Thursday, December 29, 2011

YEAHAA!! MY BABY SISTER GOT GOOD RESULT..

Tak disangka..namun alhamdulillah..sujud syukur pada Yang Maha Esa... my baby sister, Ira Syafika, dapat 5A 3B dalam PMR yang diumumkan seminggu lalu...

Ini bermakna..saya 'kopak' RM500! Ok takpe...

Trial result including exam every semester, dia ni susah nak cemerlang. Apatah lagi gemilang. Keputusan atas pagar.. selalu mengundang kemarahan saya.. iyee..

Tapi kali ni, dia telah beat Along-Angah-Alang-Kakak!

Tahniah...nak nangis jugak bila tengok result dia...kihkihkih...

SELAMAT TINGGAL 2011..SELAMAT DATANG 2012...

Disebabkan kekangan waktu...tetiba sibuk pulak menjelang November-Disember untuk menyiapkan Auto Maskulin (90% tunggang langgang buat sendiri), so tak ada masa untuk berblogging.

Tambahan pula, broadband telah dicilok dengan kebenaran oleh Alien Sewel.

Nak berblogging guna Blackberry rasa cam leceh. Tak yahlah.

So hari ni mencuri sedikit waktu untuk menyapu sawang-sawang yang hampir menutupi rumah ni....

Apa nak tulis... oh 2011 bakal berakhir 3 hari lagi

Selamat tinggal 2011!



Apa yang berlaku sepanjang 2011? Suka atau duka? Banyak perkara duka berbanding suka..

Paling mendukakan... pertukaran dari REMAJA ke Auto Maskulin... secara 'rela' PAKSA! Ya, memang minat kereta, tetapi untuk terjun dalam dunia automotif dan permotoran ini memerlukan minat yang mendalam dan kesungguhan yang sangat padu! Jadi...sekarang ini, masih dalam proses memaksa diri..... Malas nak cerita lebih-lebih.


2011 bakal di'KICK-OFF' oleh 2012



Ok..2012...please be nice to me.....



Let's countdown!




Flag-Off-2012-life....




Bersedia...menyahut cabaran.. !!

Azam 2012...emmm...tak pernah pula nak memasang azam (selain memuji kehenseman anak pakcik Azam....ahaks)

Apa sajalah yang Allah tetapkan....terima...redha...pasrah.

AUTO MASKULIN.....COMING UP 15TH JANUARY 2012....



Thursday, December 1, 2011

BALIK KAMPUNG...OOOOOO......BALIKKKK KAMPUNG.....

Dah 2 tahun tak balik kampung... last balik kampung 13 November 2009 disebabkan kematian arwah Cik Yah.

Dan.... 23 November.... kami sekeluarga bergegas pulang ke kampung setelah menerima berita Pak Long accident... 24 November 11 malam... Pak Long menghembuskan nafas yang terakhir... Innalilillah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Rahmat di atas peristiwa ini, hubungan dengan keluarga arwah kembali OK.

Dan secara kebetulan.... 26 November, anak menakan (sombong seii...menyesal pi kawen hang lah) kawen...
Ok...takde apa pun nak citer sangat pasal balik kampung ni.... saja jer nak menambahkan entri dalam blog yang semakin bersawang...


(Gambar tak boleh copy pulak dr FB..cis...)

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha...

10 Zulhijjah 1412 Salam Aidiladha.. Semoga kita lebih diberkati Yang Maha Esa. Semoga Allah memperkenankan doa kita untuk menjejaki Tanah Suci Mekah suatu hari kelak. Amin.

Friday, November 4, 2011

VERSI ASAL....PROMO WRITE UP AUTO MASKULIN...

PROMO AUTO MASKULIN....PART 1

SEKSUALITI MERDEKA..BILA MANA MINDA TIDAK MERDEKA!

Songsang, bertentangan Islam


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Penganjuran Program Seksualiti 2011 yang mempromosikan seks bebas jelas merupakan satu program songsang yang bertentangan dengan Islam selain berlawanan dengan adat resam serta tata susila masyarakat negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, walaupun Malaysia sebuah negara demokrasi dan menerima prinsip- prinsip hak asasi, ia bukan bermakna kebebasan yang diterima pakai di negara ini tidak terbatas hingga ke peringkat membenarkan amalan hubungan sejenis.

Beliau berkata, atas sebab itu kerajaan telah mewujudkan undang- undang yang memperuntukkan perbuatan seks luar tabie seperti meliwat adalah satu kesalahan jenayah kerana jelas ia melanggari norma kehidupan seorang manusia.

''Meskipun kita menerima hak asasi manusia, Malaysia mempunyai Perlembagaan dan undang-undang. Kita juga ada agama. Kita juga ada nilai-nilai budaya. Negara kita mempunyai batas dan asas-asas pertimbangan yang harus diambil kira.

''Lunas-lunas syariah juga telah meletakkan hukuman ke atas perbuatan-perbuatan seperti ini. Saya tidak tahu mengapa mereka membuat promosi sebegitu? Adakah mereka mempunyai muslihat politik?'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Bersama Guru-guru Bahasa Inggeris: SMR HR Group di sini hari ini.

Beliau mengulas penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya Queer Without Fear yang berlangsung semalam hingga 13 November di The Annexe Gallery.

Antara penaja dan penyokong program yang berlangsung selama 13 hari itu ialah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Bagaimanapun penganjuran program tersebut mendapat bantahan keras daripada pelbagai NGO, parti politik serta pertubuhan agama yang menyifatkan program tersebut jijik dan keji.

Dalam konteks parti pula Muhyiddin berkata, UMNO berpandangan penganjuran program seksualiti itu bukan sahaja tidak boleh diterima malah langsung tidak memberi sebarang faedah.

''Saya cukup yakin rakyat Malaysia mempunyai penilaian sewajarnya tentang perkara ini. Perbuatan seperti ini langsung tidak memberi faedah dan tidak memberi sebarang keuntungan. Ia hanya satu program yang membuang masa.

''Apa yang lebih penting program ini jelas tidak selari dengan Islam dan bertentangan dengan adab resam dan budaya masyarakat kita. Bahkan agama lain seperti penganut Kristian turut sama menentang,'' katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan tujuan penganjur program itu adalah untuk menunjukkan mereka selari dengan amalan hak asasi manusia berdasarkan prinsip-prinsip antarabangsa.

''Sekali lagi saya nyatakan Malaysia mempunyai nilai, sistem dan agama dan oleh sebab itu penganjuran program berkenaan tidak sesuai langsung. Saya tidak tahu apa faedahnya,'' katanya.

Ditanya sama ada wajar kerajaan menghentikan program tersebut beliau berkata, itu adalah hak mereka.
''Tetapi sebagai rakyat, kita harus berfikir apakah kebaikan daripada kegiatan seumpama itu,'' katanya.


Monday, October 24, 2011

MEREMPIT DI JALANAN HARAM, TAPI DI TREK LUMBA JUGA BOLEH MENYEBABKAN KECELAKAAN....

Berita kemalangan maut yang meilbatkan pelumba pasukan Honda, Marco Simoncelli, semasa berlangsungnya MotoGP di Sepang International Circuit semalam memang mengemparkan. Buat pertama kalinya SIC bermandian darah!

Marco dilanggar secara tidak sengaja oleh pelumba Colin Edward dari pasukan Yamaha dan Valentino Rossi dari pasukan Ducati Team. Helmet yang dipakai oleh Marco pecah dan mendiang mengalami luka parah di bahagian kepala dan badan. Setelah bertungkus lumus selama 45 minit untuk menyelamatkannya, mendiang disahkan meninggal dunia pada jam 4.45pm (waktu tempatan) oleh pegawai perubatan.

Nah! Tragedi ini bukan membuktikan bahawa SIC tidak selamat untuk berlumba tetapi kecelakaan dan kematian boleh berlaku di mana jua termasuk dalam apa jua cara.

Apa pun, takziah buat keluarga mendiang Marco (24 tahun)...


Tuesday, October 18, 2011

COMMERCIAL BREAK : DI SAAT AKU MENCINTAIMU (DADALI)

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta




Lagu ni dah lama...tapi baru nak layan...so layan jelah.......


Nota kaki : Lagu ini tidak ada kena mengena dengan keadaan hati buat masa ini. Sekian terima kasih.

AUTO MASKULIN....... BAKAL MENJELMA 25 DECEMBER 2011


Cabaran terbaharu saya di dalam merentasi dunia kerjaya.... Pabila saya dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan majalah berkonsepkan permotoran yang diberi judul AUTO MASKULIN.

Ya! Editornya perempuan! Berhijab. Tapi kekal lasak! Hahahaha.

Auto Maskulin disasarkan untuk pembaca lelaki (70%) dan wanita (30%) berusia 23 tahun hingga 45 tahun. Pengisiannya terdiri daripada 70% berhubung dengan kereta dan selebihnya ialah motor dan yang berkaitan dengan dunia permotoran.

Diharap majalah yang sarat dengan pelbagai jenis info ini bakal diterima umum.

Nantikan kemunculan edisi pengenalan Januari 2012 yang bakal berada di pasaran pada 25 Disember 2011.

Sekian....buat kaki kereta...TUNGGGGUUU!!!!

OMBAK RINDU...DARI NOVEL KE LAYAR PERAK

Ini salah satu novel kegemaran saya...cuma disebabkan banyak sangat sekuel membuatkan jalan ceritanya sudah 'terbabas' dan agak membosankan... Membuatkan saya hanya mampu bertahan sehingga sekuel ke dua sahaja.

Karya asli Fauziah Ashari terbitan Alaf 21, kini ia telah pun diadaptasikan ke filem atau layar perak. Akan ditayangkan diseluruh pawagam bermula 1 Disember ini.

Pelakon yang membintangi filem ini ialah Aaron Aziz (Haris), Maya karin (Izzah), Lisa Surihani, Bront Palarae dan ramai lagi.

Ok tak naklah mengulas tentang filem ini kerana ia belum dipertontonkan. Cuma harap janganlah ia mengecewakan seperti mana yang berlaku pada Lagenda Budak Setan.




Wednesday, October 5, 2011

NEW LIFE CHAPTER.....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...5.45am 05 Oktober 2011, genap usia saya 31 tahun. Sujud syukur di subuh hari. Ya! Umur saya dah 31 tahun..... Dah banyakkan. Takpe....bak kata omputih, 'Age is just a number'. Tapi bagi saya, 'Age is like BMW. More series, more classy..." Chewah! Saja nak menyedapkan hati sendiri. Atau dalam erti kata lain untuk menutup kegusaran di hati kerana ada beberapa perkara yang tidak mampu terlunas lagi. Atau dalam erti kata yang paling tepat, belum tiba masanya untuk Allah tunaikan permintaan saya itu.

Tapi hari ini....Allah memakbulkan permintaan, hajat dan doa saya yang satu ini iaitu memakai hijab. Ya....bukan mudah untuk orang seperti saya yang 'ranggi metropolis' ini menutup aurat sepenuhnya. Biar pun tahu ia adalah perkara yang wajib namun kedegilan hati membuatkan saya sering tertangguh-tangguh.

Tapi hari ini....saya nekad! Alhamdulillah....Allah mempermudahkan dan memperkenankan hajat di hati. Bak kata orang biasa-biasa, 'Dah sampai seru....". Bak kata saya, "Masa dah time!' Sementara alarm clock masih berbunyi..... sementara saya masih ada ruang, waktu dan kesempatan....

Berdebar-debar juga mahu berimej baru ini...... Tak lena tidur dibuatnya. Bagaimanakah pandangan orang? Tapi bak kata sahabat terbaik saya, Hazlenny Zainal, "Ala buat selamba jer...orang akan memberi perhatian dalam sehari 2 jer....." Saya pegang kata-kata itu.

Alhamdullilah..jiwa, hati dan fikiran saya sangat tenang, ceria dan gembira hari ini. Syukur pada-Mu Ya Allah kerana memperkenankan doa hamba-MU ini....Amin...

Doakan semoga ketetapan hati saya tetap utuh untuk menjadi seorang muslimah...(ayat macam skema kan).... Namun saya bukan mahu menjadi seorang ustazah....tapi mahu menjadi seorang manusia yang lebih OK berbanding sebelum ini... Itu niat saya ketika usia mencapai 31 tahun...

Paling utama, keluarga tersayang dan sahabat terbaik saya sentiasa menyokong perkara-perkara yang elok saya lakukan...... Merekalah sumber kekuatan dan semangat saya.....

Begitu juga dengan rakan-rakan lain.... Saya tidak mahu 'terlambung' dengan pujian.....(walau pun hati kembang kempis mendengar pujian...yelah sapa tak suka kena puji kannnnnn). Saya mahukan doa ikhlas dari mereka supaya saya tetap teguh dengan pendirian...

Orang yang paling saya cintai dalam dunia yakni emak saya paling gembira dengan keputusan yang saya lakukan ini. Katanya..."Alhamdulillah....sudah tiba masanya berhijrah ke dunia hijab...". Ayah pula tersenyum bangga tengok anak dara dia yang seorang ni dah berubah wajah.... Alhamdulillah saya dapat kurangkan dosa ayah yang selama ini menanggung dosa saya kerana tidak menutup aurat....

Ok la..... terima kasih buat semua!

Happy birthday for me.... (hehehehe)

Eh! Saya dapat hadiah sepasang kain ela dan shawl dari sahabat terbaik saya...

Dan 2 pasang shawl dari seorang kakak di office ini yang pernah menjadi musuh saya tetapi dah berbaik semula.....

Dan..saya mendapat lebih 200 ucapan melalui FB!

Dan..oh saya sangat happy dan tenang saja... Alhamdulillah.....

Monday, October 3, 2011

Good luck to my baby sister!

Yes!! Adik bongsu saya dah besaq (termasuk size badannya). Esok dia bakal menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di SMK Subang. Good luck Acu @ Ira Syafika!!! Semoga kejayaan mampu dilakarkan. Doa restu mak ayah dan seisi keluarga mengiringi usaha mu. Chewah! Ayat very skema.

Nota kaki : Bila berblogging guna Blackberry tak boleh nak tempek gambaq. Tensen!

Friday, September 23, 2011

SLOT AKASIA : SOFFIYA...

Drama Bersiri Soffiya Lakonan Fizo Omar, Tiz Zaqyah, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan


Begitulah kitaran nasib si gadis malang yang bernama Soffiya, lakonan hebat Tiz Zaqyah dalam drama bersiri terbaru selepas berakhirnya drama bersiri “KASIH ALIA” di slot Akasia. Turut dijayakan oleh Fizo Omar, Azhar Sulaiman, Izara Aishah, Syazwan Zulkifli, Hilal Azman dan Aisyah Atan, drama bersiri SOFFIYA bakal bersiaran bermula 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.

Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Filmscape Sdn Bhd, diarahkan oleh sutradara Joeza Rasidi dengan nukilan skrip oleh Eenaz Mokhtar dan Tommy CT Loh. Ikuti kisah Soffiya (Tiz Zaqyah) yang dikenali sebagai Yaya, seorang gadis lincah dan periang yang tinggal di sebuah kampung bersama bapanya, Sulaiman (Hilal Azman) seorang doktor dan ibunya, Aishah (Aisyah Atan), yang sering menghadapi masalah kesihatan.

Sulaiman kecewa apabila sering ditolak oleh Aishah untuk bersama. Akibat tidak dapat menahan nafsu, Sulaiman sanggup menodai anak sendiri. Sejak hari itu, Yaya tidak dibenarkan untuk bersekolah dan dikurung dalam rumah. Sulaiman memberitahu orang kampung bahawa Yaya mula berubah sejak ibunya sakit kononnya Yaya terjebak dengan dadah. Yaya putus harapan untuk mendapatkan bantuan kerana tiada sesiapa yang akan mempercayainya.

Kawan baik Yaya, Muiz (Syazwan Zulkifli) berasa sangsi dan cuba menyelidik. Namun usaha Muiz untuk menyelamatkan Yaya gagal apabila dia terbunuh sewaktu bergelut dengan Sulaiman. Selepas ibu Yaya meninggal dunia, Yaya telah melawan Sulaiman kerana tidak tahan diperlakukan sebagai hamba seks lagi. Yaya bertindak untuk mempertahankan diri dan menikam Sulaiman secara bertubi-tubi. Sulaiman terbunuh.
Yaya dibicarakan dan dibantu oleh seorang peguam muda, Ilyas (Fizo Omar). Yaya didapati bersalah dan ditahan di pusat juvana. Di sana, Yaya sering menjadi mangsa buli. Dalam mengharungi keperitan dalam hidupnya, Yaya berpaut kepada kasih sayang Ilyas yang tidak pernah berputus asa berikhtiar untuk membebaskannya daripada hukuman.

Kebahagiaan tidak berpanjangan bagi Soffiya apabila Ilyas terpaksa akur dengan kehendak tunangnya Fiona (Izara Aisyah) untuk mengikutnya ke New York. Soffiya ditinggalkan tanpa sebarang pesanan. Selepas 3 tahun, Soffiya dibebaskan dan mahu memulakan kehidupan baru dengan nama Sofi.
Sofi yang masih mencari arah tuju dalam hidupnya telah bertemu dengan Kak Ton yang aktif dengan aktiviti badan bukan kerajaan (NGO). Kebaikan Kak Ton berjaya mendapat kepercayaan Sofi untuk menerima bantuannya. Kamal (Azhar Sulaiman) yang sering mengunjungi warung Kak Ton tertarik dengan keayuan Sofi dan mahu mengenalinya secara dekat.

Sofi bersikap dingin dan meragui niat sebenar Kamal kerana enggan dilukai dan dikhianati lagi. Dengan berkat Kak Ton, akhirnya keikhlasan Kamal berjaya membuka pintu hati Sofi dan menerima lamarannya. Sofi dilimpahi dengan kasih sayang Kamal dan sangat terharu apabila Kamal telah merealisasikan impiannya dengan menubuhkan sebuah pertubuhan amal untuk berbakti kepada gadis-gadis yang teraniaya sepertinya dahulu.

Ketabahan Soffiya diuji sekali lagi apabila cinta pertamanya, Ilyas muncul sebagai suami kepada anak tirinya, Fiona. Fiona enggan menerima Soffiya sebagai pengganti tempat ibunya dan sering mencari jalan untuk menjatuhkannya. Melalui seorang kenalan lama Soffiya, Fiona mula menyiasat latar belakang Soffiya. Ilyas pula tidak dapat membendung rindu dan cintanya apabila bertemu kembali dengan Soffiya. Fiona dan Ilyas selalu bertengkar kerana Ilyas selalu membela Soffiya.

Bagaimanakah Soffiya mengharungi konflik demi konflik yang melanda dirinya? Soffiya dibelunggu sama ada untuk menerima Ilyas cinta pertamanya, atau Kamal, suami yang telah memberi kasih sayang tanpa tolok bandingnya? Jangan lupa untuk menyaksikan drama bersiri hebat, SOFFIYA menerusi slot Akasia mulai 21 September 2011, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam, hanya di TV3!
Bagaikan dihanyutkan di dalam lautan yang tiada penghujung, tergapai-gapai si gadis mencari arah tuju hidupnya. Nekad untuk bangkit semula daripada sejarah hitam yang telah menghancurkan impian dan masa depannya, si gadis enggan lagi menoleh ke belakang dan terus mengorak langkah ke hadapan.


MENGUBATI HATI YANG TERLUKA (ILUVISLAM)



Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana. Beberapa cara boleh kita amalkan untuk mengubati hati yang terluka. Keberkesanannya bergantung kepada diri anda, namun berikut adalah cara yang sering dikongsia oleh pakar.

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua itu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan anda, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah - tanpa anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan anda dari segi fizikal dan mental.
Risau membuat anda selalu menjadi sedih dan kecewa. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap; anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, anda ada kawan rapat yang memahami anda dan anda mempunya handphone kesayangan anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif. Seterusnya, meneutralkan gelombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda. Ketahuilah, anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana anda tidak memaafkan kesalahan diri anda di masa lalu ataupun anda tidak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri anda satu ketika dulu. Belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang pada diri anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan anda serta menjadikan anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi; agar anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa layan kecewa sedangkan anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan.

Walaupun perkara tidak berpihak kepada anda, cari cara bagaimana anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang.
Rezeki anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada anda. Anda menjadi apa yang anda selalu fikirkan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan anda boleh tarik semua yang baik-baik?
Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat.

7. Hati Mesti 'Keras'
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya.

Cuba ingat balik kejahatan kecil yang anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan. Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya.

Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

- Artikel iluvislam.com

MENGAPA AKU MASIH SOLO? (ILUVISLAM)


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

ILUVISLAM.COM

IZINKAN CUMA ENGKAU YANG BERTAKHTA DI HATI (ILUVISLAM)

Berlatarkan dinginnya malam, ku terdampar sendiri.
Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.
Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?
Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. Namun kini ketenangan itu seakan-akan diragut. Diragut oleh siapa? Apakah ia hilang ditarik oleh Tuhan? Atau kerana dosa-dosa yang dilakukan? Soalan-soalan itu bertubi-tubi menyoal, namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?

Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.
Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.
Jiwa ini tidak lagi suci, terasa ia tersangat kotor.

"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"

Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.
Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah. Teresak-esak.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.
Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya.
-Artikel iluvislam.com

RIP GIRL..... :(

Rest in peace my GIRL.... kucingku yang ditemui mati kat halaman rumah oleh along dalam jam 6.50 pagi tadi. Sedih gilaaa...uwaaaa.... Tengah malam tadi memang ada terdengar salakan anjing yang berlari2 di kawasan rumah. Terdetik jugak di hati, Girl. Tetapi disebabkan mengantuk gila, so tak sempat nak fikir apa dengan harapan Girl dapat sembunyikan diri dia..

Bila Along datang rumah pepagi ni..... apa yang dirisaukan menjadi nyata. Along n emak tak sanggup nak tengok mayat Girl (yg tengah bunting), sedih kata dorang. Saya yang duduk mencangkuk depan Girl lagi lah..berjujurai air mata ni. Adik pun nangis sepanjang perjalanan ke sekolah (ayah cakap).

Girl takde luka pun. Cuma badan dia kotor dan semut merah dah mula mengharungi dia... Ayah tanam dia kat bawah pokok bunga raya.

Girl.....

Setahun yang lepas (time bulan puasa lebih kurang 2 minggu nak raya), saya ambil Girl dan Boy (hilang sejak 5 bulan yang lalu) dari Kak Ayu (kenalan kakak angkat saya, Kak Keju). Masa tu Girl n Boy dalam umur 3-4 bulan. Manja gila... Girl rapat gila dengan Boy...

Bila Boy hilang, Girl tercari-cari jugak Boy.... Tapi..tu lah.. memang lah dia sedih..sebab Boy tu adik sama bapak and laki dia jugak (Girl-Boy ada sekor anak..namanya O-Bam).

Dan pagi ni Girl dah takde..... O-Bam dan O-Bek (anak Girl dengan kucing ntah mana ntah) pun sedih jer... Mula-mula O-bam belek2 mayat mak dia... Pastu dia lari. Bila bawak kali kedua, dia macam marah.. Last-last dia duduk kat port yang dia selalu lepak ngan mak dia..monyok jer mukanya...

Girl... kau pernah ceriakan hari ku... RIP......

Nota kaki : Kucing mati lagi sedih dari putus cinta...... (Eh boleh sedekahkan Al-Fatihah pada kucing tak?)

Girl kucing yang cantik...

Dan pandai posing

Boy n Girl..so close.....

Girl's death body
Air mata ku tumpah......

Anak Boy-Girl...O-bam...dia pun sedih..monyok jer...selalunya dia bermain2 pepagi pas makan...ni duduk termenung jer..

Saturday, September 17, 2011

SEDAR DI TAHAP MANA KITA BERADA....

Dari kecil, saya sudah diasuh oleh mak ayah untuk berdikari. Saya bukan datang dari keluarga yang senang. Biar pun mak ayah tak pernah berkata, "Kalau nak beli apa, kumpul duit sendiri." Tapi melihat keadaan keluarga, secara tidak langsung telah mendidik saya dan kakak-kakak untuk tidak meminta-minta.
Selalunya apa yang saya dan kakak-kakak inginkan, kami akan berusaha mengumpul duit untuk mendapatkannya. Bukan senang-senang meminta itu ini kat mak ayah. Kerna kami tahu, ayah yang bekerja seorang bukanlah bergaji besar. Alhamdulillah cukup makan pakai. Dapat belajar setinggi yang mampu.
Berbanding adik-adik, kehidupan mereka lebih senang kerana kakak-kakak sudah bekerja. Selain mereka juga akan mengumpul duit sendiri tetapi ada kalanya mereka akan meminta biar pun bukan terlalu demanding. Berpada-pada kata orang.

Sehingga kini, saya tidak pernah meminta mak ayah untuk membeli sesuatu. Sejak mula bekerja 12 tahun yang lalu, saya tidak pernah meminta mak ayah dan kakak-kakak sesen pun. Bukan kerana saya ego punya duit sendiri. Tetapi sikap berdikari sedari kecil membuatkan saya begitu.

Kini biar pun bergaji empat angka sekali pun, saya tidak berbelanja sebarangan. Keutamaan saya sudah tentu untuk keluarga. Selebihnya untuk simpanan sendiri. Ya, sebenarnya saya mampu untuk membeli barangan yang mahal yakni branded. Namun saya tidak mahu terlalu berbuat demikian. Kerna bagi saya ada kepentingan yang perlu saya utamakan.

Ini bukan bererti saya kedekut atau terlalu berkira, tetapi demi masa depan sendiri, saya perlu tahu merencankan perbelanjaan. Saya tidak punya 'sesapa' untuk membelikan saya itu ini. Saya tidak boleh meminta 'sesapa' belikan saya apa-apa. Jika mahu, saya perlu usahakan dengan duit sendiri. Jadi saya tidak boleh rancak berbelanja.

Cuma sesekali sahaja saya berbelanja besar untuk 'menghadiahkan' sesuatu kepada diri sendiri.
Entri ini..bukan untuk mengangkat diri sendiri. Cuma kenyataan buat diri saya yang saya tidak mampu mendapatkan segalanya yang saya mahu. Kalau mampu pun, saya kena fikirkan banyak perkara yang sering kali membantutkan keinginan di hati. Oh! Mungkin Allah ada penyebabnya. Saya harus terima. Alhamdulillah untuk apa yang ada.

Namun ada kawan-kawan yang seakan-akan berlumba-lumba untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Beli barangan mahal dan mula buat 'press conference'. Yang seorang akan tercengang, yang seorang akan bangga. Mujur saya tidak terpengaruh kerana saya tidak berminat untuk bersikap sedemikian rupa. Kerana saya sedar di mana tahap saya berada. Walau bagaimana pun, sikap mereka itu sering kali membuatkan saya kurang selesa. Saya cuba untuk 'berwajah manis' tetapi dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu. Bukan saya dengki. Kerana saya percaya, setiap manusia sudah ditentukan rezeki masing-masing. cuma saya kurang selesa bila berda dalam situasi sedemikian rupa. Kerana saya bukanlah tahap mereka. Cuma mengenangkan soal persahabatan, terpaksa saya memujuk hati. Hati...bertabahlah!

Nota kaki : LV bukan taraf saya. :)

Tak mampu....
Yang ni..mampulah! ahaks

Tuesday, September 13, 2011

SESUNGGUHNYA.....

Sudah beberapa kali aktres comel, Sharifah Amani dan aktor baru yang begitu berkaliber, Beto Kusyairi digandingkan bersama. Dalam 'Kasyaf Imani' dan 'Cita & Cinta'. Kemudian mereka berdua digandingkan pula dalam 'Sesungguhnya'.

Amani memang banyak kali digandingkan dengan hero Malaya. Antaranya Aaron Aziz (Emil Emelda), Pierre Andre, Bront Palarae, Remy Ishak, Zain Hamid. Tetapi gandingannya bersama Beto serasa yang paling padan!

Oh! Beto sudah menjadi aktor kegemaran saya selain dari Shaheizy Sam, Zahiril Adzim, Bront Palarae dan Aaron Aziz!

Ok...saya mahu berbicara mengenai telemovie yang ditonton malam tadi menerusi Astro Prima. Berjudul 'Sesungguhnya..."

Sangat menarik...sangat menyentuh perasaan.

Beto memegang watak sebagai Anuar, berkenalan dengan Laila (Sharifah Amani), teman sekampung. Anuar menyelamatkan Laila dari lemas setelah terjatuh daripada sampan. Bermula dari itu, mereka berdua rapat...intim....dan berhubungan sebagai pasangan kekasih.

Musim berlalu, Laila sangat teringin mahu ke KL dan Anuar 'melepaskan' Laila pergi dengan hati yang berat. Di KL, Laila berkenalan dengan Imran (Zul Arifin) dan mereka bercinta. Setelah beberapa tahun, Laila kembali ke kampung dan memperkenalkan Imran sebagai bakal suami. Anuar sedih kerana cintanya makin menebal terhadap Laila namun dipendamkan begitu saja.

Akhirnya Anuar nekad untuk meluahkan kembali hasrat hatinya pada Laila disaat wanita tersebut sedang membuat persiapan perkahwinan. Dalam masa yang sama Laila juga terasa yang Imran tidak begitu mengenali dirinya tidak seperti Anuar yang begitu mendalami dirinya.

Biar pun pada mulanya Laila menolak Anuar buat kali kedua...namun Anuar reda kerana baginya, cintanya hanya untuk Laila. Dalam masa yang sama adik Laila, Diana turut menyimpan perasaan terhadap Anuar. Namun Anuar hanya menganggap Diana seperti seorang adik.

Akhirnya setelah menyedari Anuarlah yang berada di hatinya, Laila kembali ke kampung dan bertemu dengan lelaki yang dicintainya...





***
Oh! Sangat touching terutamanya bila melihat Beto mengalirkan air mata. Beto memang seorang aktor yang sangat berkaliber. Berikan apa saja watak kepadanya, pasti menjadi!


TAK LELAH (ANUAR ZAIN)
Tak lelah,
kau beri segalanya,
Untuk yakinkan ku,
Kau sayang pada ku
Hingga kau,
Taklukkan diriku,
Membuat ku tersedar,
Ku telah merasakan sesuatu.

Di saat ku mulai sayang,
Di saat ku mulai cinta,
kau yang hilangkan rasa untuk ku

Sedih yang mesti ku pendam,
Rasa yang menjadi hampa,
Ku jalani semua,
Walau cinta kini tak berarah.

Kau pergi tak beralasan,
Tak seperti yang ku pinta,
Ku menunggu tiba waktu kau ucapkan,
Kau sayang pada ku.

BILA KOMUNIS DISANJUNG DEK MAT SABU...

Kecoh serata ceruk pabila Timbalan PAS, Mat Sabu, mencipta kontroversi terbaru ekoran dari ceramahnya yang mengangkat dan menyanjung Mat Indera, salah seorang komunis semasa era Bukit Kepong sebagai pejuang kemerdekaan. Kata Mat Sabu, semua polis dan orang-orang yang terlibat dengan insiden Bukit Kepong (Feb 1950) dikatakan bersekongkol dengan British dan tidak layak digelar pejuang kemerdekaan. Bahkan Mat Indera pula yang disanjung tinggi.

Memang generasi baru tidak hidup pada zaman komunis. Tetapi pasti ramai yang mengetahui betapa kejamnya komunis pada zaman sebelum kemerdekaan. Sesiapa yang pernah menonton filem Bukit Kepong arahan Dato' Jins Samsudin, pasti berlinangan air mata pabila melihat barisan polis termasuk keluarga dibunuh selepas diserang oleh pihak komunis. Mengikut sejarah, pihak komunis turut membunuh wanita dan kanak-kanak. Malah ada yang dicampak hidup-hidup di dalam api. Nah! Kejam tak kejamnya komunis. Bahkan bangsa mereka sendiri juga diperlakukan sebegitu rupa. Ya! Ternyata merekalah si bangsat yang mengkhianati bangsa, agama dan negara.

Jadi mengapa mudahnya Mat Sabu mencipta kontroversi murahan sedemikian rupa? Biar pun dia seorang yang jahil dengan sejarah, namun sebagai seorang umat Islam, usahlah berlaku sedemikian rupa. Tindakannya menggambarkan yang dia sendiri begitu dangkal pemikirannya. Dan ini pastinya memberikan gambaran yang negatif terhadap PAS sendiri. Ops! Orang-orang PAS pun mendiamkan diri termasuk Mursyidul PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz. Mungkin TGNA 'tak kuasa' nak bersuara dan melayan kisah murahan sebegini.

Mat Sabu...seperti meludah ke langit dan ludahannya tertempek di muka sendiri. Sudah-sudahlah melakukan kontroversi murahan. Bikin orang benci 'tahap dewa'! Nanti namanya kekal sehingga ke akhir zaman sebagai seorang individu bangang yang membangkit kebencian orang. Mahukan dirinya setelah kematiannya, masih disebut-sebut, dimaki-maki, dikeji-keji? Fikirkanlah.....

Nota kaki : Mat Sabu yang semakin sebu.......usah mencari populariti!

Monday, September 5, 2011

BILA KUCING DIBIARKAN KELAPARAN PADA HARI RAYA....

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.
Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.
Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.


“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.



(Petikan dari Harian Metro 5 September 2011)

KRISTINE HERMOSA BAKAL BERGELAR MUMMY....

Sapa Kristine Hermosa? Inilah actress dari Filipina yang paling saya minati. Semenjak telenovela Pangako'Sayo dan Sana'y Wala Nang Wakas (SWNW) meletopppppp di kaca TV, dia bersama hero pujaan hati, Jericho Rosales menjadi antara kegemaran saya.

Dulu Kristine atau Tin Tin dilamun asmaradana dengan Jericho dan ramai yang inginkan pasangan sama cantik sama padan ini disatukan. Namun ternyata jodoh tidak menyebelahi mereka. Tin Tin beralih cinta kepada Diether Ocampo yang turut berlakon di dalam SWNW dan mereka dikatakan pernah berkahwin selama beberapa bulan sebelum membubarkan perkahwinan. Namun kedua-duanya menafikan berita ini. Hubungan mereka juga tidak berkekalan. Kemudian Kristine bersama dengan salah seorang aktor hadalan Filipina iaitu Oyo Sotto. Dan pada 12 Januari lalu, mereka melangsungkan perkahwinan di tepian pantai. Dan pada pertengahan Mei lalu, Tin Tin mengesahkan yang dia sudah pun mengandung 6 minggu. Wah! Tentu dapat baby yang sangat comel! Best..best...


Pretty...pretty wow!


Bersama Jericho Rosales

Ketika hangat bercinta dengan Diether Ocampo

Kini sedang meniti bahagia bersama Oyo Sotto



Masih bersendirian..meh sini meh....hehehe


INI BUKAN KENYATAAN SERANG BALAS ATAU COUNTER ATTACK!

Saya terbaca al kisah seorang blogger yang mengatakan perempuan sekarang ni ramai yang tak tahu erti bersyukur. Ada berlian di tangan pun masih mencari yang lain, katanya! Entah kenapa saya terbuka pulak blog dia yang teramat jarang untuk saya jenguk. Dan paling terkejut melihat gambar yang terpampang di entri tersebut. Amboooiii!! Saman kang!

Ok ini kenyataan saya pula.

Bukan perempuan tidak reti bersyukur atau tidak memahami. Tetapi mahu mencari keserasian atau pun paling penting ialah sefahaman. Bukan kerana mahu terlalu yang sempurna atau terbaik. Baik itu sudah cukup memadai.

Keserasian dan sefahaman itu penting dalam perhubungan sejagat. Tidak kiralah sesama kekasih atau pun sahabat. Atau pun sekadar kenalan. Penting. Selain dari aspek seterusnya iaitu kejujuran, boleh dipercayai dan seseorang yang boleh bersama kita susah dan senang. Ketawa dan menangis bersama.

Bagi saya, aspek kebendaan atau material itu bukanlah penting sangat pun kerana adakalanya kedua-dua perkara inilah yang mampu 'membunuh' sesebuah hubungan. Sedangkan keluarga pun ada yang berantakan kerana berebutkan harta. Inikan pula hubungan kekasih atau suami isteri....kerana harta, cinta tidak bermakna.

Sesuatu hubungan itu lebih bermakna kerana keserasian dan sefahaman (selain daripada kejujuran dan saling boleh dipercayai). Bukan setakat sebelah pihak sahaja yang memberikan respons sedemikian. tetapi perlu daripada keduanya sekali jika benar hajat hati ingin bersatu dan bersama selama-lamanya.

Memang manusia tidak pernah berasa puas dengan sesiapa....maksudnya sentiasa berpuas hati. Itulah yang mendorong seseorang itu dikatakan tidak bersyukur. Bukan kerana tidak bersyukur, tetapi pasti ada sesuatu yang membuatkan dia rasakan tidak begitu puas. Dari sudut apa, dari segi apa....itu hanya diri sendiri yang menjawab.

Jangan melibatkan mana-mana gender di dalam hal sedemikian. Jangan deskriminasi. Perempuan mengata lelaki. Lelaki mengata perempuan. Bagi saya, jika diri itu yang bersalah, tidak kira lelaki atau perempuan itulah yang salah. Dan jangan menyalahkan orang lain semata-mata mahu menutup kesalahan sendiri.

Tidak salah mengakui kesalahan sendiri. Tidak perlu 'kornar baring' sana sini untuk menutup pekung di dada. Kenapa takut mengakui kesalahan sendiri. Kenapa takut untuk memperbetulkannya. Ya, masing-masing ada ego tersendiri. tetapi ada kalanya ego harus diketepikan untuk sebuah permuafakatan yang lebih erat. Manusia memang tidak boleh lari daripada kesilapan, kekhilafan dan kesalahan. Manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Jadi terimalah seada-adanya pasangan anada atau orang sedang anda dampingi atau kenali.


Nota kaki : Cubalah untuk memahami. Menghargai.




JOM MAKAN KAT BULAN!

MICHIGAN 4 Sept. - Domino's Pizza, Inc. mendedahkan rancangan mereka untuk membuka cawangan restoran di bulan pada suatu hari nanti.
Syarikat itu sebelum ini telah pun melantik firma Maeda Corp. bagi merangka pelan pembinaan cawangan restoran itu di bulan. Pembukaan restoran Domino's di bulan itu dianggarkan akan memakan kos berjumlah AS$2.2 bilion (RM6.5 bilion) dan memerlukan penghantaran 15 roket ke bulan untuk menghantar bahan binaan. Syarikat itu juga merancang untuk membina kawasan rekreasi yang besar di dalam kompleks restoran itu dan kakitangannya perlu tinggal di bulan. Jurucakap syarikat, Tomohide Matsunaga berkata, beliau percaya pada masa depan, terdapat ramai orang tinggal di bulan. Katanya, ketika itu pelanggan boleh memilih sama ada mahu makan di restoran itu atau makanan dihantar kepada mereka oleh petugas Domino's yang memakai pakaian angkasa lepas. Walaupun rancangan itu dianggap tidak masuk akal, pegawai-pegawai Domino's tetap berkeyakinan terhadap pelan masa depan itu. Beliau, bagaimanapun mengaku akan menghadapi masalah logistik sebelum impian itu dapat dilaksanakan. Beliau juga berkata, belum ada tarikh ditetapkan untuk pembinaan restoran pertama di bulan itu. - AGENSI

Gambar ilustrasi






Nota kaki : Wah! Ada chance lah kita ke bulan untuk melancong dan makan-makan. Ingat Dato'Sheikh Muzafar jer ke boleh melancong ke bulan? Kita pun bolehlah...janji ada $$$$. Teringat restoran Bulan yang pernah wujud di Pekan Subang hampir 20 tahun yang lalu!

Saturday, September 3, 2011

TAKZIAH DI ATAS PEMERGIAAN ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL....

Mesej yang diterima daripada seorang rakan media menerusi SMS yang diterima pada Jumaat kira-kira jam 11.30 malam agak mengejutkan. Berita berkenaan dengan kematian seorang jurukamera BernamaTV yang terkena tembakan curi ketika membuat liputan di bumi bergolak, Somalia. Allahyarham Noramfaizul terkena tembakan tersebut dibahu kanannya yang menembusi paru-paru dan jantungnya disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan beberapa jam kemudian. Allahyarham yang sedang berada dalam misi kemanusiaan anjuran Kelab 1Malaysia dan Bakti berada di Mogadishu bersama rombongan media termasuk Kelab Putera UMNO.

Sebagai salah seorang pengamal media (biar pun tidak berada di lapangan berita semasa), saya turut berasa sedih akan kehilangan salah seorang rakan media (biar pun tidak mengenalinya). Inilah antara risiko yang terpaksa dihadapi oleh pengamal media yang gigih mencari bahan bagi menyalurkan informasi kepada dunia.

Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.



Nota kaki : Semoga ada pihak yang membela nasib anak-anak Alllahyarham yang menjadi anak yatim di bulan Syawal ini.

Friday, August 26, 2011

SALAM AIDILFITRI


Salam aidilfitri buat semua. Maaf zahir dan batin.



PERTAMA KALI MEMANDU KERETA TRANSMISI AUTO!

Kalau orang berkata dia tak reti memandu kereta bertransmisi manual, itu memang normal. Tapi kalau yang tak reti auto....tak berapa nak normal sebenarnya! Tetapi itulah saya....

Pertama kali memandu auto, bulan Jun lepas ketika saya berpeluang memandu ATV (off-road) di Palau. Itu pun selepas dipaksa oleh Loreen iaitu tourist guide. Kena gelak sebab menggunakan kedua belah kaki....utk menekan minyak dan brek!

Dan kali keduanya...secara rasmi... hari ni saya memandu VW Polo Gti....auto babe! di Litar Sepang sempena pelancarannya. Gigil sekejap kaki ni. Tapi lama-kelamaan...ok saja. Seronok jugak!

Pendapat saya mengenai VW Polo Gti versi 2011 yang baru saja dilancarkan untuk pasaran Malaysia. 3 key element yang boleh diperkatakan tentang kereta comel ini ialah :
-Extremely strong & exceptionally fuel efficient... Jimat minyak weiiii!! Penting tu!
-180 PS Polo GTi with 5.9 litre comsumption is 24 percent more fuel efficient... Setakat letak Ron95, peh.....lancar! Menjimatkan.... (Letak jer Shell.... berbaloi2...)
-229 km/h fast Polo GTi debuts with standard 7-speed DSG.... tak sedar speed 150km/j pun.. kat lap pun boleh 100km/j (jangan tiru aksi ini kerana ia agak berbahaya).

Selain daripada itu, kereta ini juga ada side/twin front airbag. yg sangat penting terutamanya jika mengalami kemalangan (choii...mintak simpang malaikat 44) dan mengurangkan risiko kecederaan.

Gear transmisi auto secara electronic...memang best.. 7-speed babe! tetapi saya masih teragak2 untuk menukar gear al maklumlah baru belajar bawak auto...kalau manual, peh dah sah Tengku Djan Ley ambik saya jadik team mate! Hahahaha....

New Polo GTi ini turut didatangkan dengan 6 varian warna iaitu Candy White (plg best), flash red, solid black, deep black with pearl effect, reflex silver dan shadow blue (pun menarik gak).

Kereta hebat ini juga didatangkan dengan 2 versi iaitu 3-door (berharga RM132,888) dan 5-door (berharga RM135,888). Siap pasang beb, bukan pemasangannya di Malaysia. Bermakna dalam harga sebegini dengan kereta sehebat ini, pembeliannya sangat berbaloi-baloi....

Paling teruja, dapat test drive kereta ni kat Litar Sepang...3 round! Peh! Rasa nak bawak new VW Polo GTi ni balik Kedah lah pulakkkkk!!!!



Grilled bar yang agak mengancam dengan kekemasan bingkai berwarna merah


Tukar sport rim lah....rim ni kurang menarik.




Nota kaki : dekat assignment ni pulak boleh terjumpa kawan lama.... mr.darkbatman yg lbh suka tgk movie dari ambik tahu pasal kereta!

Tuesday, August 16, 2011

FERRARI FF NOW AVAILABLE IN MALAYSIA!

The Ferrari FF Makes Its Malaysian Debut
Ferrari Challenge Trofeo Pirelli is coming to Malaysia
Kuala Lumpur, August 16, 2011- The eagerly-anticipated Ferrari FF made its Malaysian debut today at the NAZA ITALIA showroom in Petaling Jaya where it will be displayed for the week. As Ferrari’s first four-seater, four-wheel drive car, the FF is uniquely powerful and versatile, and has aroused great interests since its international launch.

"We at NAZA ITALIA are proud to bring the Ferrari FF to Malaysian shores. It is a distinctively unique Ferrari which is bound to pique the interest of all Ferrari lovers. Besides being the first Ferrari model with four seats, it has the technological abilities of a four-wheel drive coupled with Ferrari's style, elegance and performance," said Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, NAZA Group of Companies Joint Group Executive Chairman.

Besides that, Datuk Wira SM Faisal also announced that the Ferrari Challenge Trofeo Pirelli, one of the most popular and successful one-make series in the world, will come to Malaysia from September 30th until October 2nd. This is the first time that the Asia Pacific region has been included in its history and Malaysia will be the fourth round after Zhuhai in June, and Shanghai in July and August. The racers will contest a five-race series with the new 458 Challenge car to win the final championship.

“This new Ferrari takes the Prancing Horse into new territory, matching the legendary performance, style and driving excitement expected of a Ferrari with new levels of ability thanks to its unique four wheel drive system and its spacious and flexible interior which makes it the most useable and versatile supercar built by Ferrari,” says Simon Inglefield, Head of Ferrari Asia Pacific Other Countries, “And we are very delighted to announce that we will now be hosting the first ever Challenge Series in Malaysia soon, The culture and passion for racing has always been an integral part of Ferrari’s one-make championship, which has been shared with many of our customers here in Asia Pacific.


The Ferrari FF is a four-seater that utterly changes the whole GT sports car concept, hailing nothing short of a revolution in the auto world. Even the most cursory glance at the FF’s sleek, Pininfarina-penned super model profile will tell you that.

Drive it - anywhere, any time, in any weather or road conditions – and you’ll know why it’s so radical. It may be a car that has elegance, beauty and art in its soul, but there’s much, much more to the FF than sophisticated allure. It was, in fact, designed specifically to tackle the toughest, most complex and ambitious of driving challenges. The kind of challenges that the most uncompromising and discerning drivers will want to set it. Drivers that demand their cars give of their all. Effortlessly. Regardless of weather or surface.

The FF will more than match anything that’s asked of it because it is quite simply the most versatile car ever produced by the pens, computers, monkey wrenches and milling machines of the Prancing Horse technicians, engineers, designers and mechanics.

The FF: a name, as we said, inspired by the car’s four generous, body-hugging seats and, more significantly, the new Prancing Horse-patented four-wheel drive system. Purists will be overjoyed to know that it is still the rear wheels that actually provide the power, with torque being transferred only to the front axle when required and even then intelligently and predicatively distributed to all four wheels. Yet another reason why this is the most versatile Ferrari ever built.

But take note: the FF is also the most exclusive GT on the market, the very pinnacle of achievement in the “extreme GT” segment, the most powerful four-seater in the world. It has it all: exceptional, class-topping performance that pushes its signature Ferrari thoroughbred DNA and driving pleasure to the utmost, regardless of weather or terrain. Even on snow, ice and dirt.

The FF also sets a new benchmark in terms of sheer innovation: it is the first four-wheel drive V12 with a rear-mounted electronic differential, the E-Diff.

The Ferrari-patented four-wheel drive system is unique of its kind and also integrated with the new generation F1-Trac traction control developed specifically for the track. The FF is also the first and only V12 in the world to sport the seven-speed dual-clutch F1 gearbox with 20% more power output and 25% lower fuel consumption. It offers four occupants superb in-car comfort with wraparound seats and absolutely unprecedented cabin and luggage space for a car in its category.

The FF’s architecture too ticks all the boxes with authentic sports car driving dynamics, braking and suspensions. It also boasts the best weight-power ratio ever achieved, thanks in part to the fact that its patented four-wheel drive system is just 50% the weight of a traditional version. Style-wise, the FF is sculptural yet streamlined: it has an innovative shooting brake shape, modern styling cues, and third millennium aerodynamic and conceptual solutions to underscore its sporty stance. It is also unique on several levels: for instance, the paints used for its livery were specifically designed for it and the leathers that adorn its interiors have been given an innovative treatment to enhance their natural beauty.

The FF is tailored to perfection to suit the exclusive style of its owner. It’s as much a car for day-to-day driving as it is for extraordinarily unique occasions. Everything aboard the FF is tailored specifically to the needs and tastes of its driver with a choice of six exclusive colours and the finest Frau aniline leathers specially treated to enhance their natural softness. The FF’s exceptional specification enhances in-car enjoyment for all four occupants. Features include a new rear-seat infotainment system with two screens for watching TV and DVD and a 1,280 Watt, 16-channel stereo system with Dolby Surround Sound.

FF, 458 Italia, Ferrari California and 599 GTB Fiorano today represent the complete and comprehensive range ever, offering a different kind of Ferrari for every different kind of Ferrarista.

FF TECHNICAL SPECIFICATIONS

Engine          
Type                                                               65° V12
Total displacement                                      6262 cc
Bore/stroke                                                    94 mm x 75.2 mm
Maximum power                                           660 CV at 8000 rpm
Maximum torque                                          683 Nm at 6000 rpm
Specific power                                              77 kW/litre - 105 CV/litre
Maximum revs                                              8000 rpm
Compression ratio                                       12.3:1

Dimensions and weight

Length                                                            4907 mm
Width                                                              1953 mm
Height                                                             1379 mm
Wheelbase                                                     2990 mm
Front track                                                      1676 mm
Rear track                                                      1660 mm
Dry weight*                                                    1790 kg
Kerb weight*                                                  1880 kg
Weight distribution                                        47% fr, 53% r
Boot volume                                                   450 litres
Fuel tank capacity                                         91 litres

Wheels and tyres
Front                                                              245/35 ZR 20 8.5 J x 20"
Rear                                                              295/35 ZR 20 10.5 J x 20"
Rear (winter tyres)                                       285/35 ZR20 10.5 J x 20"

Brakes
Front                                                               398 mm x 38 mm
Wheel                                                             360 mm x 32 mm
Transmission and gearbox
4RM (four-wheel drive) and 7-speed dual-clutch transmission



Electronic controls
4RM control (full integration of all controls: F1-Trac, E-Diff and PTU); ABS/EBD; ESC

Suspension
SCM3
Performance
Top speed                                         335 km/h
0-100 km/h                                        3.7 sec
0-200 km/h                                        11 sec
100-0 km/h                                        35 m
Weight/power ratio                           2.7 kg/CV

Consumption and emissions (ECE + EUDC combined cycle)
Consumption**                                             15.4 l/100 km
CO2 emissions**                                          360 gr/km

*European market version **With HELE system