha. Menggandingkan 3 selebriti remaja yang semakin hangat di pasaran & terbaik dari ladang iaitu Alif Satar, Fida Ibrahim & Heliza Helmi.
Jangan lupa untuk membelinya sementara masih ada di pasaran. Untuk maklumat lanjut mengenai REMAJA, layari http://www.majalahremaja.com.my/ .
Nota Kaki : Tetap REMAJA selamanya!
BREAKING NEWS : CONGRATULATION ROCKET MAN!
Credit : Utusan Malaysia |
Tahniah Mohd Azizulhasni Awang kerana berjaya merangkul pingat emas dalam acara keirin berbasikal di dalam Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China. Malaysia yang masih kemaruk buruan pingat emas, mempertaruhkan kehebatan Zulhasni yang turut digelar Rocket Man!
Nota Kaki : Terengganu banyak melahirkan atlet berbasikal, antaranya Anuar Manan.
AKHIRNYA PRINCE WILLIAM BUAT KEPUTUSAN TEPAT....
Long lasting sweetheart....
Akhirnya Prince William bakal KING of England, menunaikan janji kepada cinta hatinya, Kate Middleton untuk mengakhiri percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan. Pasangan sama cantik, sama padan ini yang telah 8 tahun menyulam cinta, bakal mendirikan rumahtangga pada tahun 2011 seperti mana yang telah diumumkan oleh Istana Buckingham.
Menurut laporan akhbar, pasangan ini bertunang di Kenya di dalam siri percutian mereka. Di mana Prince William telah menyarungkan sebentuk cincin nilam permata biru yang dahulunya milik mendiang ibunya, Lady Diana, ke jari manis Kate.
Alangkah bertuahnya Kate yang bakal menjadi permaisuri (oh sudah pasti Queen of William's heart) England suatu masa kelak....
Semoga hubungan suci pasangan ini berkekalan sehingga selama-lamanya...Diharap tidak mengulangi sejarah hitam kedua orang tua William...
Nota Kaki : Tunggu si katak bertukar menjadi putera yang hensem.... Ops!
Sunday, November 14, 2010
BAHASA DBP VS BAHASA PASAR?
Untuk penulisan formal, memang wajiblah menggunakan bahasa sebetulnya iaitu bahasa yang terdapat dalam kamus Dewan Bahasa & Pustaka. Tetapi bagaimana dalam perbualan harian? Tentu janggalkan kalau menggunakan bahasa DBP ini...terutamanya dengan sebutan baku. Saya sendiri tidak menggunakan bahasa DBP sepenuhnya dalam penulisan saya. Teringat kata-kata seorang penulis senior yang amat dihormati, katanya, kalau menulis mengenai dunia remaja, tidak salah 'melacurkan' bahasa. Wah! Terkejut juga. Tetapi bagi saya, janganlah sampai menghancurkan bahasa kebangsaan kita sendiri.
Kamus ini amat diperlukan dalam kerja-kerja saya sejak 11 tahun yang lalu. |
Bila menulis dengan gaya bahasa yang lebih teratur dan sepatutnya, saya rasa lebih 'sampai' apa yang hendak saya sampaikan. Bukan itu saja, saya lebih serius (tapi saya tak nak dilabelkan sebagai skema lah pula) dalam apa yang ingin saya sampaikan. Anda faham apa yang ingin saya sampaikan? (Teruskan membaca kalau faham. Kalau tak berapa faham, kena baca dari mula..hahaha...sorry...saya cuma bergurau!).
Walau bagaimana pun, saya tetap akan selitkan bahasa Inggeris (maaflah mungkin lebih kepada broken English!) dan bahasa pasar (jangan terlalu ambil serius ya...'kengkadang mau jugak jadik cm remaja!' Hahaha) di mana-mana entri (banyak sebenarnya bahasa Inggeris yang di'melayu'kan) yang bersesuaian.
Apa pun, saya ingin meminta maaf, kalau mungkin ada gaya bahasa yang akan membuatkan anda berasa bosan pula.....
Nota kaki : Teruskan membaca...kalau sudi!
NUFFNANG....
Salam hari Ahad...
Sebelum ini saya memang pernah terbaca mengenai Nuffnang (http://www.nuffnang.com.my/), peneraju komuniti pengiklanan blog pertama di rantau Asia-Pasifik (ni saya copy-paste dari laman web ini). Adik saya, si Aliensewel (http://aliensewel.blogspot.com/) yang sibuk bercerita tentang Nuffnang ini. Katanya boleh menjana pendapat dengan hanya menulis dan mengiklankan produk/perkhidmatan melalui personal blog. Oh yeker?
Lantas (saya seperti terlalu kerap menggunakan perkataan DEWAN BAHASA & PUSTAKA pula.... "Hargailah bahasa kebangsaan kita!") cuba mencari keistimewaan yang tersirat di sebalik Nuffnang. Ya setakat membaca dan mencari...Berbulan berlalu (rasa macam dah setahun pun ada), sehinggalah hari ini barulah saya tergerak hati untuk mendaftar dengan Nuffnang. Sebab selagi tak explore in deep, selagi itulah saya sebenarnya kurang memahami konsepnya. (Tapi saya banyak mendengar ramai kawan yang dah berjaya mencari side income dengan Nuffnang). Buat setakat hari ini, saya cuma nak explore Nuffnang saja. Soal menjana side income, belakang cerita okay.
Disebabkan saya masih ZERO bab Nuffnang ni, jadi saya hanya menjadi silent user dahulu. Eh rasa macam nak mencari Nuffnang's buddies.. Anyone?
Nota kaki : Bertanya pada cik Aliensewel, sudah beribu rabankah hasil keuntungannya? Jawabnya, "Ala..baru 14 sen!" Hahaha.... Ternyata dia tidak propa mengenai Nuffnang tetapi dia masih tidak begitu aktif pun berblogging.. Maafkanlah...Ahaks.

CERITERA FACEBOOK...
Adakah anda antara jutaan pengguna Facebook (FB) a.k.a 'Mukabuku' dari Malaysia? Ya, saya salah seorang darinya!
Saya mula mengenali FB sejak 3-4 tahun yang lalu. Hendak dikatakan tegar...tidak juga. Tapi ralit jugalah! Hahaha....
Melalui FB, dah semakin ramai kawan lama yang dapat dijejaki. Dari zaman sekolah rendah-menengah-kolej.
Dan melalui FB juga, saya dapat ramai kawan baru. Seronok. Tapi ada part yang tak seronok juga bila mana mereka sekadar ADD (oh! saya jarang add orang kecuali yang dikenali) saya...sekadar untuk add! Ada juga kawan baru-lama yang bikin onar melalui FB saya lalu tanpa cara lain, saya terpaksa menyahtoksikan (delete) mereka. Bye..bye..bye... Yang bikin onar itu selalunya yang membalas status saya tanpa kenyataan yang relevan (pantang betul lah!). Banyak pengalaman pahit-manis sepanjang bergelar 'Facebookers' ini. Tidak perlulah menghuraikan pengalaman sendiri. Sebab apa yang saya ingin katakan di entri kali ini mengenai senario FB... oh! Senarioooooooo!!
Semalam (13/11/2010) di Harian Metro, saya terbaca kisah seorang wanita berusia 40an menyaman Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan jumlah tuntutan RM10 juta. Wow! Ulang perkataan...RM10 juta! Banyaaaakkkkk sesangattttt tu!!! Dengan pertuduhan, OKT (Orang Kena Tuduh) tersebut bersama keluarganya telah memalukan pihak plaintif melalui laman peribadi FBnya.
Ini bukan kes saman pertama yang membabitkan FB.. Rasanya dah banyak kali sama ada berlaku dalam negara mahu pun luar negara.
Itu pasal saman.
Kebanyakan mengenai kes yang menjatuhkan maruah orang lain. Saya teringat beberapa bulan lepas, seorang lelaki telah menulis di statusnya ayat yang kurang elok yang dilemparkan kepada seseorang yang tiada lagi di alam fana ini. Lelaki terbabit mengeji seorang wanita (orang kuat Puteri UMNO) yang baru saja meninggal dunia akibat sakit jantung. Entah apakah salah allahyarhamah sehingga dikeji sedemikian rupa.
Seorang lelaki lain juga pernah menyebarkan fitnah mengenai Sultan Johor melalui FB hinggakan baginda sultan murka dengan kejadian itu.
Seorang budak lelaki juga pernah mengutuk Allahyarham Din Beramboi selepas kematian selebriti terbabit. Juga tidak tahu apakah motif budak lelaki itu yang pada pandangan saya sangat kurang ajar!
Banyak sebenarnya kes yang sama modus operandi sebegitu....
Kes jatuh cinta pula......
Beberapa bulan lepas (juga saya terbaca di akhbar), seorang nenek berusia 64 tahun (ibu tunggal & pengusaha cyber cafe) telah mengahwini seorang teruna berusia 30an.. Mereka bertemu jodoh selepas bertemu di FB!
Alamak! Ramailah jatuh cinta melalui FB ni... (tapi saya tak pernah alaminya....melalui mIRC zaman tok kaduk dulu pernahlah! Hahaha).
Kes menipu & tertipu...ala banyak jugaklah..... Antara kes jenayah yang pernah membabitkan FB ialah rogol, rompak & bunuh diri!
Mengikut statistik dari http://www.facebakers.com/, Malaysia menduduki tangga ke-16 (dengan jumlah 8 juta orang pengguna FB) dari 213 buah negara yang tersenarai. Negara Neuru menduduki tangga terakhir dengan hanya 180 pengguna sahaja. (Last updated October 2010)
Sebanyaknya kalau hendak bercerita pasal FB ni, boleh buat buku (eh! Filem pun dah ada tau...The Sosial Network).... nantilah sambung.. Tiba-tiba ketandusan idea pula....
Nota kaki : Sedang cemburu tengok kucing-kucing yang gebu, mantap & boyot sedang tidur terlentang & terbongkang!

Saturday, November 13, 2010
USAH MEMBANGAU LAGI.....
Salam perkenalan...
Nie 'umah' saya yang ke-tiga selepas 'umah' pertama di Blogdrive terpaksa 'dirobohkan'. Sebabnya banyak sangat rahsia hati tertanam di situ. 'Umah' kedua...di taman yang sama yakni Blogspot, kerap bersarang. Bukan tak ada masa nak menitip sebarang kata-kata. Tetapi kalau kerap melepak di situ, alamatnya makin banyaklah rahsia hati bertimbun di situ. Lantas, malam ini... saya terasa gatal tangan pulak nak membikin 'umah' baru... Tadaaaaaaa...... (Semoga azam saya utk menjadi blogger yang R.A.J.I.N terlaksana jua. Amin).
'Umah' ni untuk apa ek? Senak seketika kepala otak nak menjawab. Tapi saya rasa perlukan 'medan' untuk menulis mengikut logik akal & hati.
Alamak! Siapa saya? Ops... biarlah rahsia.. Eleeehhh! Rahsia kunun... Ala..nanti-nantilah cerita.... Bukan menarik pun. Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya seorang PENULIS sejak lebih sedekad yang lalu. Penulis di lebaran kertas. Hahahaha. Yelah laaa... Saya penulis...tapi taklah sekreatif mana.
Dah lebih sedekad ye...emmm... Ada kengkawan tanya, dah lama jadi penulis ni, bila nak menulis novel? Glup! Saya pernah mencuba...tapi terkandas di suku jalan. Puncanya sudah tentu M.A.L.A.S! Bukan tak ada idea... tetapi itulah penyakit M sangat bermaharajalela.... Asyik membangau saja saya ni kan... Bangau? Ala term tu saya dapat dari kursus TAKE CHARGE yang saya hadiri bulan lepas. Bangau tu...alasan lah! Iye... Tau tak lagu 'Bangau Oh Bangau'....
Dah boleh tangkap makna lagu ni? Meh sini saya cerita pasal lagu ni (mengikut pemahaman saya lah). Bangau ni..bila tanya mengapa kurus...dia menggunakan haiwan lain sebagai alasan... tengok...ikan yang kena! Lepas tu ikan pula bagi alasan...seterusnya banyaklah haiwan lain yang terkena dan menggunakan alasan yang hampir sama bunyinya. Tengok! Semua berpunca dari sang bangau yang mula mempergunakan alasan sampai menjangkitkan kepada haiwan-haiwan lain. Hah! Kalau suka memberi alasan, itu bermakna MEMBANGAUKAN diri la tu.. Betul dak?(Ops! Saya guna 'dak' yang bermaksud 'tak' mengikut loghat Kedah..).
Ok! Eh tak kenal bangau? Alahaii......takkan lah kot!

LIRIK LAGU BANGAU OH BANGAU
Bangau oh bangau,
kenapa engkau kurus?
Macam-mana aku tak kurus,
ikan tak mahu timbul.
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan,
kenapa engkau tak timbul?
Macam-mana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput,
kenapa engkau panjang?
Macam-mana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
kenapa tak makan rumput?
Macam-mana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
kenapa engkau sakit?
Macam-mana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi,
kenapa engkau mentah?
Macam-mana aku tak mentah,
api tak mahu menyala.
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam-mana aku nak menyala,
kayu api basah.
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
kenapa engkau basah?
Macam-mana aku tak basah,
hujan timpa aku.
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
kenapa timpa kayu?
Macam-mana aku tak timpa,
katak panggil aku.
Katak panggil aku.
Katak oh katak,
kenapa panggil hujan?
Macam-mana aku tak panggil,
ular nak makan aku.
Ular nak makan aku.
Ular oh ular,
kenapa nak makan katak?
Macam-mana aku tak makan,
memang makanan aku.
Memang makanan aku......
Betul juga tu ye...........
Memang makanan engkau.
Memang makanan engkau..........
Dah boleh tangkap makna lagu ni? Meh sini saya cerita pasal lagu ni (mengikut pemahaman saya lah). Bangau ni..bila tanya mengapa kurus...dia menggunakan haiwan lain sebagai alasan... tengok...ikan yang kena! Lepas tu ikan pula bagi alasan...seterusnya banyaklah haiwan lain yang terkena dan menggunakan alasan yang hampir sama bunyinya. Tengok! Semua berpunca dari sang bangau yang mula mempergunakan alasan sampai menjangkitkan kepada haiwan-haiwan lain. Hah! Kalau suka memberi alasan, itu bermakna MEMBANGAUKAN diri la tu.. Betul dak?(Ops! Saya guna 'dak' yang bermaksud 'tak' mengikut loghat Kedah..).
Ok! Eh tak kenal bangau? Alahaii......takkan lah kot!
Okaylah....untuk permulaan, ini yang mampu saya titipkan sebagai salam perkenalan. Boleh tak saya nak menggunakan pantun zaman dahulu kala sebelum mengakhiri bicara..
Pecah kaca, pecah gelas, sudah baca, harap balas....eh! Sesuai ke?
Nota Kaki : Saya belajar nyanyi lagu 'Bangau Oh Bangau' ni masa umur saya 4-5 tahun. Anda...bagaimana? Hikhikhik....
Subscribe to:
Posts (Atom)